Tuesday, September 27, 2011

Kisah cinta yang tak pernah habis..:)

Assalamualaikum..


Setiap jiwa ingin mencintai dan juga dicintai..
Setiap jiwa pasti bahagia andai mendapat perhatian dari si dia..


tapi, ingatlah jangan jadikan cinta sebagai alasan :)


L : buktikan CINTAmu, sayang! 
P : aku milikku :)


apakah ini salah cinta? tidak, CINTA itu fitrah yang dianugerahkan oleh ALLAH..


Q : jadi, kalau cinta itu anugerah, kenapa dalam Islam, dilarang bercinta?


soalan lazim yang akan ditanya..:)


Islam sama sekali tidak melarang kita untuk bercinta..tapi, perlu lah di landasan yang betul..3 jenis cinta yang harus diletak di atas sekali dalam hidup ini :
1. CINTA kepada ALLAH
2. CINTA kepada RASUL
3. CINTA kepada JIHAD


cinta antara lelaki dan wanita? boleh..tetapi BERSYARAT! syarat untuk bercinta ialah NIKAH!


Q : macammana nak bernikah kalau tak cinta?


cinta akan jadir selepas nikah! :) Cinta selepas nikah itu lebih manis..


Q : kenal pon tak! time bila nak kenal?


Islam sediakan jalan perkenalan antara lelaki dan wanita ketika meminang..di saat peminangan, si lelaki boleh melihat wanita pinangannya sekadar batas syariat..kemudian, pertunangan itu adalah waktu mengenal hati budi..:)


Q : sekarang zaman couple! susah kami nak elak diri dari bercouple..


Islam ada solusinya..antaranya, tundukkan pandangan dan jaga aurat anda! jika anda jaga diri anda, INSYAALLAH, ALLAH akan jaga anda :)


Wallahualam :)

Monday, September 26, 2011

19!

Assalamualaikum ..

Semalam, bertambah lagi umurku..genap sudah 19 tahun! kata orang 'dah anak dara dah!' .. apa apa pun tafsiran orang, yang penting sekali bila diri ini semakin tua, sepatutnya telah banyak impian telah tercapai..atau dalam proses mencapainya..

dan yang paling penting sekali, semakin tua, semakin kubur memanggil, semakin dunia kata pergi! aku suka orang ingatkan aku pasal ni..sebab aku manusia! manusia tu sifatnya pelupa..jadi, tolong ingatkan aku! 

tiada yang special di hari jadi ku ini..aku tidak mengaharap apa-apa..sebab aku dalam kesedihan..yang aku harap, kasih dan cinta NYA..agar dibimbing aku menjadi hamba yang sebenar-benar hamba! yang langsung tidak kisah, bila manusia sekeliling tidak menghargai, asal dekat denganMU..mudah-mudahan!

buat orang yang aku sayang..orang yang penting..tanpa dia, tiada aku! aku doakan kesembuhannya..dengan amat sangat mengharap agar dia boleh sihat seperti biasa! aku sungguh2 tak boleh melihat diua menderita..semoga sakitnya sembuh, semoga di saat sakitnya, semakin meningkat rasa rindunya padaMU..moga sakitnya dia, KAU kurniakan dengan pengampunan..aku cuma mampu menghadiahkan doa dari hari ke hari..sayang aku padanya tak akan luntur, walau apa jadi sekalipun! semoga dia kuat!

aamiinn!

*buat yang masih sihat, hargai masa sihat! gunakan dengan sebaiknya! 

Sunday, September 25, 2011

Ya Allah..
hati ini sedih ~
hati ini risau..
tiada tempat ku mengadu..
hnya padaMu yang satu..


Berat ujianmu ini..
berat sangat~
tabahkan aku..
aku perlu kuat!
tapi, aku tak tahu aku sekuat mana!


aku mohon ENGKAU sentiasa dekat denganku..
pimpin aku agar tabah mengharungi dugaan ini..


aamiinn! 

Tuesday, September 20, 2011

Title : Alhamdulillah :)

Salam Alaik ...

Banyak juga benda yang nak diceritakan disini ;)

First of all...majlis akad nikah ang zam n kak yong bjalan dengan lancar! yeah..Alhamdulillah! Barakallahulakuma..besttt oh gi ikot rombongan kahwen (1st timer) ..haha! jalan belakang pgantin..perghh! meriah! tetamu tak ade la ramai mana..tapi, meriah jugak lah kenduri nyaa..ya, kenduri, macam biasalah kan..tak da benda sangat nak cerita..yg nak diceritakan ialah, AKAD NIKAH! :) first time tengok orang akad nikah live..memang debaran tu terasa (poyo plak) ..yer, pengantin perempuan nya malu2..ahaha! tapi, time baca ikrar kahwen tu, SILA AMBIK PERHATIAN! ikrar tu merupakan amanah yang bakal kita pikul selama bergelar suami isteri :) selamat sudah di ijab kabulkan dengan sekali lafaz :)

Next, balik UITM MERBOK tercinta :) nothing interesting..tapi, sebelum balik sempat singgah di rumah sedara jiran (jiran punya sedara) ahh! wat2 faham lah..di Penang tu haa..yang buat saya respect family tu ialah, walaupun rumah tak besar mna, tapi layanan depa terhadap tetamu memang tiptop :) terima kasih! terasa ukhuwwah islamiyah nya, walaupun jarang2 jumpa..dan hati terusik dengan kepetahan seorang anak kecil keluarga tersebut, namanya Mardiya Soleha (entah, ejaan betul ke tak, panggilan YAYA)..haha..comel! pandai cakap..the important thing kat sni, kepentingan melayan tetamu :) yes, kalau layan tetamu macam tu, tak de lah orang rasa nak balik atau rasa macam tak diundang :) Islam pon menggalakkan kita layan tetamu dengan baik..sampaikan kalau kita solat sunat pon, kena stop bila tetamu datang..ye dak? *Alhamdulillah, dipertemukan dengan family macam tu..

Next, saya baru lepas jawab final exam paper global! yeah, setakat mana yang usaha, takat tu lah yang termampu..ALHAMDULILLAH!!! tak de lah bole buat sangat, tapi, syukur, tak susah sgt! chaiyok! usaha untuk lagi 2 paper sebelum cuti panjanggggggggg! yeah!

ok, sampai sini dulu! doakan saya yer..doakan saya cepat dapat jodoh dapat jawab exam dengan baik..

Adios~ Ilal liqo'..

Wednesday, September 14, 2011

Aku cemburu :')

Assalamualaikum..


Cemburu doe tengok kwn2 memanjang hp bbunyi..msg msuk, mlm2 call sampai lewat2 pg..haha..itu normal..bila single, sunyi menjengah! but, i still can adapt with this situation..


Macammana nak taw seseorang tu, cemburu??


a : buat khianat! 
b : wat muka xpuas ati..
c : canang cerita buruk kat orang lain..


apa pun caranya, cemburu ni bukan selalunya tak baik :) kadang2 ada gak baiknya kita saling mencemburui..contoh dalam situasi anda dan rakan anda mengulangkaji pelajaran, rakan anda lebih memahami subjek tu, jadi cemburu boleh buat anda amek langkah inisaitif untuk lebih memahami subjek tersebut..:)


kalau cemburu yang buruk? maka, jadilah akibat yang mcm2 seperti sihir, fitnha dan sbagainya..


tapi, cemburu sayang pon ade! :) ahaha..contoh, gf sygkan bf nya..so, bila bf nya rapat ngan gurl laen, dia jdi cemburu! ahakz! gatal yer..tak payahla, bila dah jadi hak mutlak, baru boleh nak cemburu2..:)


tapi, ada 1 cemburu yang boleh kita anggap sebagai nikmat! syukur lah kalau DIA yang cemburu..


Allah mencintai kalau hati hambaNya terkait denganNya sendirian dalam kondisi taat! ya..Allah suka kalau kita ni taat pada Dia seorang..tapi, biaselaa manusia ni kadang2 komitment banyak sgt yer..mna dengan kerja lagi, harta lahi..so, sifat2 keduniaan menjauhkan kita dari ketaatan kepadaNYa..justeru, Allah tarik balik dunia kita semata-mata nak kita sibukkan diri dengan Dia :) hah! ini namanya cemburu Allah, yang lain dari cemburu hambaNya..


jadi, janganlah bila kita tersisih di dunia..xde kerja, xda kwn, xde kekasih dan sebagainya..sebab kita ada Allah! Dia pendamping kita yang setia! Kesimpulannya..istiqomahlah dalam kepercayaan bahawa Allah itu satu-satunya tempat kita bergantung!! 


"YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI INI AGAR SETIAP DETIK MENGINGATIMU!!"


sumber rujukan : teks damainya hidup bersama Ilahi, karya Ustaz Asyraf Ridzuan (IMAM MUDA) dalam buku GenQ..dapatkan di pasaran :) Rm 7.00

Saturday, September 10, 2011

Marahhhhh!

Assalamualaikum :)


Bismillah..


nak crita sikit..biasa nya (selalunya) time kita dok marah, ayt2 bombastik mesti keluar dari mulut kita..kadang2 kita cakap tu, tanpa niat! tapi, sebab marah sgt ni lah jadinyaa :


a) "hai! awatlah muka hang mcm B*** xtaw!"
b) "p M**POS laa! Mati pon aku xheran!!"
c) "anak H*R*M betul!"


ayt2 nyaa memang kasar..jarang sangat kalau kita marah kita sebut macamni :


a) astaghfirullahalazim :)
b) lebih baek aku diam..
c) Ya Allah, tenangkan aku...
dan seumpama dengannya..


biasala, time marah, tambah2 org yg baran ni, emosinya xterkawal bhai! kadang2 kita yg dengar dia marah ni, rasa tsentak gila..sentap siot! adui, wlaupon kita taw dia xbniat, tapi...makan dalam kot! bila kita marah, org laen pulak terasa kan..


so, basically, bila kita marah, syaitan yang dok menghasut kita..dok bagi semangat utk kita jadi lebih marah! dah macam cheerleaders kat padang tu haa..dok sorak2 gembira bila kita jaringkan goal!


jadi, bayangkan..lagi kita marah, lagi depa dok syok..so, macammana nak bagi depa ni dok sengap sat? cammana nk control marah tu, biaq syaitan2 ni sruh kita marah, tapi, kita still cool dan tenang, macammana sifat Rasulullah SAW yang sentiasa tenang walaupun dalam situasi yang boleh mendatangklan marah? 


kata org, bila marah, amek wudhu..sbb apa? bila wudhu, syaitan xberani nak dekat..


selain tu, bolelaa amalkan doa2 seperti : ::)



A'UUDZU BILLAAHI MINASSYAITHOONIR RIJIIM. ALLOOHUMMAGHFIRLII DZANBII WA ADZHIB GHOIZHO QOLBII WA AJIRNII MINASSYAITHOON
Artinya dalam Bahasa Indonesia :
“ Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah ampunilah segala dosaku, hilangkan marah di dalam hatiku dan peliharalah aku dari godaan syeitan yang terkutu
Wallahualam :) 
*xnak marah2, nanti muka cepat tua..tak awet mudeee! :P

Thursday, September 8, 2011

Salah kaa??

Assalamualaikum :)

apa salahnya, kalau jatuh cinta ngan budak kampung? yaa..memang dia bdk kampung! mmg laa..dia xdak pelajaran yg tinggi..tapi, dia ada budi bhsa yg tinggi..

aah! dia tak kerja dalam air cond, tapi, dia kerja kat kandang atau dusun..

yep! dia tak duduk rumah besar, batu..tapi, dia duk rumah papan..

betol! dia tak da psp utk maen, tapi, dia ada al-quran yang selalu dihati..

yes, dia xpandai ckp org putih, tapi, kata2 dia pnuh keimanan dan ckup sopan..

aah, wallet dia kdg2 kempis, tp, dada dia pnuh ilmu agama..

ya, adik beradik dia ramai, tapi, dia tak susahkan family dia..

ha, dia tak de kerja tetap, tapi, dia rajin berusaha..

yaa, orang xkenal dia sbb pengaruh, tapi, org kenal dia sbb dia selelu pegi masjid..

dan yaa, orgnya xstyle mcm plakon korea, tapi, wajahnya cukup redup ku memandang..

pilihlaa, lelaki yang baik utk dijadikan teman sehati sejiwa..

tapi, ingat, sebelum tu kita dulu kena solehah..sebab kata Allah, lelaki yang baek, utk perempuan yang baik, begitulah sebaliknya..

apa2pun, kita hanya merancang, tapi, penentuan Allah Taala itu maha hebat!

waallahualam :))

Tak nak buat lagi...!

Bismillahirahmanirrahim 


Assalamualaikum..


Musim ujian dan periksa serta quiz sedang berlangsung dengan giatnyaa..oh man!! study malas, tapi takut fail??


*alaa, apa susah bro! kau duduk je sblh minah skema tu..usya jer sumer jwpn dia..:)
*dont worry lah der! kita discuss2 ler..mcm biasa ..
*haha..taktik biase laa...tulis jwpn kat tapak tgn..sure bole jwp pnya laa...


erm, mna satu taktik dia ats yg saudara saudari selalu guna??


hah! Alhamdulillah, kalau korang jujur..tak wat keja2 camni..:) bagus neh! haha..jangan wat cmni yer kawan2..tak baik..


"apa yang tak baik? kan nnti dpt result gempak?"


memey arrrr! TAPI :


cuba kalian fikir...


once anda amek keputusan utk meniru...oke, fine, tak dose lg..
then, anda start meniru, credit dosa akan ditambah..
then, result keluar! PERGHHHH! gempak habaq angg!
mak ayah korang pon bangga la..(plus dosa menipu mak ayah)
slip periksa pon keluar..pergh lagi! layaj sambung pelajaran ke pringkat lbh tinggi,
jiran2 bangga (dosa tipu org ramaiiii!),
then, korang belajar2, jumpa la kksih hatiii..
kahwinnn! lps kahwen, dgn izin Allah, korang dapat anak..
dah ada anak, kena laa kerjaa..kena support family..
bila kerja dapat gaji, bgi ank bini makan ..
rupa2nyaa?? 
gaji tuh hasil korang mula2 menipu dlu..
hah! kena dpt ank yang tak berapa nk dgr ckp,
janganlah mrh2 dorang ye?
pikir balik laa..kenapa dorang jd camtu???
SEBAB PEMAKANAN DARI SUMBER YANG HARAM!!


sekiaannn...


nak niru lagi tak??
insaf suda saya! try not to cheating again in exam..
kalau xstudy, jawab cara tak study...tu lebih baek!!  
kan??


so, kalau nak berjaya, USAHA SENDIRI!


wallahualam :)

Monday, September 5, 2011

Hari pertama setelah cuti berhari ghayeee!

Assalamualaikum :)


hari pertama kelas should be semalam, tapi disebabkan amat rajin, jadinyer hari ni baru officially start kelas..(bukan ponteng, tapi, skip je! heheh!)


haih! bukan nak mengeluh, xbaek mengeluh ni kawan2, saya cuma meluah! meluah kat sini je lah yang mampu kan? mood beraya merdeka masih membara hingga mengalahkan semangat nak sttudyy! oh myyy! nak dekat final! *cari mode study!


hari 'pertama' kelas ni memang agak kelam kabut lah..biasala, baru balik dari cuti kan? sume esaimen yang ditugaskan, daripada 100%, dalam 20% jer siap, yang lainnya wat semalam..malam sebelum kelas..terbaik lah, kerja last minit..tu pon bru taw, kena hantr, kalau xtaw, pakat2 wat lupa..haih!


pagi2 ke bilik YB, print out segalaa esaimen yang nak dihantar..otw ke kelas, dengan semangatnya sebab kerja da siap, saya ditegur oleh budak bilik depan..muke cuakk je..knapalah minah ni..haha, rupa2nyaa ada brg tertinggal, tapi biliknyaa terkunci..jadi, dia mintak tolong saya, kopak pintu tu...terbaik lah sis, mmg ko xslh org suruh saya kopak pintu..mmg kerja saya tu! 


meneruskan hari yang penat ini, dengan mata yang amat berat, sebab xtidur semalaman, buat esaimen dan bergolek2 ats katil..tiba-tiba, harini banyak kejutan yang best berlaku..apa dia?? biarlah rahsia! yang penting saya taw, Allah uji saya, dan saya  kini saya merasakan  kebahgiaan dalam perpisahan..:D Alhamdulillah!


*moral of the story : husnuzzon laa dengan Allah Taala..Wassalam..

Saturday, September 3, 2011

Plan cuti sem before sambung degree ^_^

Assalamualaikum :)


Excited! dah nak habis 3 sem asasi :)


lagi 3 minggu maka tamatlah semuanya di asasi..semoga langkah ini terus gagah mencecah ke al;am degree..diharapkan tiada sem 4 buat diriku! aaminnn!


so, plan untuk cuti??


plan dah ado..tinggal tunggu masanya ja..


plannya?


*belajar masak ! (risaw xreti2 masak lagi smpi sekarang)
*kerjaaa (cari duit lebih untuk masuk dgree nanti, inshaallah)
*belajar tajwid kat surau (kalau ada yg mahu ngajar)
*diet!! (oh, moga berjaya berdietannn!)
*oh, ngaji bhsa english pandai2 (utk MUET dan preparation degree)


cukup setakat ini..:) harapnya plan menjadi..aamin..permudahkan urusanku, ya Rabb!