Friday, July 22, 2011

Entry panjang tentang perkahwinan :).

Assalamualaikum


memandangkan hatiku gundah gulana sebab esok akan meninggalkan nibong tebal terchenta ini, maka saya melayan perasaan sendirian...maaf! bila mood jiwang itu datang, saya tak dapat menghalang..;)


terlayan pulak lagu ni..nah! baca liriknya dengan hati :)



Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Ulang Chorus

hoi! bukan maen lagi..layan jiwang malam-malam..bukan apa..entah! mungkin seru dah sampai..oke, saya memang suka merapu bila tgh2 malam (actually pagi kol 4 ni)..sebaknya ..kalau nak mode lebih, p cari vid nya di youtube, okaayy..

ok, marilah saya nak berkongsi sikit..pada yang sudii..

psst! nak cerita pasal PERKAHWINAN.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

*paham kah kawan2? haa..lepas ni. toksah dok kata 'aku xmau kawen'.bukan di kalangan pengikutku, kata rasulullah..jadi, nak jadi pengikut sapa? so, jangan maen2 lah..banyak jugak kawan saya yang suka berkata begini..janganlah~ jodoh Allah dah tetapkan..sampai masanya inshaallah akan berumahtangga..jangan menidakkan fitrah tu..jangan kata xmo kawen..kata nak kawen xpe..*gataiii..(luku kepala sendiri)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 

* iya! kalau ini? maksudnya..carilah dari kalangan 4 kriteria itu..tapi, yang paling penting.....AGAMA! *aha! dah jumpa (sekali lagi luku kepala sendiri)




Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 


*oke..wanita macam ni yang layak dipilih sebagai zaujah..:) semoga aku menjadi isteri solehah buatmu..amin..kalian semua jugak..(mu itu tidak diketahui!) 


 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim) 


*Allahuakhbar! siapa kita nak memilih2 tetamu? ha? kita semua sama, tiada bezanya di sisi Allah, melainkan dari sudut? yess! TAQWA..maka, kalau panggil orang untuk walimah tu, panggil semualah yer..jangan panggil kaum kerabat raja ja..sombong sekali walimah tu..ajaklah anak2 yatim ka? kan..oke?..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya. 


* ha..ini! orang sekarang nikah yang pentingnyaa mas kahwin..paling kurang berapa ar sekarang? xamek tahu sangat..yg penting semua pakat berlumba-lumba laa..macam nak jual anak jadinya.."anak aku rm******..anak ko?" eh, eh..macam tu pulak ya..yang SENANG NIKAHNYA..:) oke, insyaallah, senang..;)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah) 


*oke..maksudnyaa..hebah2kan tentang perkahwinan kita..bagitaw satu dunia pon xpaa..haha! baru lah orang taw kan..ini tak, baru couple, kecoh habaq 1 dunia, bila clash??? senyap sepii..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani) 


*panjang pulak ni..oh, yang pertama tu, saya pon xberapa nak jelas maksudnya..maaf! saya tak tahu..nanti kita tanya2 orang yang lebih memahami..ini tanggungjwb isteri kepada suami..:)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah) 


*alhamdulillah..senang kan jadi wanita? tu sebab saya nak kahwin cepat2..dush (sekali tamparan sulong mengena pipi)




Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk. 


*oke, ni serius..jangan main2 dengan 3 perkara ni..tolong~ jangan..


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3) 


*poligami! yes, kalau sanggup adil, silakan! ikut sunnah tu..tapi, kalau tak, cukuplah sorang yer..:)


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26) 


*selalu dengar kan..jadi, saya nasihatkan diri dan semua..jangan desperate cari lelaki/wanita, tapi sebaliknya cuba mensoleh/mensolehahkan diri dulu..inshaallah! jodoh yang selayaknya akan kita perolehi..amin!


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik. 


* oh! suka hadith ni :) layanilah wanita dengan baik, wahai arjuna :)


oh, okay..panjang sangat kot, saya mengkaji tentang perkahwinan ini..bukan apa..ilmu..tak salah menuntut ilmu kan? moga bermanfaat untuk kamu sekalian..


Wallahualam..:)





No comments:

Post a Comment