Thursday, December 16, 2010

Amalan terbaekk pada hari Jumaat!! ;)

Jumaat merupakan penghulu segala hari..

Jom semak apa amalan terbaekk pd hari Jumaat nih..

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

* mcmmna anda? hehe..subuh pon dah nk tlepas kan..ni plak nk mndi siap2 bagai..mandi pon bla mtahari tgk ats pala..ish2, apa pnya perangai laa..biasa laa 'burung hantu'..mlm tidoq lewat. pg pon bgon lwt r..katanya!~

Seterusnya, utk kaum lelaki..
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”
 
wahh!! byk gileerr pahala leh collect!! untung lah anda wahai kaum muslimin..:')

so, tggu pa g?? cpt2 siap p masjid!! 

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya. 

*fokus time dgq khutbah!! jgn tsengguk2..;) yg muslimat, bolehlaa dgq khutbah live kat tv tu haa..;)
Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali

*amalan nih dpt melindungi kta dr syaitan dr Jumaat ni ke Jumaat akn dtggg!!

*mudah-mudahan, Jumaat ni bganda2 pahala kta collect! aq pon nk p wat assignment nih..cri ilmu, ibadah gk ;')

kaabah nih klu kta tgok ja dah dpt pahala..;) tgoklaaa..

Saturday, December 11, 2010

ilmu utk dkongsi!

Kali ni aq nak bkongsi skit ilmu..dicedok dr google jgk..berikut nasihat imam as-syafie kpd kita sblum wafatnya beliau..nk cter skit imam as-syafie ni pengasas mazhab syafie yg kta kat msia dok ikot skrg ni..beliau seorg yg tegas, amat mcintai ilmu dan kuat hafazan..wasiat tersebut adalah..


Beliau mensarankan kita mnjga beberapa hak:


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.  (klu bab ni, lps muhasabah dri aq, mmg 'out' la..jom sma2 pbaiki dri..)



KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. (yg ni jrg2 laa aq wat..ish! byk btol laa kkurgn dri..)





KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. (solat tahajud?? insylh..)





KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. (klu yg ni..aq slalu gk wat 'tipu sunat'..*dlm islam tiada istilah 'tipu sunat' )





KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.(aq kgd2 sgt cpt melenting..kna cuba control..)





KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. (alaa..perempuan besa la dok rjen mgumpat..bkn niat nk mgumpat..kata ja..kna kurgkan mengata org ni yg pyh..tp, cuba la..)





KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. (akhlak xbrapa nk elok aq nih..msh byk perlu dbaiki..gn mama abah kena wat baekkk...igt!! peringatan utk dri sndri dan yg lain..)





KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. (alhamdulillah, kna sntiasa upgrade dri dgn syukur pd ALLAH, bkn merungut!..)





KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. (bykkan selawat lps solat..)





KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan (amal maa'ruf nahi mungkar..aq cam selalu ajk org wat jaat ja nih..)



*sekadar kongsi ilmu..aq pon byk sgt ibadah xbuat nih..jgn kta sunat..yg solat wajib pun, kdg2 dkt2 nk abes waktu..subuh terutamanya laa kan..ayuh, mantapkan ibadah..yelaa, selain xda keja dok update blog ngan cter2 mrepek, lwk, n xketahuan, update blog dgn ilmu b'manfaat pon, kra ibadah..wlupon, xrmi followers..
*mood : insaf sebentar~