Showing posts with label Pengalaman yang macam-macam (farz). Show all posts
Showing posts with label Pengalaman yang macam-macam (farz). Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

:"(

Bismillahirahmanirrahim..

Aku menangis buat ke sekian kalinya..aku tahu aku kuat untuk menghadapi dugaan ini..aku kena kuat, supaya dia pon kuat! tapi, aku tak mampu menahan air mata ini dari mengalir..aku cuma mampu melihat, tapi dia yang menanggung! dan aku tiada siapa untuk ku luah rasa sedih, takut, ini! i need a shoulder! bukan untuk tagih simpati, tapi untuk dengar suara2 yang boleh tenangkan aku..but, no one boleh tolong aku sekarang! aku tak kuat..

Selama ni, aku ingat aku kuat..sebab banyak dah dugaan yang aku lalui..tapi, dugaan kali ni sungguh2 besar! aku tak pasti..aku sedih dan takut, tapi aku tak mampu buat apa2 selain berdoa! kalau aku yang melihat ni, tak sanggup, apatah lagi dia yang menanggung! Ya Allah!! apa boleh aku buat? aku tak tahu..aku cuma berharap dia diberi peluang lagi untuk melihat dunia ini, dan meningkatkan ibadah untukNya..aku tak akan susahkan dia lagi! 

Aku ingin berada di samping dia, bagi dia semangat! tapi, aku tak sanggup untuk tengok dia pon! sebak! Ya Allah, kuatkan semangat nya..kuatkan imannya..terima segala amalnya, dan hapus segala dosa dia..jadikan aku penyejuk matanya..kuatkan dia untuk beribadah padaMu, walau apa keadaannya sekalipun! aku tetap mendoakan dia..walau tiada seorang manusia untuk menenagkan aku, aku tahu Dia ada untuk aku..musibah ini ujian dariNya, dan aku yakin solusi juga dariNya..Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang patut aku lalui..pimpin tangan ku..pegang hatiku! Aamiinn! 


Monday, October 3, 2011

Entry buat insan bernama SAHABAT ..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, selesai sudah 3semester asasi di UITM merbok terchinta (dah habis laa kot, kalau xrepeat..)..kini, dah seminggu lebih berada di rumah, meninggalkan kehidupan u..meninggalkan sahabat terchinta..meninggalkan jerit payah study..meninggalkan kenangan manis dan pahit..


Tipulah kalau cakap tak rindu..pahit macammana sekalipun, rindu tu tetap ada..rindu betul! dengan sahabat2 F4-02-06..sahabat sebilik yang aku sayang, Teya, Jiha dan Ija..


untuk teya : "aku rindu kau, wei..sumpah, walaupon kau kadang2 annoying..tapi, tu yang buat aku rindu! kau lah yang suka sangat nak menganjing aku kan? dah banyak ayat anjing kau kata kat aku..tapi, aku tak kisah pon! sebab aku pon suke nganjing kau, kan mucuxxx! ahaha..aku tak sempat nak berdrama ngan kau, sebelum kau balik haritu wei..kau cepat sangat nak balik jmpa bf kau! aku dengan tensen paper law + baru bangun tidur, tup2, kau kate nak balik..memang tercengang2 aku..tapi, xpela..aku tak sempat nak bagi kata2 terakhir..ok, aku sayang kau jugak! aku nak ucap terime kasih byk3 kat kau sebab kau bagi aku pinjam laptop, sikat, kasut, nota, earphone (benda alah ni still ada ngan aku, lupa nak pulangkan wei..camna?) dan macam2 lagi lah..kaya2 aku pon, pakai barang kau kan? haha..bantalmu, bantalku jua..tilammu, tilamku jua..(opss, kedengaran lucah!) tapi, aku tak pernah share barang peribadi aku dengan org len, kecuali hang! aishhh! apasal aku rindu terok ngan hang!! T_T aku ingat lagi dari first sem kita bersama, time tu kita bodo2 lagi, tak kenal sapa2..macam2 keja bodo kita wat! sumpah aku takkan lupa..aku doakan hang berjaya jadi DPP macam yang hang nak! memang aku dok selalu kutuk kerja idaman hang tuh, tapi, memang sesuai pon ngan kelayakan hang! inshaAllah, tempat hang kat uitm Shah Alam! dan dengan si dia, aku doakan hampa cepat2 kawen, dan semoga jodoh hang kekal sampai FIRDAUS dengan dia :) *takmau tukaq2 dah na..Last sekali aku mintak maap, dan mintak halal kan semua yang aku ambik daripada hang!




untuk Jiha : hai Jiha! faz nak mintak maap kalu ada salah silap dengan Jiha selama ni..memandangkan kita 2 je yang single, faz selesa sembang pasal cintan dengan Jiha..sebab pengalaman yang lebih kurang,,nak cerita ngan orang2 tengah hangat bercinta tu, satgi asyik2 depa masuk bab kawen! kita ni calon pon tak dak lagi! terima kasih sudi drngar ceritera saya yang merapu, menyenget, dan menggila tuh! terima kasih jadi kawan yang sentiasa ada untuk faz luah masalah-masalah..senang jugak bersembang bab agama dengan anda :) kalau dengan jiha, sembang sampai ke pagi, tapi, buku dok kat tangan tak bukak2..haha! dan terima kasih byk2..sebab jiha banyak sedekah makanan kat faz! memang malang nasibmu, sebab duduk sebelah faz, asal ada makanan lebih, sume faz sapu! faz xbagi apa sangat pon kat jiha..hurm, ini pon sama..nampak sangat aku kurang kaya dari jiha :) dan last sekali, faz doakan jiha dapat jumpa si dia yang sesuai dengan jiha! mr perfect jiha sendiri! teringat malam tu jiha ada cakap "entahlaa..sampai sekarang Jiha belum jumpa lelaki yang membuatkan Jiha rasa dia jodoh Jiha!" inshaAllah, sampai masanya Allah akan buka rahsiaNya..tunggu!  :) untuk muet, sama2 kita usaha ya! inshaAllah, mana2 yang dapat pon, tu kita kena terima laa..;) dan faz pon nak mintak maaf, jangan amek hati, sebab faz taw, faz selalu terkasar bahasa dengan jiha..kadang2 termarah..maafkan khilafku! dan halalkan semuanya! take care, sahabat!


buat Ija : kepada umi @ teman lesbo kuu~ haha..kak jah! lately, kau banyak usik aku yer..tak habis2 aok ngusik teman! jahat la kau! tapi, aku terima..tak da hal lah! yang last2 ni, yang menganjing makin hebat kan? xpa, xpa..kenangan bha tu! :) aku nak cakap, aku dulu tak suka kau dohh! masa first2 sebilik ngan kau! sebab kau 24hours dengan lappy..aku ingat kau jenis tak suka kawan..tak delah xsuka, ke benci, cuma aku pelik nagn kau..tapi, lama2, aku okay2 jak ngan kau! bila lepas2 kelas, kau sembang ngan aku..cerita problem kau..aku ingat first2 ayat kau, mesti camni.."weyy, nak tawuu takk?? abii kan...die kan...bla33" haha..sekarang takde sapa dah nak bercerita ngan aku..terima kasih jugak selalu jadi teman se'maggi' aku..terima kasih jugak sebab selalu takutkan aku, sebab malam2 buta, aku ingat semua dah tidoq, tapi aku dengaqq bunyi org gelak..rupenye, kau sembang ngan abi..;) aku nampak effort kau last minute sebelum exam, moga kau dapat apa yang kau nak! ok, jaga diri naa..jangan lupa bawak aku g sabah! moga ada jodoh ngan abi..sayang kau! Maafkan salah silap aku dan halalkan semuanya.. :)


*jaga diri semua! aku sayang hampa..terima kasih mewarnai hidup aku kat hutam merbok tuh! aku taw, kdg2 aku xjadi kawan yang baek..maafkan aku! semoga bertemu semula nanti dan semoga bertemu di padang mahsyar sebagai sahabat yang berteman keranaNya..jgn lost contact na..


terimalah lagu cebisan kenangan dari Amar : 



Saturday, October 1, 2011

Satu kisah!

Assalamualaikum :)


Post2 lately ditulis oleh saya, sebab Wana busy dengan study nya..saya yang menganggur ni, maka banyak masa terluang untuk menulis entry2 seharian..


Hari ni, makan-makan bersama jiran-jiran..makan2, borak2, lepak2..:) sambil2 merapatkan ukhuwah!


Nak dijadikan cerita..ada seorang makcik ni, membuka kisah rumahtangga nya..tak payah dinyatakan namanya di sini..cerita nya si suami baru menikah baru..si isteri nya sedar dan tahu bahawa isteri terbaru lelakinya itu, merupakan isteri ke4..tapi, yg si isteri baru ni, ingatkan dia isteri ke2..konflik family ni, berterusan sebab, makcik tu yang pertama tak puas hatilah..nafkah tak dititikberatkan..isteri dah 4! adehh..yang isteri2 muda pulak macam-macam hal..sudahla, berkawen dengan suami orang, sikap nya pula, bkn berterima kasih pada si isteri tua, tapi dikutuk lagi ada..sampai bila family tu nak bahagia? 


teringat kisah Nabi Saw..baginda pandai melayan isteri2nyaa..berlaku adil seadil adilnya..isteri2 terasa disayangi semuanya..kisah nabi menghadiahkan cincin buat isteri2nya tanpa pengetahuan masing2..justeru, baginda berkata, yang aku paling sayang, adalah yang aku hadiahkan cincin padanya..:) ALLAH! romantiknya baginda..padahal, semua isteri bagi9nda mendapat cincin..maka, semuanya senang hati disayangi baginda..contohilah sikap baginda kalau nak berpoligami :) nak poligami tak salah, asalkan mampu zahur dan batin serta boleh berlaku adil..jangan mahu berpoligami kerana ikutkan sunnah, tapi, bila sudah berpoligami, adat2 dan sikap2 baginda langsung tidak dicontohi lagi..


secara tak langsung, ini menaikkan semangat saya untuk menjadi seorang peguam syariah! YA ALLAH!!! permudahkan lah urusanku..restuilah jalan yang ku pilih..aku hanya merancang, namun penentuan ditanganMU..semoga perancanganku mendapat restu dariMU..


Aamiinn..


ps : poligami?? payung emasssss! $_$ oh, tak sanggup!

Monday, September 26, 2011

19!

Assalamualaikum ..

Semalam, bertambah lagi umurku..genap sudah 19 tahun! kata orang 'dah anak dara dah!' .. apa apa pun tafsiran orang, yang penting sekali bila diri ini semakin tua, sepatutnya telah banyak impian telah tercapai..atau dalam proses mencapainya..

dan yang paling penting sekali, semakin tua, semakin kubur memanggil, semakin dunia kata pergi! aku suka orang ingatkan aku pasal ni..sebab aku manusia! manusia tu sifatnya pelupa..jadi, tolong ingatkan aku! 

tiada yang special di hari jadi ku ini..aku tidak mengaharap apa-apa..sebab aku dalam kesedihan..yang aku harap, kasih dan cinta NYA..agar dibimbing aku menjadi hamba yang sebenar-benar hamba! yang langsung tidak kisah, bila manusia sekeliling tidak menghargai, asal dekat denganMU..mudah-mudahan!

buat orang yang aku sayang..orang yang penting..tanpa dia, tiada aku! aku doakan kesembuhannya..dengan amat sangat mengharap agar dia boleh sihat seperti biasa! aku sungguh2 tak boleh melihat diua menderita..semoga sakitnya sembuh, semoga di saat sakitnya, semakin meningkat rasa rindunya padaMU..moga sakitnya dia, KAU kurniakan dengan pengampunan..aku cuma mampu menghadiahkan doa dari hari ke hari..sayang aku padanya tak akan luntur, walau apa jadi sekalipun! semoga dia kuat!

aamiinn!

*buat yang masih sihat, hargai masa sihat! gunakan dengan sebaiknya! 

Sunday, September 25, 2011

Ya Allah..
hati ini sedih ~
hati ini risau..
tiada tempat ku mengadu..
hnya padaMu yang satu..


Berat ujianmu ini..
berat sangat~
tabahkan aku..
aku perlu kuat!
tapi, aku tak tahu aku sekuat mana!


aku mohon ENGKAU sentiasa dekat denganku..
pimpin aku agar tabah mengharungi dugaan ini..


aamiinn! 

Tuesday, September 20, 2011

Title : Alhamdulillah :)

Salam Alaik ...

Banyak juga benda yang nak diceritakan disini ;)

First of all...majlis akad nikah ang zam n kak yong bjalan dengan lancar! yeah..Alhamdulillah! Barakallahulakuma..besttt oh gi ikot rombongan kahwen (1st timer) ..haha! jalan belakang pgantin..perghh! meriah! tetamu tak ade la ramai mana..tapi, meriah jugak lah kenduri nyaa..ya, kenduri, macam biasalah kan..tak da benda sangat nak cerita..yg nak diceritakan ialah, AKAD NIKAH! :) first time tengok orang akad nikah live..memang debaran tu terasa (poyo plak) ..yer, pengantin perempuan nya malu2..ahaha! tapi, time baca ikrar kahwen tu, SILA AMBIK PERHATIAN! ikrar tu merupakan amanah yang bakal kita pikul selama bergelar suami isteri :) selamat sudah di ijab kabulkan dengan sekali lafaz :)

Next, balik UITM MERBOK tercinta :) nothing interesting..tapi, sebelum balik sempat singgah di rumah sedara jiran (jiran punya sedara) ahh! wat2 faham lah..di Penang tu haa..yang buat saya respect family tu ialah, walaupun rumah tak besar mna, tapi layanan depa terhadap tetamu memang tiptop :) terima kasih! terasa ukhuwwah islamiyah nya, walaupun jarang2 jumpa..dan hati terusik dengan kepetahan seorang anak kecil keluarga tersebut, namanya Mardiya Soleha (entah, ejaan betul ke tak, panggilan YAYA)..haha..comel! pandai cakap..the important thing kat sni, kepentingan melayan tetamu :) yes, kalau layan tetamu macam tu, tak de lah orang rasa nak balik atau rasa macam tak diundang :) Islam pon menggalakkan kita layan tetamu dengan baik..sampaikan kalau kita solat sunat pon, kena stop bila tetamu datang..ye dak? *Alhamdulillah, dipertemukan dengan family macam tu..

Next, saya baru lepas jawab final exam paper global! yeah, setakat mana yang usaha, takat tu lah yang termampu..ALHAMDULILLAH!!! tak de lah bole buat sangat, tapi, syukur, tak susah sgt! chaiyok! usaha untuk lagi 2 paper sebelum cuti panjanggggggggg! yeah!

ok, sampai sini dulu! doakan saya yer..doakan saya cepat dapat jodoh dapat jawab exam dengan baik..

Adios~ Ilal liqo'..

Thursday, September 8, 2011

Salah kaa??

Assalamualaikum :)

apa salahnya, kalau jatuh cinta ngan budak kampung? yaa..memang dia bdk kampung! mmg laa..dia xdak pelajaran yg tinggi..tapi, dia ada budi bhsa yg tinggi..

aah! dia tak kerja dalam air cond, tapi, dia kerja kat kandang atau dusun..

yep! dia tak duduk rumah besar, batu..tapi, dia duk rumah papan..

betol! dia tak da psp utk maen, tapi, dia ada al-quran yang selalu dihati..

yes, dia xpandai ckp org putih, tapi, kata2 dia pnuh keimanan dan ckup sopan..

aah, wallet dia kdg2 kempis, tp, dada dia pnuh ilmu agama..

ya, adik beradik dia ramai, tapi, dia tak susahkan family dia..

ha, dia tak de kerja tetap, tapi, dia rajin berusaha..

yaa, orang xkenal dia sbb pengaruh, tapi, org kenal dia sbb dia selelu pegi masjid..

dan yaa, orgnya xstyle mcm plakon korea, tapi, wajahnya cukup redup ku memandang..

pilihlaa, lelaki yang baik utk dijadikan teman sehati sejiwa..

tapi, ingat, sebelum tu kita dulu kena solehah..sebab kata Allah, lelaki yang baek, utk perempuan yang baik, begitulah sebaliknya..

apa2pun, kita hanya merancang, tapi, penentuan Allah Taala itu maha hebat!

waallahualam :))

Monday, September 5, 2011

Hari pertama setelah cuti berhari ghayeee!

Assalamualaikum :)


hari pertama kelas should be semalam, tapi disebabkan amat rajin, jadinyer hari ni baru officially start kelas..(bukan ponteng, tapi, skip je! heheh!)


haih! bukan nak mengeluh, xbaek mengeluh ni kawan2, saya cuma meluah! meluah kat sini je lah yang mampu kan? mood beraya merdeka masih membara hingga mengalahkan semangat nak sttudyy! oh myyy! nak dekat final! *cari mode study!


hari 'pertama' kelas ni memang agak kelam kabut lah..biasala, baru balik dari cuti kan? sume esaimen yang ditugaskan, daripada 100%, dalam 20% jer siap, yang lainnya wat semalam..malam sebelum kelas..terbaik lah, kerja last minit..tu pon bru taw, kena hantr, kalau xtaw, pakat2 wat lupa..haih!


pagi2 ke bilik YB, print out segalaa esaimen yang nak dihantar..otw ke kelas, dengan semangatnya sebab kerja da siap, saya ditegur oleh budak bilik depan..muke cuakk je..knapalah minah ni..haha, rupa2nyaa ada brg tertinggal, tapi biliknyaa terkunci..jadi, dia mintak tolong saya, kopak pintu tu...terbaik lah sis, mmg ko xslh org suruh saya kopak pintu..mmg kerja saya tu! 


meneruskan hari yang penat ini, dengan mata yang amat berat, sebab xtidur semalaman, buat esaimen dan bergolek2 ats katil..tiba-tiba, harini banyak kejutan yang best berlaku..apa dia?? biarlah rahsia! yang penting saya taw, Allah uji saya, dan saya  kini saya merasakan  kebahgiaan dalam perpisahan..:D Alhamdulillah!


*moral of the story : husnuzzon laa dengan Allah Taala..Wassalam..

Saturday, September 3, 2011

Plan cuti sem before sambung degree ^_^

Assalamualaikum :)


Excited! dah nak habis 3 sem asasi :)


lagi 3 minggu maka tamatlah semuanya di asasi..semoga langkah ini terus gagah mencecah ke al;am degree..diharapkan tiada sem 4 buat diriku! aaminnn!


so, plan untuk cuti??


plan dah ado..tinggal tunggu masanya ja..


plannya?


*belajar masak ! (risaw xreti2 masak lagi smpi sekarang)
*kerjaaa (cari duit lebih untuk masuk dgree nanti, inshaallah)
*belajar tajwid kat surau (kalau ada yg mahu ngajar)
*diet!! (oh, moga berjaya berdietannn!)
*oh, ngaji bhsa english pandai2 (utk MUET dan preparation degree)


cukup setakat ini..:) harapnya plan menjadi..aamin..permudahkan urusanku, ya Rabb! 

Sunday, July 10, 2011

:) Konsertooo!!!

Assalamualaikum :)
jom usya gambar di bawah!
























okay! gempak jugak lah concert Akhil Hayy n Hijjaz! berbaloi rm10, berbaloi jln jauh-jauh, berbaloi tunggu lama nak start concert!

Hijjaz sora mmg power dan mantap lah!

Ustaz Akhil Hayy, macam biasa lah! power pitching tinggi punyaa! plus, ceramah yang baik untuk anak-anak remaja..:)

psst! kak Waheeda saangat cantik, walaupun hanya nampak matanya..tapi, tak sempat nak snap pic dia..tak pa lah..

special thnx to my roomate, Najihah Nasir sebab sudi teman saya ke concert, walaupun dah nak dekat test law! sudi awak layan saya.. terima kasih sebab sudi ikot saya walaupun awak banyak benda lagi perlu dibuat! dan maaf, sebab tak kejut awak bangun untuk study sebab saya pun tak terjaga..:) 

Saturday, July 2, 2011

Imam Muda Musim Ke 2

Assalamualaikum..


Terasa nak update blog berkenaan program reality Imam Muda Musim Ke 2..final semalam memang gempak! Tahniah astro, krew2, imam-imam muda, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak! juga tahniah buat pengacara nya Ustaz Dzulkarnain..;)


Intro yang mengagumkan! Permulaan yang menarik dari Ustaz Dzul dan imam-imam muda..lantunan dan alunan yang indah..terpaku saya mendengarnya..


Semua nya hebat2 belaka..finalis yang berentap di medan final, Imam MUda Hassan dan Imam Muda Nazrul sama-sama hebat..memang tak dapat nak agak siapa yang bakal bergelar juara Imam Muda musim ke 2..


Agak berdebar-debar menanti Mudir Imam Muda, Dato' Hassan Mahmud untuk mengumum juaranya..dan akhirnya Imam Muda Hassan berjaya dinobat sebagai juara, automatik Imam Muda Nazrul sebagai naib juara! Tahniah diucapkan..sama-sama hebat! tapi, mungkin tuah dan nasib lebih menyebelahi Imam MUda Hassan! Apa-apa pun harap kedua-dua Imam Muda, juga baki lagi 8 orang Imam Muda dapat bersama-sama dengan masyarakat untuk membentuk dan membimbing ke arah yang lebih diredhoi Illahi..Amin~ sesunngguhnya, kalian pemimpin-pemimpin yang hebat dan perjalanan masih panjang di luar sana..semoga semua kalian berjaya! 


Tahniah buat Astro dan Program Imam Muda yang berjaya mendapat tempat di hati peminat dan penonton..program sebegini harus diteruskan lagi bagi menggilap bakat anak-anak muda untuk menjadi pemimpin terunggul dalam kalangan masyarakat, insyaallah! amin!


Imam Muda Hassan, juara Imam Muda musim ke 2

Imam Muda Nazrul, naib juara Imam Muda musim ke 2

Monday, June 20, 2011

Selamat Jalan, Romeoku..

Assalamualaikum..


Romeo? siapa romeoku? okay, si dia yang sentiasa dalam doaku..baiklah, wahai encik, saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda, kerana sedar, saya ada tanggungjawab yang lebih besar kepada Tuan diri ini dan juga keluarga tercinta..


pergilah dikau..jauhkan dirimu dariku! andai jodoh, pasti kan bersatu jua..;)


harapan keluarga yang terbeban dibahu ini, tak kan ku sia-siakan hanya kerana mu, wahai Romeo..walaupun kau sempurna padaku, tapi, tiada ertinya andai aku terlalu mengejar dirimu, dan keciciran benda yang lebih sangat amat penting dalam hidupku..:)


pergilah, pergi jauh wahai encik! jangan membebani fikiranku lagi..aku mahu lari jauh dari dirimu..supaya impian-impian ku kan tercapai..selepas itu, ku kan mencarimu..andai kau masih menungguku..


pemilik nyawaku sedang memerhatiku..tak mahu aku tersasar jauh dari landasan selamat hanya kerana kasih ku padamu..maaf! keluarga ku lebih penting buatku..


pandai-pandailah dikau menjaga dirimu, encik! :)


doakan kita bersatu jua akhirnya, dalam perhubungan yang lebih bermakna..


wasalamualaikum..


*hidup hanya sekali, jadi kita ENJOY lakukan terbaik untuk kehidupan dunia dan yang pasti berkekalan AKHIRAT :)

Sunday, June 19, 2011

Abah :")

Assalamualaikum..


Bismillahirahmanirrahim..


Ini coretan ikhlas untuk insan bernama Mohamed Shaffiee bin Ahmad..




"Abah, adik tak pernah rasa puas dengan kasih sayang yang abah bagi..terasa diri ini disayangi saat abah mengucup dahi ini..dan pesanan abah yang sentiasa di hati " adik, belajar rajin2..abah sentiasa doakan adik! "..ok, adik try yang terbaek..bila pandang mata abah, sebenarnya hati ni menangis..nampak sangat raut tua dan penat, tapi abah tetap bekerja kuat dalam kepenatan dan kesakitan yang abah alami untuk cari nafkah untuk anak-anak..berjuanglah, abah! semoga Allah melihat keikhlasanmu dalam berjuang demi anak-anakmu..sedih, bila terpaksa minta duit dari abah..adik akan belajar sungguh-sungguh, sebagai balasan! terima kasih sebab mendoakan adik..adik nampak abah sangat gembira, bila taw adik nak sambung study dalam bidang ni..abah menaruh harapan di bahu adik sekarang! adik nampak abah seronok bila adik gtaw abah pasal result adik, alhamdulillah! senyuman tu bagi adik semangat! adik berjaya atas doa abah dan mama jugak, serta keberkatan darinNYA..adik sedang berjuang, mungkin bila2 masa ja akan terkandas di tengah jalan, so, adik sangat mengharapkan abah di sepanjang perjuangan ini..bersabarlah abah, setiap manusia itu, pasti menghadapi kesusahan dan musibah! adik nak berterima kasih teramat sangat sebab jadi abah yang tersangat adik sayangi..sungguh, tiada seorang pun makhluk yang mampu mengantikanmu, abah! Ya allah, tempatkan abahku di kalangan hambamu yang bertaqwa..sayang abah selamanya~take care dan miss u a lot! "

Wednesday, May 25, 2011

Azam semester akhir asasi :")

Assalamua'laikum..


alhamdulillah, masih diberi TERlalu banyak nikmat dari Allah..


ok, azam for next sem yang akan bermula hari ahad ini (29/5)..


tak banyak yang diazamkan (perkataan apa ni)..cuma beberapa sahaja..saya berazam untuk duduk di hadapan kelas bila waktu kuliah..yeah! yer, sbelum ni sy dan kwn2 berlumba-lumba utk duduk di tmpt yg paling belakang..sem ini, kami memasang strategi baru..dan saya sangat teruja nak menghabiskan sem terakhir di Merbok ni! yeahh! semangat~ so, berazam untuk mengakhiri sem ini dengan jayanya..dan mengurangkan perbelanjaan harian..nak save bajet la, kwn! *tolong jgn ajak saya berhibur, berjoli di luar semasa waktu lapang..haha..memandangkan bulan ramadhan jatuh pada hari kuliah (tak cuti), maka, saya berhasrat untuk solat terawih di masjid Uitm sekerap mungkin..dan amalan2 sunat yang lain..tak mahu dan tak akan menjebakkan diri dalam *cinta remaja/monyet/beruk/cipanzi dan yang sewaktu dengannya..yeah! hanya mencari cintaNya..dan akan setia hanya pada si dia yg satu..memandangkan hati ini sedang berbunga (^^) dan tiada ruang untuk menyukai, menyayangi, mencintai, meminati mamat2 di sini..Ya Allah, tetapkan hatiku! plus, cuba mndapatkan pointer yang terbaik untuk sem ini, dan saya berkira-kira untuk menamatkan pembelajaran dalam bidang undang-undang mungkin..haha! berhasrat untuk berpaling tadah ke bidang pendidikan..(masih belum pasti)..setelah merujuk kepada orang ramai, ramai yang memujuk saya untuk stay dlm bidang ini, sekiranya mampu..masalahnya, sekiranya mampu atau pon tak, hati saya terasa mau ke bidang pendidikan! oh! runsing..kenapa tiada yang support saya? ok, biarlah waktu yang menentukan..dan saya berserah pada Dia..yang penting, buat masa sekarang teruskan usaha! chaiyok!




Jadual sem depan yang belum tentu..boleh berubah bila2 masa..


Sun 8:00am-9:50am (BEL342) C3
Sun 10:00am-11:50am (MTC088) BK2
Sun 8:00pm-9:50pm (BEL332)C5

Mon 10:00am-11:50am (BEL332)C23
Mon 12:00pm -2:00pm (MTC087) BK1
Mon 3:10pm-4:00pm (MTC088) TEC2

Tue 12:00pm - 2:00pm (BEL342)MK4

Wed 8:00am-9:50am (BEL332)
Wed 3:10pm -4:00pm (MTC087)

Thu 8:00am - 9:50am (BEL342) B5



hari isnin yang penat!  lepas pukol 2, duduk masjid..ah! smpi pukol 4 kelasnyaa~ sah! hari isnin, sgt mengantuk utk kelas petang..lain-lainnya ok la..;) jadual masih belum penuh ni, tambahan lagi satu subjek xada dlm jadual lagi..bertahanlah untuk 1 sem! amin



sekian entry semangat untuk kali ini..doakan saya dan rakan seperjuangan, wana dalam menempuh segala cabaran ;) semoga berjaya semua! *dengarkan lagu hambaMu, untuk menambah semangat..:)

Ya Allah..dengarkan hambaMu..perancangan hidup ini telah ku bina, namun segala penentuan hanya di tanganMu..aku tahu Kau tahu apa yang terbaek buat hambaMu ini..;) aku percaya dengan ketentuanMu..dengan itu, pandulah aku..

Saturday, May 21, 2011

Cinta dalam diam!

Assalamua'laikum..


Ke hadapan akhi yang sentiasa dalam doaku (confirm2 dia xbaca ni) :)


Cinta ini masih menjadi rahsia,
tidak akan ku bongkar hingga tiba masanya,
namun, pencarianku telah berakhir setelah ku berjumpa denganmu,
tidak dapat disangkal lagi, kau pilihanku,
namun, semuanya terserah takdir,
andai kau milikku, aku bersyukur,
andai sebaliknya, aku redha,
doaku agar Dia menjodohkan kita,
dan bahagia selamanya..


Amin ya Rabbal Alamin..;')


*sory lah mode jiwang terkeluaq plak malam-malam ni..


untuk renungan, bacalah kisah cinta antara Saidina Ali dan Fatimah..sama-sama mencintai dalam diam, akhirnya Allah menjodohkan mereka..jika belum siap, cukuplah mencintai dalam diam..boleh lah click sini untuk baca kisah cinta Saidina Ali dan Fatimah :)

Thursday, May 19, 2011

Oh! hampir tamat sudah kebahagiaan ini~

Asslamua'laikum~


Tajuk entry kali ni menyedihkan :(


Ah..kebahagiaan yang ku alami ini semakin menjauh!~ bahagia apa ni? oww..musim cuti ini sudah hampir berakhir!


Ya..tanggal 29/5 akan bermula lah semester baru bagi diriku..manakala bagi wana, tanggal 23/5 merupakan tarikh bermulanya sem baru..perasaan? oh, mestilah excited! (ok,ni tipu) hwaa..bermula lah rutin hidup sebagai siswi..fuhh! ada orang tnya..


hamba Allah : best tak belajar law? macam menarik..kami nanti pun nak ambik law..


saya : silakan! amat dialu-alukan..lawyer muslim sekarang dah berkurangan..banyak lawyer india n cina ja..mula-mula dulu, saya bersemangat untuk ambik law, memandangkan keadaan masyarakat kini yang memandang enteng tentang undang-undang Islam terutamanya..sekarang, yang hak disembunyikan..manakala yang batil dipublisitikan.. (tudiaa..apa hang merepek cakap panjang2 ni)


sekarang, dah masuk semester akhir (asasi) semakin banyak benda nak kena belajaq..dan semakin matang pemikiran kita bila belajaq ilmu law (saya percaya ilmu lain pon sama)..sebenarnya, law ni luas..makin belajar, makin pening..oh, sebenarnya, mula-mula dulu macam confirm gila nak continue degree law, sekarang bila fikir balik, errmmm..boleh ka nak sambung degree ni?? aih! kekadang rasa xmo belajaq, nak kahwin terus ja (dok wat gila!) ..tapi, bila, fikirkan sabda rasulullah yang ini, semangat semakin kuat, insyaallah! 


 Rasulullah saw bersabda: “Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan”.


Wajib! ok, wajib maksudnya tak ada pilihan, kita kena buat jugak! ini pulak antara syair terkenal karya Imam Syafie :



“Ilmuku selalu bersamaku ke mana aku pergi
Kalbuku yang telah menjadi gudangnya dan bukan lagi peti-peti
Bila aku berada di rumah, ilmuku pun bersamaku pula di rumah
Dan bila aku di pasar, ilmuku pun berada di pasar”




oh! betapa hebatnya beliau..beliau sangat menghormati dan mencintai ilmu..jadi, susah ka payah nak cari ilmu tu, kita kena usaha..cuba contohi beliau! sanggup merantau nak cari ilmu..kita ni, baru belajaq tak jauh mana, dah complain-complain..kan? 


“Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga”(HR. Muslim)


riwayat ni mengatakan Allah akan mudahkan jalan kita ke syurga, kalau kita berjalan menuntut ilmu..jadi, try not to complain bila terpaksa jalan jauh-jauh p ke kelas..panas la..ok?


biasalah, hidup ni, susah-susah dulu, senang-senang kemudian, ye dak? antara kesusahan yang semakin menghampiri tu ialah..poket kering (elaun lambat masuk), assignment bertimbun-timbun, presentation berlambak-lambak, debate, debate dan debate!! terpaksa makan megi untuk sep duit, tak cukop tidur (eye bag yang cantik),  exam, exam dan exam lagi..basuh baju sendiri (waa!), no more tv!, weekend yang tak macam weekend pun!, bla3..macam-macam lagi..


kepayahan tu, lama-lama akan menjadi manis! percaya lah! Allah akan membalas kesusahan kita dengan ganjaran yang hebat! yang penting, ikhlas, niat kerana Allah!


"Ya Allah, permudahkan urusan kami dalam mencari ilmu..tenangkan hati-hati kami dari gundah gulana, dekatkan kami denganMu setiap detik! redhai setiap langkah kami..jadikan kami anak-anak yang berguna untuk orang tua kami! jua orang yang berguna demi agama, bangsa dan negara kami! "


Amin ya Rabbal A'lamin~


ps : kepada kawan-kawan seperjuangan! chaiyok2~ 

Friday, May 13, 2011

Kenangan Indah..

Assalamua'laikum WBT..


Haa, boleh pon update blog akhirnya..;) nak cerita sikit ni..pasal peristiwa manis yang berlaku pada tarikh 12/5/2011 hari khamis..


Biasalah, kita hanya mampu merancang, namun segalanya Dia yang tentukan, kan? Dari mula lagi, saya dan kawan-kawan tercinta plan nak lepaking bersama :) namun, macam-macam halangan mendatang (cewah)..haha, dan akhirnya berjaya juga kami lepak, tanpa sebarang 'gangguan'..;)


Bertolak dari rumah selepas zohor..Aqilah pergi ambik Atin dulu kat rumah dia..dan datang ambik saya..seterusnya, kami menuju ke rumah Wana! wah! terima kasih Qilah, banyak pakai minyak tu..;)) sampai di rumah Wana, kami bersembang panjang..pom pang pom pang! gelak sakan sangat aih! mengimbau kembali kenangan lalu..hehe..Selepas Asar, kami ke Ban Pecah..pernah dengar nama tu, tapi, memang tak pernah sampai..ok, bila saya dah tukar profession jadi photographer, inilah antara gambar-gambar di Ban Pecah..(gambar pemandangan je la, ye)


Masyaallah! cantik kan? 

Indah! Airnya cantik..

Batu-batu ni licin taw..he, sebab tu berani tangkap gambar dari atas ja..;)

Ban Pecah! cantiknya awak!

Haa..kat hujung-hujung tu, ramai pakcik-pakcik memancing..;))

Subhanallah! Matahari hampir terbenam waktu ni..

Cantik3..tengok real lagi cantik taw..


hah! ini dia..ikan belachok (kot laa)..comel..ada 2 kaki..pelik, tapi benar..1st time tengok ni..nak tangkap gambaq dia payah..yelaa..ada kaki, lari laju ni..

Pemandangan yang sangat menenangkan hati! saya nak ke sini lagi..



Kalau diikut kan cerita dari Atin (pengunjung setia Ban Pecah)..tempat ni, dulunya sawah padi milik anak-anak yatim..tapi, disebabkan harta anak-anak yatim tersebut disalahgunakan oleh pakcik makcik mereka, maka Allah SWT menurunkan bala yang maha dahsyat..maka pintu ban yang menangkung air sawah pecah..maka, dinamakan lah tempat ini Ban Pecah! ;) Subhanallah..


"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar." (QS. An-Nisaa’ 4 :2)


Ingat ye..harta anak yatim tu milik mereka sepenuhnya..jangan sama sekali kita menidakkan atau menafikan hak mereka tu..sesungguhnya, anak-anak yatim ni, mereka menghadapi ujian yang besar di dunia..sayangi mereka..


Sabda Rasulullah : "Aku dan orang-orang yang menanggung anak yatim,berada di syurga seperti ini (lalu baginda mengacungkan jari telunjuk dan jari tengahnya, seraya memberi jarak keduanya)" (H.R Bukhari, Abu Daud, dan Tirmidzi)


Justeru, beringatlah kita sebelum nak makan harta anak yatim..tak nak ka berada dekat dengan baginda di syurga? maka, sama-samalah kita menyayangi anak-anak yatim..


ps: terima kasih Wana, bagi makan kat kami..sedap sangat! Terima kasih semua, untuk hari yang indah ni :))) Sayang kamu semua..


Wasalam..

Monday, May 9, 2011

Teman sampai syurga..

Assalamua'laikum WBT..segala puji hanya padaNya ;)


Entah kenapa, mood nak menulis selalu ja ada, lately..so, terupdate la blog ni selaalu..nanti masing-masing dah masuk kuliah semula, maybe tak sekerap ni blog kami diupdate..;)


Saya nak cerita kan satu kisah di sini..Alhamdulillah, sepanjang 2semester belajar di Uitm Merbok tu, kebanyakkan nya pegalaman pahit, manis yang indah bersama kawan-kawan..yang paling pahit rasanya, ada satu hari tu, ada 2 presentation sekaligus, dan presentation pertama memang hancuss! ada problem sikit dengan monitor dalam kuliah tu,,dan sangat-sangat sedih bila kami belum habis present, lecturer bole cakap "ok, thank you!" Uih, sedehnya..sampai menangis..tak apalah, tu semua pengalaman buat diriku..yang lain pengalaman manis, memang banyak lah..terutama, bersama roomates tercinta..;)


Dan nak cerita sikit pengalaman dengan roomates tercinta, Teya, Jiha dan Ija..biasalah, malam minggu (kalau  tak silap), semua pakat-pakat relax..sembang-sembang, makan meggi bersama..yang sorang dengaq lagu english, sorang indon, sorang lagi anuar zain dia xhabis-habis (saya laa kot), dan sorang lagi maen game budak-budak tak cukop umoq..macam-macam lah! tiba-tiba, terbukak topik Dajjal..hah! entah macam mana ntah..rasanya Ija terbaca artikel di blog siapa ntah! lepas tu, kami pon disscuss lah pasal topik ni..sangat tak sangka, orang-orang yang loqlaq ni, bila cakap soal agama, serius! alhamdulillah! tiba-tiba, baca lah kami beramai-ramai artikel pesanan Rasulullah untuk kita umat Islam, untuk mengelak dari fitnah Dajjal..memang tak tercakap kami..untuk baca artikel tu, boleh klik sini (klik taw!) , tapi rasanya entry sebelum2 ni dah ada ceritakan..secara tiba-tiba, dari kami dok bergelak sakan, terus kami TERmengalir air mata..subhanallah! memang tiba-tiba meremang bulu roma..takut memikirkannya..malam tu, malam yang paling best, sebab kami berkongsi cerita (walaupun berbagai-bagai version..sampai tersilap info, kena check internet balik), tapi, kawan-kawan yang baik memang akan menyedarkan kita, insyaallah! berbangga mempunyai kawan-kawan seperti kalian semua! 


Sabda Rasulullah SAW:



Ertinya: “Perumpamaan dua orng yng bersaudara itu ialah perumpamaan kedua belah tangan, di mana yng satu membasuh yang lain.”
(Hadis riwayat Abu Mansor Ad Dilami dalam musnad Firdaus)

Dan Nabi SAW pernah masuk ke dalm hutan lalu baginda dua batang kayu miswak yng satu bengkok dan yng satu lagi lurus. Dan adanya bersama2 Rasulullah SAW ketika itu beberapa sahabatnya. Kemudian,Rasulullah SAW memberikan kpd salah seorang sahabatnya kayu miswak yng lurus dan baginda menahan kayu miswak yng bengkok itu untuk kegunaan dirinya sendiri. Maka berkatalah sahabatnya itu,”Ya Rasulullah sebenarnya kau lebih berhak mengambil kayu miswak yng luus ini daripadaku.”

Lalu Rasulullah SAW berkata:



Ertinya:”Tidak ada seorang jua pun yng bersahabat dgn orng lain walaupun satu saat sahaja,kecuali dia akan ditanyai pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya,apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak. ”



Begitu pentingnya sahabat dalam kehidupan kita ni..dan terdapat pelbagai adab dalam berkawan..insyaallah, berkawanlah kita keranaNya..;)



Friday, May 6, 2011

Hati-hati dengan lelaki!

Assalamua'laikum WBT! Alhamdulillah, masih bernyawa pagi ni..Allah masih memberi izin untuk kita melihat dunia yang singkat ini..


Semalam, saya sempat chat di ruang fb dengan sepupu di Pahang! Lama benar tak dengaq khabaq dia..kebetulan baru-baru ni terjumpa fb dia, dan terus add..memandangkan dia sebaya dan juga sama-sama perempuan, maka banyaklah cerita-cerita 'panas' yang kami sembangkan..Tiba-tiba dia tanya saya (tak dak la tiba-tiba, saya boleh expect pon soalan-soalan macam ni, kalau sembang ngan dia)


Sepupu : Farziana, awat hang tak boh gambaq hang, nanti kan senang mamat-mamat nak kenal hang!
Saya : (sambil garu kepala ) Haha! Tak payah laa kenal kot sini..kenal dekat masjid ka, surau ka, ok la..
Sepupu : hang cari kat aku sorang..aku tak dak bf ni..
Saya : (lagi garu kepala) Aku pon xdak wey! haha..
Sepupu : haih! =.=*


So, sekarang..saya terfikir..oh! orang hat single-mingle boh gambaq as profile pic depa untuk senang kan mamat-mamat mengorat atau mengayat ka? ataupun untuk dapat pujian dari jejaka-jejaka hot..


*pergh! awak ni cun laaa! suka tengok awak!
*hai! boleh kenal?
*single lagi tak?


Oh, gini rupanya..saya tak maksudkan semua orang fikirkan hal yang sama..mungkin ada orang lain boh gambaq as profilpic supaya orang yang kenal dia, dapat kenal dia (ayat haru sikit! tak boleh pikiaq ayat len dah! phm kot?) dan, sepupu! saya tak maksudkan awak kat sini..awak penyumbang idea ja..dan saya taw awak tak serius pon dengan apa yang awak cakapkan..;)


Sebenarnya, saya nak mengajak kawan-kawan fikir balik kenapa perlunya boh gambaq atau tayang gamabaq peribadi kita di fb..seingat saya ada artikel sebelum ni dah menjelaskan ketidakwajaran pamerkan gambar peribadi di Fb..sila lah baca ye!


Ya! mungkin, anda langsung tak berminat untuk cari kenalan baru atau kawan berlainan jantina di fb..atau anda memang tak akan layan mamat-mamat yang tiba-tiba ajak kenal atau jumpa..tapi, sebenarnya memang 'marabahaya' sekiranya anda boh gambaq peribadi anda di fb..


Alkisahnya :


Satu hari saya dapat msg dari chat box di fb..dari seorang yang tak dikenali..padahnya men approve ja orang kat fb! dan kononnya saja kenal-kenal..dan umurnya muda setahun dua dari saya..so, saya tak laa melabelkan dia sebagai 'lelaki merbahaya', memandangkan dia muda lagi...siap panggil kakak lagi..mula-mula, ok..cuma berkongsi ilmu, taaruf sikit-sikit, tanya bab belajar, kononnya..then, satu hari, dia chat lagi..(lebih kurang macamni dialognya)


dia : hai, awak (tiba-tiba awak, dah bukan kakak lagi)
saya : :)
dia : nak tanya sikit boleh?
saya : apa nya?
dia : boleh tak saya nak ambik gambar profil akak, copy?
saya : nak buat apa? saya xizinkan.. (terus pergi kat picture, delete2 mana yang patut)
dia : adalah!
saya : tak boleh..nak buat apa ja?
dia : #$%^&%$# (jawapan berbaur 18sx)


Aih! bengang betui lah! macam-macam budak-budak zaman sekarang! tulah, banyak pengaruh negative..benda ni jadi pengajaran besar, sejak tu, xada laa boh gambaq sendiri di profilpic fb..dan bukan sampai situ jaa..beberapa hari kemudian, sawan budak ni mai lagi, dia chat lagi..sekali lagi berbaur 18sx..alhamdulillah! sekarang saya dah unfriend dengan budak sawan ni! puas! 


moral of the story : mungkin bukan niat anda nak buat jahat! tapi, perhatikan setiap step anda..adakah betul atau tepat di landasan syariat? Allah pesan "jangan dekati zina"..so, watch your step, girls! jangan izinkan diri anda ataupun orang lain mendekati zina..


Wallahualam~

Thursday, May 5, 2011

Aku Alien kah?

Assalamualaikum..


Kisah ni berlaku beberapa bulan lepas di U, tempat saya belajar..


Biasalah, zaman-zaman U, asal free, nak keluar melepak kat shopping mall terdekat..walaupun poket sempit..hehe! asal dapat tengok dunia pon, jadilah!


Dan saya dan kawan-kawan pun mendapat kesempatan itu, kami keluar tengok wayang..tak silap saya tu, first time saya keluar dari Uitm Merbok untuk happy-happy hour kat shopping complex sekitar SP..uih! bangga dan excited tak terkira ni..bersama 2 orang kawan perempuan yang lain..tak la ramai..ingat nak lepak ramai-ramai..dengan sorang mamat yang selalu kena pow, tapi, mamat tu xfree lah pulak..so, keluaq lah kami bertiga..;)


Saya budjet shopping complex kat situ, macam dekat-dekat Penang lah..tempat lepak-lepak family, couple2..ingat kan persekitaran dia lebih kurang..mungkin kelainannya, sebab SP ramai Melayu je kot! Sampai-sampai, dengan penuh semangat (berbaju kurung, sebab lepas kelas terus datang) melangkah masuk ke ruang dalam shopping complex yang dikatakan sememangnya popular di SP ni..adoi! malu tak terkira laa..terasa saya macam orang asing! budak-budak kat sini, usya semacam ja..apa depa ingat saya baru balik kenduri? "Ish, pakai baju kurung pun nak usya pelik!" Terus berjalan tanpa segan silu (dalam hati, rasa macam orang asing yang datang bawak pengaruh fesyen terbaru di SP ni)..Malu sunggoh laa..


Rupa-rupanya, setelah dikaji dan diperhati, shopping mall sini, macam dikhususkan untuk anak-anak muda melepak buang masa, dan bermadu asmara..jarang lah nak jumpa kelibat family besar bergurau senda dekat situ..couple-couple bergurau manja, ramai lah pulak! Terasa diri dan rakan-rakan bukan dari kelompok ni..sebelum masuk tengok wayang, kami singgah ke surau berhampiran untuk solat zohor..tudiaaa! telekung berapa lama tak cuci, bilik surau sikit punya 'luas'! rasa macam musafir ja..perform solat dengan serba kekurangan..bilik sempit tu, hanya muat 2 atau 3 orang..penuh ketidakselesaan! saya ingat dah duduk area Kedah, Sungai Petani, ingat kan kemudahan surau lebih baek, berbanding Penang, yelah, most of citizen sini Melayu, para pemimpin nya pun Melayu (kalau tak silap)..apa salah peruntukkan ruang yang lebih besar sebagai surau..dah la ceruk-ceruk, sempit lak tu..tempat amik wudhu', tak dak! kena pakai sinki kat toilet! kalau saya tengok tempat boling, wayang, cafe makan dia besaq lah pulak..


Time ondaway ke tingkat paling atas, untuk tengok wayang, terasa macam kat jalanan kot..orang-orang muda nya macam-macam perangai ada! baju, fesyen pelbagai! ini tempat melayu ke apa? tindik subang sini sana, mata ni macam mata kucing! baik lelaki, baik perempuan contact lens macam-macam colour..rambut, tudiaaa! fesyen mana mai tak taw! tegak macam kena sambaq petir..ada pulak yang warna warni, macam badut dah tengok! kami ni dengan baju kurung pulak yang terasa macam salah tempat..ish, yang saya pantang tok nenek, mata tu dah la bercontact lens, usya macam la gua ada wat salah ngan lu! Ya Allah, lepas ni, xmo laa mai sini dah! kalau mai pun, ramai-ramai! yang paling tak tahan kami berbaju kurung ni, siap diperli lagi..masa naik escalator, saya tertangkap satu suara xmacho lansung yang berkata "hah! cantek! dah pakai baju kurung! meh abang balik tukaq baju melayu, kita pi nikah kat masjid"..aih! budak-budak ni, perli kemaih aih! sampai sudah orang tengok kami pelik! hampa tu yang pelik, xsedaq..bawak mengucap lah! tak payah nak pakai ikot barat sangat lah kan..xstyle pon, macam ayam katek nak pakai bulu merak pun ada..tak kena lah adik oi! sangat pelik..yang menambah pelik kan lagi, yang pelik tu yang diterima pakai! aih! dunia ni dah terbalik..


moral of the story : biaq di mana pon kita berada, kekalkan identiti kita sebagai muslim..biaq orang pandang pelik, jangan Allah pandang jelik! 


Wallahualam~