alhamdulillah, masih diberi TERlalu banyak nikmat dari Allah..
ok, azam for next sem yang akan bermula hari ahad ini (29/5)..
tak banyak yang diazamkan (perkataan apa ni)..cuma beberapa sahaja..saya berazam untuk duduk di hadapan kelas bila waktu kuliah..yeah! yer, sbelum ni sy dan kwn2 berlumba-lumba utk duduk di tmpt yg paling belakang..sem ini, kami memasang strategi baru..dan saya sangat teruja nak menghabiskan sem terakhir di Merbok ni! yeahh! semangat~ so, berazam untuk mengakhiri sem ini dengan jayanya..dan mengurangkan perbelanjaan harian..nak save bajet la, kwn! *tolong jgn ajak saya berhibur, berjoli di luar semasa waktu lapang..haha..memandangkan bulan ramadhan jatuh pada hari kuliah (tak cuti), maka, saya berhasrat untuk solat terawih di masjid Uitm sekerap mungkin..dan amalan2 sunat yang lain..tak mahu dan tak akan menjebakkan diri dalam *cinta remaja/monyet/beruk/cipanzi dan yang sewaktu dengannya..yeah! hanya mencari cintaNya..dan akan setia hanya pada si dia yg satu..memandangkan hati ini sedang berbunga (^^) dan tiada ruang untuk menyukai, menyayangi, mencintai, meminati mamat2 di sini..Ya Allah, tetapkan hatiku! plus, cuba mndapatkan pointer yang terbaik untuk sem ini, dan saya berkira-kira untuk menamatkan pembelajaran dalam bidang undang-undang mungkin..haha! berhasrat untuk berpaling tadah ke bidang pendidikan..(masih belum pasti)..setelah merujuk kepada orang ramai, ramai yang memujuk saya untuk stay dlm bidang ini, sekiranya mampu..masalahnya, sekiranya mampu atau pon tak, hati saya terasa mau ke bidang pendidikan! oh! runsing..kenapa tiada yang support saya? ok, biarlah waktu yang menentukan..dan saya berserah pada Dia..yang penting, buat masa sekarang teruskan usaha! chaiyok!
Jadual sem depan yang belum tentu..boleh berubah bila2 masa..
Sun 8:00am-9:50am (BEL342) C3
Sun 10:00am-11:50am (MTC088) BK2
Sun 8:00pm-9:50pm (BEL332)C5
Mon 10:00am-11:50am (BEL332)C23
Mon 12:00pm -2:00pm (MTC087) BK1
Mon 3:10pm-4:00pm (MTC088) TEC2
Tue 12:00pm - 2:00pm (BEL342)MK4
Wed 8:00am-9:50am (BEL332)
Wed 3:10pm -4:00pm (MTC087)
Thu 8:00am - 9:50am (BEL342) B5
hari isnin yang penat! lepas pukol 2, duduk masjid..ah! smpi pukol 4 kelasnyaa~ sah! hari isnin, sgt mengantuk utk kelas petang..lain-lainnya ok la..;) jadual masih belum penuh ni, tambahan lagi satu subjek xada dlm jadual lagi..bertahanlah untuk 1 sem! amin
sekian entry semangat untuk kali ini..doakan saya dan rakan seperjuangan, wana dalam menempuh segala cabaran ;) semoga berjaya semua! *dengarkan lagu hambaMu, untuk menambah semangat..:)
Ya Allah..dengarkan hambaMu..perancangan hidup ini telah ku bina, namun segala penentuan hanya di tanganMu..aku tahu Kau tahu apa yang terbaek buat hambaMu ini..;) aku percaya dengan ketentuanMu..dengan itu, pandulah aku..
No comments:
Post a Comment