Sunday, May 22, 2011

10 sen boleh juga buat pahala :)



Assalamua'laikum~


Pernah berada dalam situasi begini?


Suatu malam di pasar malam, ada seorang pakcik tua meminta-minta sedekah, kerana keuzuran dan sememangnya tidak dapat bekerja..mengharapkan ehsan orang ramai untuk mengalas perut yang sudah lama tidak terisi..


A : nah, pakcik 10 sen..sikit ja yang mampu saya bagi..tapi, ikhlas, insyaallah!


B : ish, ada peminta sedekah depan tu! wat xnampak dah laaa..


Dimanakah kita? situasi A atau B? fikir-fikirkan :)


Mungkin kita tidak mampu untuk bersedekah harta, jangan dilupa senyum juga sedekah! :)

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)
so, banyak caranya nak sedekah kan? marilah kita bersedekah..sebelum tamat entry ni, saya sertakan vid sempoi dari kumpulan Feelhoney bertajuk 10 sen..lirik Bie FH dan lagu Amin FH :) sempoi lahh!



liriknya 
10 sen by FEELHONEY ( click untuk ke fb Feelhoney)


Musim cuti datang banyak jualan murah
Hatimu meronta mau beli semua
Mau beli blackberry..Mau beli DSLR (kamera)
Mau beli inspira...Mau beli semua..

Bila duit masuk..kau jadi penderma tegar di pasaraya
ribu-ribu pun kau tak kisah
Asal 'up to date' kiut bergaya
Langsung kau tidak fikir nasib orang yang susah

chorus:
Kenapa susah sangat mau bagi sedekah?
10 sen boleh juga buat pahala
Mungkin bagi kita ia tak seberapa
Tapi disisi Tuhan besar ganjarannya

Dunia ini sekejap saja
Esok mungkin kau tinggal semua
Nanti apa yang kau bawa
10SEN mu itu yang bikin berat
Timbanganmu di sana~





No comments:

Post a Comment