Thursday, May 5, 2011

Sentap!

Assalamualaikum, syukran ya Allah, masih kau beri nikmat sihat untuk diri ini! ;D


Ada satu cerita saya nak kongsi ni ;)


Kisahnya beberapa hari lalu : sambil melayari internet dengan kenalan rapat ..


cik L : uih! comel laa..
saya : hg tengok apa wey?
cik L : tengok orang-orang korea ni laa..handsome!
saya : melayu lg handsome!
cik L : tak, tengok, badan-badan depa tough oh! 
saya : oi! hg tengok badan org laki? Astaghfirullahalazim..ish2..hehe (siap gelak lg)
cik S : farz, hg tak payah BUAT SUCI lah! 
saya : erk? hehe.. =.=*


Lebih kurang begini lah sinopsisnya..haha! makan dalam nya lah hai ayat cik S tu..saya bukan apa..niat saya cuma sekadar menegur..dan saya tak rasa saya perli ke hapa..saya menegur dalam mode berlawak! so, disini, saya rasa cik L tak terasa hati pun..;) alih-alih, saya yang kena? BUAT SUCI? adoi, sakit jugak hati ni dengar cik S cakap macam tu..tapi, saya cuma mampu tersengih! saya, sebagai kenalan rapat kalian, cuma boleh menegur sekadar yang saya mampu, maaf lah! itu memang tugas kita saling menegur dan menasihati sesama kita..tambah-tambah, kalian bukan orang jauh, tak salah saya rasa kalau saya menegur cik L tadi..;) dalam kes ni, saya cuma menegur dengan cakap Astaghfirullahalazim~ belum saya mengkritik ke hapa..dah tak boleh nak terima..macam ni lah stigma masyarakat kita..tegur sikit, tak boleh! asal kita tegur, kita disoalkan!


contoh : 


cik A : semalam pergi mana?
cik D : keluar lepak ngan kawan-kawan..
cik A : sampai pagi-pagi buta baru balik?
cik D : kau sebok apa hal? tak payah nak tunjuk alim ngan aku! jangan jaga tepi kain aku!


Amboi! niat kita yang baek, disalahertikan..apa salahnya kalau kita terima pendapat dan teguran orang lain? ini tak! dah la buat silap, tak mahu ditegur..bila ditegur, mulalah melenting! tak semestinya si penegur tu, seorang yang alim dan ulama', baru boleh tegur..asal apa ja yang salah dalam Islam berlaku depan mata kita, kalau mampu, kita tegur..kalau tak mampu, tak apalah..sekadar kita membenci dalam hati! kalau lagi bagus, gunakan kuasa veto ( kudrat, anggota badan untuk menegur)..macam yang Rasulullah ajarkan..;)


"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali orang-orang ynag beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"


-maksud surah al-'Asr (ayat 1-3)


sabar! marah itu mudah, sabar itu indah! mahal taw..ingat senang nak sabaq..tapi, insyaallah, tinggi ganjaran orang yang bersabar! Ya Allah, kurniakan kami kesabaran! ;)


Ya..manusia dalam kerugian! tak tahulah kalau masih mahu duduk dalam 'kerugian'! pesanan : bila orang tegur tu, terimalah! kadang-kadang, orang tegur, sebab sayang..bukan niat mengejek atau mempersenda..dan si penegur, tegurlah dengan berhikmah! tak rugi punya..kalau tak bertegur, dan berpesan, mereka lah yang kerugian..


Wallahualam..

No comments:

Post a Comment