Haa, boleh pon update blog akhirnya..;) nak cerita sikit ni..pasal peristiwa manis yang berlaku pada tarikh 12/5/2011 hari khamis..
Biasalah, kita hanya mampu merancang, namun segalanya Dia yang tentukan, kan? Dari mula lagi, saya dan kawan-kawan tercinta plan nak lepaking bersama :) namun, macam-macam halangan mendatang (cewah)..haha, dan akhirnya berjaya juga kami lepak, tanpa sebarang 'gangguan'..;)
Bertolak dari rumah selepas zohor..Aqilah pergi ambik Atin dulu kat rumah dia..dan datang ambik saya..seterusnya, kami menuju ke rumah Wana! wah! terima kasih Qilah, banyak pakai minyak tu..;)) sampai di rumah Wana, kami bersembang panjang..pom pang pom pang! gelak sakan sangat aih! mengimbau kembali kenangan lalu..hehe..Selepas Asar, kami ke Ban Pecah..pernah dengar nama tu, tapi, memang tak pernah sampai..ok, bila saya dah tukar profession jadi photographer, inilah antara gambar-gambar di Ban Pecah..(gambar pemandangan je la, ye)
Masyaallah! cantik kan? |
Indah! Airnya cantik.. |
Batu-batu ni licin taw..he, sebab tu berani tangkap gambar dari atas ja..;) |
Ban Pecah! cantiknya awak! |
Haa..kat hujung-hujung tu, ramai pakcik-pakcik memancing..;)) |
Subhanallah! Matahari hampir terbenam waktu ni.. |
Cantik3..tengok real lagi cantik taw.. |
hah! ini dia..ikan belachok (kot laa)..comel..ada 2 kaki..pelik, tapi benar..1st time tengok ni..nak tangkap gambaq dia payah..yelaa..ada kaki, lari laju ni.. |
Pemandangan yang sangat menenangkan hati! saya nak ke sini lagi.. |
Kalau diikut kan cerita dari Atin (pengunjung setia Ban Pecah)..tempat ni, dulunya sawah padi milik anak-anak yatim..tapi, disebabkan harta anak-anak yatim tersebut disalahgunakan oleh pakcik makcik mereka, maka Allah SWT menurunkan bala yang maha dahsyat..maka pintu ban yang menangkung air sawah pecah..maka, dinamakan lah tempat ini Ban Pecah! ;) Subhanallah..
"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar." (QS. An-Nisaa’ 4 :2)
Ingat ye..harta anak yatim tu milik mereka sepenuhnya..jangan sama sekali kita menidakkan atau menafikan hak mereka tu..sesungguhnya, anak-anak yatim ni, mereka menghadapi ujian yang besar di dunia..sayangi mereka..
Sabda Rasulullah : "Aku dan orang-orang yang menanggung anak yatim,berada di syurga seperti ini (lalu baginda mengacungkan jari telunjuk dan jari tengahnya, seraya memberi jarak keduanya)" (H.R Bukhari, Abu Daud, dan Tirmidzi)
Justeru, beringatlah kita sebelum nak makan harta anak yatim..tak nak ka berada dekat dengan baginda di syurga? maka, sama-samalah kita menyayangi anak-anak yatim..
ps: terima kasih Wana, bagi makan kat kami..sedap sangat! Terima kasih semua, untuk hari yang indah ni :))) Sayang kamu semua..
Wasalam..
wana : no hal la faz..bla lg nk mkn kt rmh wana.. ;)
ReplyDelete