Firstly, saya nak ucapkan Selamat hari guru kepada semua pendidik di Malaysia, terutamanya yang telah mendidik saya menjadi seorang yag berguna (berguna ka? baru berguna separuh!)..Jasa-jasa kalian amat dihargai dan dikenang selamanya! Moga Allah sahaja yang membalasnya..sesungguhnya, mulia pekerjaan seorang guru itu! Mereka ibarat lilin yang membakar diri!
Islam sangat memandang tinggi seorang guru..
Firman Allah SWT : “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat. (Ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”. (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Merendah dirilah kamu pada guru kamu.”
Lihat bagaimana Imam as-Syafi’e menghormati gurunya. Imam as-Syafi’e menyelak helaian-helaian bukunya tanpa sebarang bunyi supaya tidak menganggu gurunya.
Anak-anak muda hari ini?
Lagi melawan cakap cikgu adalah..bila cikgu marah sikit, mengadu pada ibu bapa..maka, lagi teruk cikgu tu dimarah..Ish, tak patut..cikgu-cikgu semuanya marah kerana sayangkan murud..sepatutnya ibu bapa berterima kasih pada mereka..ini sebaliknya..bersabarlah, wahai para guru! sesungguhnya tinggi darjat orang yang berilmu di sisi Allah!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment