Wednesday, May 4, 2011

Menyirap darahku!

Assalamualaikum WBT..Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran padaNya kerana masih dipinjamkan kudrat dan anggota untuk mengupdate blog untuk menceritakan sebuah kisah untuk tatapan semua..moga semua mengambil iktibar, insyaallah, termasuk diri ini..


Terlebih dahulu, posting kali ni, maybe agak panjang sebab hari ni saya keluar dengan kawan-kawan tersayang..so, excited bah! update mau detail..hehe! Dan cerita ini bukan sama sekali untuk mengaibkan mana-mana pihak..hnaya untuk diambil pengajaran oleh kita semua..;)Ok, dengar tajuk cam ganas ja kan? tapi, sungguh tu ja yang sy rasa sampai sekarang! panas di hati ini, masih belum reda..alkisahnya, saya dan 3 lagi kawan sy,Wana, Atin dan Qilah bcadang utk ke sekolah untuk ambik sijil SPM dan jugak menziarah cikgu-cikgu lama..Alhamdulillah, plan kami bjalan dengan lancar..sampai-sampai sekolah, kami pi office pejabat untuk ambik sijil..tp, sy tak bawak IC la pulak, kan? tpaksa patah balik amik IC..sorry, qilah..menyusahkan la pulak..hehe..sampai-sampai kat depan pakcik officer tu, ya Allah punya la masam muka..kami ni jenuh sengih kat dia..tapi, garang bebenornye pakcik tu..hehe..xpelah! mybe dia penat kot..dan pakcik tu bukan penyebab darah saya menyirap pon..hehe! lps habis ambik sijil, kami p ziarah cikgu-cikgu tsayang..adalah yg sempat jumpa, Cikgu Wan, Ustazah Salina, Ustazah Huzaimah, Cikgu Syarifah, Ustz Nik, Cikgu Nazuardi, erm..yg lain-lain tak sempat nak jmpa..insyaallah, ada jodoh jumpak la no! apa-apa pun, bakti-bakti semua cikgu tetap kami kenang sampai bila-bila..;)


Habis tu, kami pon ingat nak makan-makan sambil melepak, yelah lama tak spend time dengan kawan-kawan ni, so, kami makan kat gerai depan yawata, tempat lepak zaman dulu-dulu jugak..;) makan punya makan, gelak punya gelak..biasalah! topik perbualan anak-anak gadis sunti berumur hampir 20 tahun ni..haha, asyik bincang topik kawen, xhabis-habis! haih, orang kata zaman miang la..haha, bukan selalu nak merapu dengan depa-depa ni..so, layanlah! sambil makan nasi goreng ayam dan teh o ais..atin minum air kosong je.jaga suara, artis lah katakan..;) haha..gelak punya gelak, plus cuaca panas faz ngan qilah, tak cukup satu gelas aiq, tambah lagi satu gelas aiq..haha! haus la..


Tetiba, hp salah sorang dari kawan sy berbunyi..ntah, xdengaq pon, xbunyi kuat pon, dia mintak diri nak jawab telefon..ok lah..kami yang lain pon bersembang macam biasa..then, lepas letak telefon, mood dia pon dah berubah..tp, kami tak syak apa-apa..teruskanlah shopping ke yawata (xshopping pon, cuci mata, and beli barang yang perlu ja, memandangkan budjet tak ado)..tapi, selang beberapa minit, hp si kawan kami ni bbunyi lagi..oh, rupanya, bf dia yang call..tak abis-abis call..kawan kami ni pulak kata "bf **** call! suruh balik sekarang!" oh, kisahnya..haih! beragak laa bro, hampa belum ada ikatan yang sah! hg tak layak lagi nak kawal-kawal or larang-larang ank dara orang dari buat apa-apa..ceh! kalau hg suami kawan kami, aku tak kesah, okay! bapak **** pon bagi anak dia kuaq ngan kami..siap hantaq lg **** kat umah ku..bapak dia pon izinkan, hg plak memandai-mandai nak larang! huih! bengang tak kira la sy! yang si **** ni pulak dok layan lagi..tak matikan telefon, dengaq ja dengan sabaq si jantan ni melalak tak hengaattt dunia kat hp tu..erm, yelah! kata ****, tak boleh nak buat apa..kalau letak nanti dia mai cari sampai ke rumah..sabaq  laa banyak-banyak, tapi, tak boleh jugak nak sabaq ni..


Nak jadikan cerita ni mix genre komedi, no plat kereta kancil yang kami naek tu hilang! lah! mana p?? haha..mybe, terjatuh kot time redah banjir depan sekolah tadi..;) si owner kereta ni pon, terpaksa cari kedai kereta, boh no plat..haih! bala~ bala~ haah..yang si **** ni, tak habis-habis dok sembang dengan bf nya yang tak ada adab tu..kami hat dengaq dia maki-maki tu, geleng kepala ja laa..tetiba, kata ****, bf nya nak datang..nak jmpa ****..what?! huih! sy sapa nak halang, datang la dia dengan motornya..uih! lagak samseng tak hengatttt! dipaksanya **** naek motor dgn dia..uih! kami ni tak mampu nak buat apa..dia dah tunjuk penumbuk! Ya Allah, hanya tuhan yang tahu, betapa takutnya kami..ish, ingat nak bincang elok-elok, tak boleh pakai cara sopan dia ni..memandangkan kami semua perempuan, dan tak tahu nak buat apa, kami hanya mampu tengok **** pergi menggalas begnya, dan membonceng motor bersama lelaki ^%&*( itu..oih! tak habis-habis lagi..atas moto pon habis dimakinya ****..amboi aih! tak boleh nak sabaq langsung..terkilan sy tengok **** dibawa pergi begitu saja..kami pon, pulanglah ke rumah sy..


sampai di rumah..kami semua dah hilang mood! spoil betul..sepatutnya harini kami dapat spend lg banyak masa bersama..haih! entah apa nasib ****..dapat lelaki macam tu..kerja nak penaboh orang..kesian sy tengok ****..eh, silap besaq la berkawan dengan lelaki macam tu..katanya bapak **** pon, dia tak respect! oih, anak dara orang nak..tapi, bapak nya tak reti nak respek..kita orang melayu, orang islam, ada agama, ada adat! kalau perempuan pun tak reti nak respect, kerja nak menengking aja, jangan harap la, hg boleh jadi ketua keluarga..


Sabda Rasulullah s.a.w. (Riwayat Muslim) mengatakan “Takutkan kepada Allah dan hormatilah kaum wanita. Islam sebenarnya memuliakan wanita.” ringkas dan padat! wanita kena hormat, bukan jerkah-jerkah macam tu..kita bukan nya dok zaman jahiliyah lagi! tolonglah, lelaki-lelaki di luar sana, respect para wanita..Alhamdulillah, sepanjang saya berkawan dengan lelaki, semuanya respect wanita..tak pernah tengok kejadian macam ni lagi..ada ka maki-maki orang kat tengah-tengah jalan? nak ajaq pon, bukan macam tu caranya..cakap lah dengan berhikmah! btw, she's not your WIFE! hg tak ada hak LANGSUNG atas dia! kami hanya mampu berdiam dan berdoa **** selamat! alhamdulillah, dia selamat kot..spoil3!!!


Haih, lepas tu, sy dan 2 lagi kawan melepak di rumah dan bersembang lah sikit-sikit..ingat plan petang ni nak ke rumah ****, tapi entah jadi ke tidak..harap jadi lah! kesian ****..lepas sembang kawan-kawan pon beransur pulang..sempat hantar kawan lagi sorang kat depan surau berhampiran, sebab mak dia nak ambik kat situ..lagi sorang balik naik kereta lah..haih! bila lagi boleh jumpa? semoga Allah menjadi saksi jalinan ukhwah antara kami! UHIBUKKUM FILLAH, kawan-kawan..


berkenaan isu yang menyirap darah hari ni..sy post kat sini, video bersama lirik lagu WANITA dari DEHEARTY..:)
hayati lah wahai lelaki-lelaki muslimin sejati sekalian ;)


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

videonya juga beserta lirik ;)






ini pulak lagu wanita istimewa by feelhoney ;)



Subhanallah, indah bait2 lagu ni..dengarkan sang pria ;)


ps : terima kasih buat teman tersayang, Fatin Safwanah Bt Zulkifli, Fatin Idayu Bt Idris dan Nurul Aqilah Bt Zainon Mokhtar ..terima kasih untuk hari ini..:) sakit pala gelak banyak sangat ;) haih! dah kawen, masing-masing gtaw yer :)

No comments:

Post a Comment