Saturday, October 25, 2014

Hadiah buat mak dan ayah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

| Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang |

Alhamdulillah . Segala puji-pujian selayaknya hanya utk DIA . Allah yg satu .

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, final year is coming!! 
Setelah turun naik dalam perjalanan sebagai seorang student, diri ini berjaya melangkah ke akhir tahun. 

Namun, terselit sedikit rasa terkilan kerana masih belum mampu menghadiahkan 'dean list' untuk mak ayah. Memang betul, 'dean list' bukanlah ukuran segala-galanya namun aku yakin yang mana-mana mak ayah pasti nak tengok anak-anak dia dapat yang terbaik kan? 

InsyaAllah, aku yakin dan pasti belum saatnya lagi untuk itu. Atau mungkin usahaku belum setimpal dengan apa yang diinginkan. Mengapa mengeluh, sedangkan banyak lagi nikmat lain yang patut disyukuri. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan. :)
Result sekarang, insyaAllah yang terbaik untukku. :')

Jika bukan di dunia, InsyaAllah, di akhirat sana kelak. Syurga buat mak dan ayah. Doakan anakmu yang berjuang ini. Dengan izin dariNya, berjuang bukan hanya dalam akademik semata tetapi untuk Islam, satu-satunya agama yang di redhai Ilahi. 




No comments:

Post a Comment