Monday, June 20, 2011

Selamat Jalan, Romeoku..

Assalamualaikum..


Romeo? siapa romeoku? okay, si dia yang sentiasa dalam doaku..baiklah, wahai encik, saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda, kerana sedar, saya ada tanggungjawab yang lebih besar kepada Tuan diri ini dan juga keluarga tercinta..


pergilah dikau..jauhkan dirimu dariku! andai jodoh, pasti kan bersatu jua..;)


harapan keluarga yang terbeban dibahu ini, tak kan ku sia-siakan hanya kerana mu, wahai Romeo..walaupun kau sempurna padaku, tapi, tiada ertinya andai aku terlalu mengejar dirimu, dan keciciran benda yang lebih sangat amat penting dalam hidupku..:)


pergilah, pergi jauh wahai encik! jangan membebani fikiranku lagi..aku mahu lari jauh dari dirimu..supaya impian-impian ku kan tercapai..selepas itu, ku kan mencarimu..andai kau masih menungguku..


pemilik nyawaku sedang memerhatiku..tak mahu aku tersasar jauh dari landasan selamat hanya kerana kasih ku padamu..maaf! keluarga ku lebih penting buatku..


pandai-pandailah dikau menjaga dirimu, encik! :)


doakan kita bersatu jua akhirnya, dalam perhubungan yang lebih bermakna..


wasalamualaikum..


*hidup hanya sekali, jadi kita ENJOY lakukan terbaik untuk kehidupan dunia dan yang pasti berkekalan AKHIRAT :)

2 comments: