Thursday, June 30, 2011

Kerana ALLAH atau...

Assalamualaikum..


Berfikir sejenak..


Mendengar ceramah dari ustz Zul semalam, membuatku terfikir..


Betul ka kita ni solat kerana Allah? Atau kerana benda lain..contohnya, solat subuh, yang paling susah sekali laa nak buat! kata Ustz Zul, seorang ahli bina badan yang di waktu paginya boleh mengangkat berat yang berpuluh2 kg, tapi, bila time subuh, nak tolak sehelai kain selimut pon berat! haih..ada betulnyaa..ya lah, syaitan laknatullah punya godaan tu, bertenggek kat mata..ok, fine! kalau hari bekerja, alhamdulillah kita solat subuh..bangun, siap2, solat around pukol 6.30..kalau hari minggu??? haa..ada la yang terlepas subuh, terlajak waktu dan sebagainyaa..kenapa? sebab hari bekerja kita solat sebab NAK PERGI KERJA..cuba kalau waktu cuti? waktu solat pun terlepas..tak bangun! silap tu! kena ubah dari sekarang..KITA SOLAT BUKAN SEBAB NAK PERGI KERJA..tapi, KITA BANGUN SEBAB NAK SOLAT KERANA IA PERINTAH ALLAH DAN SEBAB KITA BANGUN SOLAT, MAKA KITA SEMPAT PERGI BEKERJA!...insyaallah! kalau pun susah nak mengikhlaskan solat kita kerana Allah, kita buat berulang-ulang kali, insyaallah, lama-lama ikhlas tu akan wujud! Set dalam mind! setiap hari aku bangun subuh, untuk solat sebab memang aku nak solat..sebab TUAN aku suruh aku buat! sebab Allah tengok kita..bukan atas sebab lain..lama-lama, kita akan mengikhlaskan diri kerana Allah! insyaallah, amin!~


Wasalam..;)


*renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment