Thursday, July 28, 2011

Kelebihan Ramadhan :)

Assalamua'laikum..


Kelebihan bulan Ramadhan :)



1. Dibuka Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka Dan Dibelenggu Syaitan:

Apabila tiba Ramadhan:
i. dibuka pintu-pintu syurga [Bukhari/1765]
ii. dibuka pintu-pintu Ar-Rahmah [Muslim/1794]
iii. dibuka pintu-pintu langit [Bukhari/1766]
iv. dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. [Muslim/1793] [Muslim/1764] [Muslim/1793] [Muslim/1794] [Bukhari/1766]

2. Memperoleh Kebaikan Apabila Bersegera Berbuka Puasa:

Tidaklah hilang kebaikan bagi manusia selama mana mereka bersegera dalam berbuka puasa [Muslim/1838] [Bukhari/1821] [Muwattha’/561] [Muwattha’/562]

Telah datang aku (Abi `Atiyyah) dan Masruq kepada `A’isyah dan berkatalah kami: “Wahai Ummi l-Mu’minin, dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam, salah seorang dari keduanya menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat, dan seorang lagi melambatkan berbuka puasa dan melambatkan solat”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Yang manakah di antara keduanya yang menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat?”
Dia (Abu `Atiyyah) berkata: Berkatalah kami (Abu `Atiyyah dan Masruq) “`AbduLlah iaitu Abu Mas`ud”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Itu sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam”. [Muslim/1839] [Muslim/1840]


3. Memasuki Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. [Muslim/1947] [Bukhari/1763]


4. Diampunkan Dosa Lampau:

Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. [Muslim/1266] [Muslim/1267] [Bukhari/1768]

Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu [Muslim/1268] dan sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Lailatu l-Qadr dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. [Muslim/1268] [Bukhari/1768]


5. Kelebihan Lailatu l-Qadr:

Lailatu l-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan [Surah Al-Qadr/3]

Bilakah Lailatu l-Qadr ?

(i) 7 Malam Terakhir:

Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam telah bermimpi melihat Lailatu l-Qadr pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah SallaLlahu `alaihi wasallam berkata: “Mengikut pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh yang terakhir”. [Muslim/1985]

Carilah Lailatu l-Qadr pada tujuh yang terakhir [Muslim/1986]


(ii) 10 Malam Terakhir:

Maka sesiapa yang mencarinya (Lailatu l-Qadr) maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir. [Muslim/1990]

Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr kemudian sebahagian dari ahli keluargaku mengejutkan aku lalu aku lupa akannya, maka kamu carilah ia pada sepuluh yang berbaki (sepuluh malam terakhir). [Muslim/1992]


(iii) 10 Malam Terakhir Yang Ganjil (Tidak Genap):

Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh malam terakhir yang ganjil. [Muslim/1993] [Muslim/1995]

Seorang lelaki bermimpi bahawa Lailatu l-Qadr pada malam ke-27, maka berkatalah Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam: “Pada pandanganku mimpi kamu pada sepuluh yang terakhir, maka tuntutlah ia pada yang ganjil darinya (carilah Lailatu l-Qadr pada 10 malam terakhir yang bilangannya ganjil. [Muslim/1987]


(iv) 10 (Atau 9) Malam Terakhir:

Carilah kamu Lailatu l-Qadr pada sepuluh terakhir - atau dia berkata - sembilan terakhir. [Muslim/1991]


(v) 10 Malam Terakhir Atau Jika Tidak Mampu 7 Malam Terakhir:

Carilah ia pada sepuluh yang terakhir – iaitu Lailatu l-Qadr – maka jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah lemah (tidak mampu) pada tujuh yang berbaki (kuatkanlah diri untuk mencari Lailatu l-Qadr pada 7 malam terakhir jika tidak mampu mencari pada sepuluh malam terakhir). [Muslim/1989]


(vi) Malam Ke-27:

Dari Ubai bin Ka`ab dia berkata: Berkata bapaku tentang Lailatu l-Qadr, “Demi Allah, sesungguhnya memang aku mengetahuinya”. Berkata Syu`bah, “Dan petunjuk paling besar (tentang Lailatu l-Qadr) ialah malam yang RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam memerintahkan kami dengan qiyam (solat malam) padanya, iaitu malam ke-27”. [Muslim/2000]


6. Ganjaran `Umrah Pada Bulan Ramadhan:

Apabila tiba Ramadhan maka kerjakanlah `umrah kerana mengerjakan `umrah padanya (bulan Ramadhan) sama dengan (ganjaran) mengerjakan haji. [Muslim/2201] atau mengerjakan haji bersama-sama aku (RasuluLlah) [Muslim/2202]


7. Sebagai Pelindung:

Puasa itu pelindung. [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1943] [Muslim/1944]


8. Bau Mulut Orang Berpuasa Lebih Harum:

Dan demi diriku (Muhammad) yang di Tangan-Nya, sememangnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah Ta`ala (pada hari Qiyamat) dari bau al-misk (minyak wangi). [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]


9. Ganjaran Berpuasa Dibalas Khas Oleh Allah:

Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untuk Aku, dan Aku yang akan memberi ganjaran akannya. [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944] 

Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya dan minumannya dan syahwatnya untuk Aku, puasa buat-Ku dan Aku yang akan mengurniakan ganjaran buatnya berserta kebaikan dengan sepuluh (ganda) yang seumpama dengannya. [Bukhari/1761]


10. Mendapat Dua Kegembiraan:

Dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-duanya: apabila dia berbuka puasa dia bergembira (dengan iftarnya) dan apabila dia berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. [Bukhari/1771] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]


11. Dijarakkan Wajahnya Dari Neraka:

Tidaklah seseorang hamba berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (sabiliLlah), melainkan kerananya Allah menjarakkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim luruh. [Muslim/1948] [Muslim/1949]


Sumber : 
http://al-fikrah.net/News/article/sid=757.html

Friday, July 22, 2011

Entry panjang tentang perkahwinan :).

Assalamualaikum


memandangkan hatiku gundah gulana sebab esok akan meninggalkan nibong tebal terchenta ini, maka saya melayan perasaan sendirian...maaf! bila mood jiwang itu datang, saya tak dapat menghalang..;)


terlayan pulak lagu ni..nah! baca liriknya dengan hati :)



Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Ulang Chorus

hoi! bukan maen lagi..layan jiwang malam-malam..bukan apa..entah! mungkin seru dah sampai..oke, saya memang suka merapu bila tgh2 malam (actually pagi kol 4 ni)..sebaknya ..kalau nak mode lebih, p cari vid nya di youtube, okaayy..

ok, marilah saya nak berkongsi sikit..pada yang sudii..

psst! nak cerita pasal PERKAHWINAN.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

*paham kah kawan2? haa..lepas ni. toksah dok kata 'aku xmau kawen'.bukan di kalangan pengikutku, kata rasulullah..jadi, nak jadi pengikut sapa? so, jangan maen2 lah..banyak jugak kawan saya yang suka berkata begini..janganlah~ jodoh Allah dah tetapkan..sampai masanya inshaallah akan berumahtangga..jangan menidakkan fitrah tu..jangan kata xmo kawen..kata nak kawen xpe..*gataiii..(luku kepala sendiri)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 

* iya! kalau ini? maksudnya..carilah dari kalangan 4 kriteria itu..tapi, yang paling penting.....AGAMA! *aha! dah jumpa (sekali lagi luku kepala sendiri)




Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 


*oke..wanita macam ni yang layak dipilih sebagai zaujah..:) semoga aku menjadi isteri solehah buatmu..amin..kalian semua jugak..(mu itu tidak diketahui!) 


 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim) 


*Allahuakhbar! siapa kita nak memilih2 tetamu? ha? kita semua sama, tiada bezanya di sisi Allah, melainkan dari sudut? yess! TAQWA..maka, kalau panggil orang untuk walimah tu, panggil semualah yer..jangan panggil kaum kerabat raja ja..sombong sekali walimah tu..ajaklah anak2 yatim ka? kan..oke?..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya. 


* ha..ini! orang sekarang nikah yang pentingnyaa mas kahwin..paling kurang berapa ar sekarang? xamek tahu sangat..yg penting semua pakat berlumba-lumba laa..macam nak jual anak jadinya.."anak aku rm******..anak ko?" eh, eh..macam tu pulak ya..yang SENANG NIKAHNYA..:) oke, insyaallah, senang..;)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah) 


*oke..maksudnyaa..hebah2kan tentang perkahwinan kita..bagitaw satu dunia pon xpaa..haha! baru lah orang taw kan..ini tak, baru couple, kecoh habaq 1 dunia, bila clash??? senyap sepii..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani) 


*panjang pulak ni..oh, yang pertama tu, saya pon xberapa nak jelas maksudnya..maaf! saya tak tahu..nanti kita tanya2 orang yang lebih memahami..ini tanggungjwb isteri kepada suami..:)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah) 


*alhamdulillah..senang kan jadi wanita? tu sebab saya nak kahwin cepat2..dush (sekali tamparan sulong mengena pipi)




Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk. 


*oke, ni serius..jangan main2 dengan 3 perkara ni..tolong~ jangan..


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3) 


*poligami! yes, kalau sanggup adil, silakan! ikut sunnah tu..tapi, kalau tak, cukuplah sorang yer..:)


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26) 


*selalu dengar kan..jadi, saya nasihatkan diri dan semua..jangan desperate cari lelaki/wanita, tapi sebaliknya cuba mensoleh/mensolehahkan diri dulu..inshaallah! jodoh yang selayaknya akan kita perolehi..amin!


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik. 


* oh! suka hadith ni :) layanilah wanita dengan baik, wahai arjuna :)


oh, okay..panjang sangat kot, saya mengkaji tentang perkahwinan ini..bukan apa..ilmu..tak salah menuntut ilmu kan? moga bermanfaat untuk kamu sekalian..


Wallahualam..:)





Thursday, July 21, 2011

Nak kongsi sikit ..

Assalamualaikum akhina wa ukhtina..


MasyaAllah..bergetar jiwa bila tengok video ni..kisah pemergian seorang insan yang mulia, nabi junjungan kita Rasulullah SAW..tengoklah dengan mata hati! sebegini besar nilai cinta seorang Nabi! Allahuakhbar~ selawat dan salam ke atas baginda yang dicintai Allah..walau baginda telah meninggalkan kita, namun pengaruhnya kuat dalam diri setiap Muslim! Cinta baginda yang suci dan tulus buat para umat! adakah kita juga mencintai baginda? "ya Allah, kekalkan lah rasa seluruh mahabbah ini buat baginda Muhammad Saw..SEMOGA KITA BEROLEH  SYAFAAT NYA DI AKHIRAT KELAK..AMIN" 




AKU CINTA, RINDU PADAMU YA HABIBALLAH!

Tuesday, July 19, 2011

Kisah saudara kita :)

Assalamualaikum :)


Diceritakan satu kisah di sini, kalau tak keberatan, baca lah yer..



(Cat Stevens – Yusof Islam)
Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.
Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.
Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.
Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.
“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”
Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.
Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.

Subhanallah! Memang indah al-quran itu..kalam Allah! macammana orang bukan Islam boleh nampak indahnya al-quran itu, sedang kita sendiri, orang islam segelintirnya BUTA HATI!!


p/s : banyak lagi kisah-kisah saudara baru kita yang baru memeluk Islam boleg dibaca..belilah buku "Akhirnya kutemui cintaMu...lalu aku pun memeluk Islam" produksi Al-Islam, cuma RM12.90..available di pasaran sekarang! *mode : promoter..

Monday, July 18, 2011

Pesanan buat diri dan teman-teman sekalian..

Assalamualaikum.


Maaf, andai lately entry-entry di blog ni, ringkas-ringkas dan tidak mendatangkan banyak faedah kepada pembaca..insyaallah, selagi terdaya kami akan sediakan info yang bermanfaat untuk kita semua dalam mengharungi hidup ini dengan redha dariNya..


Saya remaja, anda remaja (makcik-makcik ke, nenek-nenek ke, pon bole la masuk dalam kategori ni)..tentu kita faham sangat dengan kehendak kita..maksud di sini, hati dan jiwa remaja itu tidak boleh lari dari memberontak..:) saya pon sama..


apa yang nak saya highlight kan di sini ialah masalah remaja-remaja kita yang kadang-kadang tidak tertapis akhlaknya..sebagai anak remaja timur, kadang-kadang sudah jauh lari dari adat-adat kita..tidaklah semua remaja..namun segelintir, bahkan sebilangan besar saya kira..cukup susah nak cari anak remaja yang hatinya terikat dengan masjid, quran, islam..payah! yang ada hanya lah, anak-anak remaja yang hatinya terpaut erat pada Justin bieber, bola, dan muzik-muzik barat yang menglalaikan..kita tak nak benda ni jadi pada diri kita, mahupun saudara mara kita..Nauzubillah!


Tapi, saya tak nafikan, susah sebenarnya nak jadi remaja yang berakhlak mulia ini..susah! sebagai contoh, bila kita menjauhkan diri dari muzik-muzik yang bejat pengaruhnya, tidak dapat tidak, kita akan dilabel sebagai ketinggalan, tak pun mundur, "lame", old fashion, x up to date, dan sebagainya..sedar tak, yang kita sebenarnya terbuai dek arus globalisasi yang melampau wahai saudara-saudariku sekalian! arus globalisasi ini, di mana segala-galanya di hujung jari kita..nak buat jahat, hanya dengan satu klik..tapi, nak buat baik jugak dengan satu klik..saya bagi contoh di sini..andai kata di laman facebook kita, terbentang 2 pilihan..di antara buka link islamic ataupun link yang berunsur pornografi misalnya..dengan satu klik kita, mengklik pada link islamic itu, jenguk page itu dan baca, kredit pahala akan ditambah..lagi baik, jika disebar atau dishare..setiap yang membaca itu, pahalanya akan kita perolehi..begitulah sebaliknya :)


semua terletak pada kita, kawan-kawan ku! sama ada kita nak bertambah pahala kita dari masa ke masa, atau ditambah dosa setiap saat..nauzubillah! fikir kembali..ambil masa sejenak dua, fikirkan lah..setiap yang kita post, comment, gambar-gambar kita di fb, akan mendatangkan manfaat kah pada kita? andai tidak, kembali ke jalan diredhaiNya..sudah-sudahlah mengupload gambar-gambar kita yang boleh bagi dosa pada kita, bila orang lain melihatnya..faham kan maksud saya, gambar yang sebagaimana? ya..gambar yang menggoyahkan iman sang arjuna! sila la delete..tak terfikirkah, andai satu hari Malaikat Maut datang mencabut nyawa kita, dan tamatlah segala amal kita, melainkan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang kita sebarkan :) dan andai masih tersisa gambar-gambar seksi, bayangkan lah wahai saudari, di saat kita di dalam kubur, masih ada sang arjuna yang view gambar-gambar kita..tak takutkah? selagi itu, seksa akan kita tanggung..sampai bila? sedangkan kita sudah tiada, tiada siapa tahu password fb kita, untuk tolong delete kan gambar-gambar kita..Nauzubillah!!! selagi tu siksa Allah terpaksa kita tanggung..


wahai saudara-saudari ku..ayuh lah! kita letak kan ilmu-ilmu yang berfaedah di facebook kita..ok? bayangkan kita akan tinggalkan facebook tu kelak, tanpa dideactivated! semua yang kita tulis, akan dapat diview oleh orang ramai..sekiranya benda baik, alhamdulillah! sekiranya tidak?


selain itu, di fb kenapa perlu diupdate status sebegini? "alahai, kenapa lah nasib aku malang begini' dan ada juga "oh..bahagia nya.." bla-bla-bla..bukan lah nak kata salah..tapi, kenapa perlu kita mengadu kepada orang-orang di fb? sedangkan kita ada Allah tempat mengadu yang hakiki..tak perlu lah nak mencari publisiti macamtu ya? sebaiknya, jadikan lah fb ini sebagai jalan atau medium untuk kita berdakwah..


insyaallah, semoga bermanfaat ya! 


Wallahualam :)
YA MUHAIMIN ..andai aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepadaMU agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang  cinta nafsu…ameen~

Friday, July 15, 2011

Yang teristimewa di hati..

Ya Allah~


Kau rendahkanlah suaraku di hadapan kedua orang tuaku,
Kau maniskan lah mukaku di depan mereka,
Kau permudahkanlah urusan ku berbakti pada mereka,
Kau berikanlah mereka kebahagiaan hakiki,
Kau jadikanlah aku ini solehah bagi mereka....


Amin ya Rob..

Tuesday, July 12, 2011

Tawar menawar cinta :)

Assalamualaikum :)


A : saya tawar kan diri saya jadi isteri awak :) sudi tak?
B : haa? =,=!
A : ya..saya serius..
B : err! saya kena fikir dlu..(jawapan jaga hati)
A : saya tunggu jawapan awak :)
B : oh..err, ya..


*********************************************


B : erm..hai!
A : jawapan awak? (tak sabar-sabar)
B : tapi, sebelum tu, awak jawab soalan saya dulu..
A : hah? ok! 
B : kenapa saya yg awak pilih?
A : err..kita cerita lepas nikah..(confident jak)
B: eh? ermm..jawapannya akan saya bagi lepas awak jawab soalan-soalan saya..:)
A : laa..ok, tanya lagi..
B : kenapa tawar diri awak kepada saya?? (soalan menduga hati)
A : kenapa bukan awak?
B : err? *tanya aku balik pulak.. err, sebab saya tak segak..
A : mungkin! tapi, sebab awak tak segak lah, saya memandang kepada kelebihan awak yang lain..maksudnya, saya tak pandang awak sebab wajah awak..:)
B : oh? tapi, saya tak kaya..
A : kalau nak cari kaya, takkan pernah puas! tapi, saya nampak awak kaya ilmu dan amal..:)
B : erm..hah! kita tak saling mengenali..tetiba awak datang tawar diri? tak takut ke?
A : sebab awak saya kenal Dia dan agama saya..:) takut? tak, Allah sentiasa bersama saya..:)
B : err..okay! last one, kalau saya terima awak, awak bagi apa pada saya? sanggup bagi cinta sepenuh hati awak?
A : oh! erm, maaf, kalau tu, saya tak mampu nak bagi..
B : kenapa? bukan ke awak nak kan saya..
A : ya..saya nakkan awak untuk membimbing saya..saya hanya boleh beri separuh cinta pada awak..selebihnya saya milik Dia..
B : saya TERIMA awak :) *calon solehah ni..alhamdulillah! 
A : Alhamdulillah..;)


*motif : penulis mengalami sindrom Jatuh Hati..:)

Sunday, July 10, 2011

:) Konsertooo!!!

Assalamualaikum :)
jom usya gambar di bawah!
























okay! gempak jugak lah concert Akhil Hayy n Hijjaz! berbaloi rm10, berbaloi jln jauh-jauh, berbaloi tunggu lama nak start concert!

Hijjaz sora mmg power dan mantap lah!

Ustaz Akhil Hayy, macam biasa lah! power pitching tinggi punyaa! plus, ceramah yang baik untuk anak-anak remaja..:)

psst! kak Waheeda saangat cantik, walaupun hanya nampak matanya..tapi, tak sempat nak snap pic dia..tak pa lah..

special thnx to my roomate, Najihah Nasir sebab sudi teman saya ke concert, walaupun dah nak dekat test law! sudi awak layan saya.. terima kasih sebab sudi ikot saya walaupun awak banyak benda lagi perlu dibuat! dan maaf, sebab tak kejut awak bangun untuk study sebab saya pun tak terjaga..:) 

Friday, July 8, 2011

Sesekali di uji

Sesekali DiUji

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd


p/s : hidup ini penuh dengan ujian .. ujian sebagai tanda yang Allah sayang pada kita ..Jadikan ujian yang datang sebagai satu cara untuk topup pahala dan iman kita.. 


kat atas tu link untuk video sesekali di uji..ada prob sikit nak download masuk..huhu

Thursday, July 7, 2011

Manisnya ber'couple' cara Islam..

Assalamualaikum..


Oh, excited nya bila dapat taw Imam Muda Hizbur nak datang Uitm Merbok..dan tajuk perbincangannya pulak menarik! kena benar lah dengan hati remaja..tajuknya "manisnya bercouple dalam Islam"


Tertanya tanya jugak, bolehkah bercouple dalam Islam? ada yang kata boleh, ada kata tak boleh..Imam Muda Hizbur ada jawapannya..


Saya cuma boleh terangkan serba sedikit di sini mengikut kemampuan ingatan saya..Menurut IM Hizbur, couple hukumnya jelas HARAM..tapi, kalau kita bercouple sebentar, hanya untuk mengenal hati budi untuk dijadikan TEMAN HIDUP serta sesuai dengan landasan agama, maka couple dibolehkan..


Jadi, macam mana COUPLE YANG DIBOLEHKAN tu? `begini..bila kita sudah mula menaruh hati pada si dia, maka berdoa pada Allah dengan seringkas-ringkas doa..panjang lebih baik..berdoalah "Ya Allah, andai dia jodohku, maka permudahkanlah.." dan seumpamanya..kita serah kepada Allah..dan boleh sekiranya kita nak couple, tapi dengan landasan syariat yang betul..no touching-touching, rubbing-rubbing, kissing-kissing..rosak anak remaja kita sekarang sebab ni lah..couple bukan sebab nak memperisterikan / mempersuamikan si dia, tapi, nak main-main ja..perempuan pula senang-senag aja ditest..dah macam test driving nak beli kereta baru pulak..Islam itu sendiri memandang mulia golongan wanita..sehingga wanita itu menjadi seorang ibu, isteri..wanita ini mudah! tak perlu susah-susah berjihad untuk masuk syurga..cukup dengan dia taat pada suaminya..


couple? time couple semuanya indah..nanti dah lepas clash? habis dimaki hamun ex kita tu..haa, ni yang kita tak mau! kita nak hubungan kita kekal sampai syurga, insyaallah! amin! kalau nak couple, couple lah! tapi, ingat batas-batasnya..tak perlu telefon bermanja-manja suara, gedik sana, gedik sini..heboh satu dunia tentang pasangan kita..tak perlu! nanti, bila dah kahwin, nak annaunce 1 dunia pasal perkahwinan kita pun, tak pa..tapi, dalam proses perkenalan itu, tak perlulah..


couple sekarang macammana? malam-malam bergayut, bermanja-manja suara, hik3 ( konon ketawa manja)..ingat wahai wanita, bila hati lelaki itu bergetar kerana godaan dari kita, atau nafsunya bergelora, dosa itu akan ditanggung oleh kita..lelaki ini makhluk yang sangat lemah dengan wanita..maka, janganlah jadikan kecantikan kamu wahai wanita, untuk menggoda hati-hati mereka..


apa nak buat bila kita dah berkenan dengan someone? ha..ini menarik! setiap seseorang mesti pernah merasakannya..nak buat macammana ni? kita berdoa, beristikharah, mohon pada Allah..dan jangan lupa mintak pendapat ahli keluarga..sebab apa? restu keluarga itu penting..kalau molek lagi, keluarga kedua-dua pihak saling mengenali..dan tak salah kalau kita update atau amek tahu pasal si dia..bertanya pada kawan, jiran si dia, macammana kelakuan dia..tak salah..silakan! merisik sendiri untuk cari calon pasangan kita kan? dan kalau kita perempuan, tak salah kalau kita menawarkan diri untuk jadi isteri si dia..wah! tindakan drastik ni..seperti mana Siti Khadijah dan Rasulullah..ini sama sekali bukan gedik..malah, ini tindakan mulia..kerana seorang wanita itu telah menyerah diri kepada lelaki soleh!


Erm, petik sedikit cerita peribadi IM Hizbur untuk pengajaran bersama! Masyaallah! indah sungguh kisah cinta IM Hizbur dengan isterinya..kisahnya begini..IM Hizbur dan isterinya itu belajar di ipt di Kedah..kisahnya, IM Hizbur sudah lama berkenan dengan si dia..tapi, hanya Allah dan IM sendiri yang tahu! IM simpan rahsia itu..dalam hatinya "andai ada jodoh aku dengannya, adalaa.." Ditakdirkan IM melanjutkan pelajaran di tempat lain..hatinya bukan main resah mahu meninggalkan si dia ni..rasa sangat resah la, maklumlah cinta dalam hati tidak terluah..maka, bawalah diri belajar di luar negara..3 tahun! di sana, katanya terlalu sibuk belajar dan terlupalah seketika kepada si dia..setelah 3 tahun, IM balik ke tanah air dan hati tertanya-tanya apakah si dia sudah berpunya..nak tanya orang, nama si dia pun tidak tahu..susah jugaklah! dan terus dibiarkan saja..sambung lagi belajar..balik ke kedah, masih mencari kelibat si dia..ketika itu, nama dah taw la..ditakdirkan! IM keluar dari masjid sama time dengan si dia keluar masjid! maka, terpandang antara satu sama lain..dalam hati IM berbisik 'Ya Allah, ini jodohku!" sekian! bernikahlah mereka..semoga bahagia hingga ke syurga, amin!


ya, nak cerita sikit berkenaan istikharah! solat istikharah! bagaimana Allah beri petunuk pada kita? kadang-kadang melalui mimpi, ataupun melalui cara Allah permudahkan urusan jodoh kita dan si dia..dan mimpi-mimpi dari Allah ini selalunya pada sepertiga malam, dalam pukul 3-4 begitu! tapi, tidak semestinya..bergantung juga pada permulaan kita..kalau baik seperti solat 5 waktu, tidur berwudu, beristikharah, berdoa, elok tertib semua, insyaallah, Allah bagi petunjuk, tapi kalau solat pun tinggal, dan malam tu mimpi kan lelaki atau perempuan, itu mainan syaitan..dan jangan pernah berputus asa..buatlah istikharah 7 malam berturut-turut umpamanya..


jadi, sebagai kesimpulan, jodoh itu di tangan Allah! percaya padaNya..sebelum nak bercinta, cintai Allah dan RasulNya dulu..dan wanita yang baik, untuk lelaki yang baik,. insyaallah! COUPLE DIBOLEHKAN IN TERM OF MENCARI PASANGAN DENGAN ADAT ISLAM..sesungguhnya, dalam sebuah perkahwinan itu, yang dicari adalah redha Illahi! dan ingat lah, kata Rasulullah, bila berkahwin seseorang itu, maka sudah sempurna separuh dari imannya..maka, berkahwinlah! tapi, sebelum kahwin kena cari pasangan dulu..macammana nak cari? cari yang baik agama, keturunan, akhlaknya..bukan cuma memenuhi tuntutan nafsu semata..


Wallahu alam..


ps : IM Hizbur terbaek! perbincangan yang menarik dan menghiburkan dengan lawak-lawak spontan beliau..

Monday, July 4, 2011

sweet sms

Assalamualaikum..:)

haa..jgn salah paham lak entri nie..sweet sms lg..hehe..xda pe..just nk share sms yg sweet2 dgn kwn2 kt blog nie..nnt korg blh la anta kt kwn2..^^

# 24 sweet hours make 1 sweet day!
   7 sweet days make 1 sweet week!
   4 sweet weeks make 1 sweet month!
   But 1 sweet friend like ‘U’
   Make my whole life sweet

# How long shall we be friends?
   Do you want a clue?
   As long as stars twinkle in the sky,
   as long as angels are there up high,
   till the water runs dry and till the day I die.
   We will be friends.

# Time isn’t what makes a friendship last,
    its care & devotion that keeps the tie between the souls.
   True friends never part,
    maybe in distance but never in heart…

sweet kan..hihi..ihsan dr pak google..^^
m0ga persahabatan yg terjalin antara kita secara langsung @ tidak sentiasa dlm rhmat-Nya..ukhwah filliah..insyaAllah..:)

http://www.youtube.com/watch?v=EzD3R3bPva4

Saturday, July 2, 2011

Imam Muda Musim Ke 2

Assalamualaikum..


Terasa nak update blog berkenaan program reality Imam Muda Musim Ke 2..final semalam memang gempak! Tahniah astro, krew2, imam-imam muda, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak! juga tahniah buat pengacara nya Ustaz Dzulkarnain..;)


Intro yang mengagumkan! Permulaan yang menarik dari Ustaz Dzul dan imam-imam muda..lantunan dan alunan yang indah..terpaku saya mendengarnya..


Semua nya hebat2 belaka..finalis yang berentap di medan final, Imam MUda Hassan dan Imam Muda Nazrul sama-sama hebat..memang tak dapat nak agak siapa yang bakal bergelar juara Imam Muda musim ke 2..


Agak berdebar-debar menanti Mudir Imam Muda, Dato' Hassan Mahmud untuk mengumum juaranya..dan akhirnya Imam Muda Hassan berjaya dinobat sebagai juara, automatik Imam Muda Nazrul sebagai naib juara! Tahniah diucapkan..sama-sama hebat! tapi, mungkin tuah dan nasib lebih menyebelahi Imam MUda Hassan! Apa-apa pun harap kedua-dua Imam Muda, juga baki lagi 8 orang Imam Muda dapat bersama-sama dengan masyarakat untuk membentuk dan membimbing ke arah yang lebih diredhoi Illahi..Amin~ sesunngguhnya, kalian pemimpin-pemimpin yang hebat dan perjalanan masih panjang di luar sana..semoga semua kalian berjaya! 


Tahniah buat Astro dan Program Imam Muda yang berjaya mendapat tempat di hati peminat dan penonton..program sebegini harus diteruskan lagi bagi menggilap bakat anak-anak muda untuk menjadi pemimpin terunggul dalam kalangan masyarakat, insyaallah! amin!


Imam Muda Hassan, juara Imam Muda musim ke 2

Imam Muda Nazrul, naib juara Imam Muda musim ke 2