Thursday, December 15, 2011

Rindu ..

Bismillah..

genap 2minggu abah pergi. hanya 1 rasa. rindu yang teramat sangat. sayu bila teringat wajah abah. aku takkan pernah lupa segala nasihat yang abah bagi. tersemat erat di hati. pemberian terakhir abah masih aku simpan. sebiji buah oren. "adik, bawak balik oren ni. abah tak makan." aku tak sampai hati nak buang oren busuk tu..mesej-mesej abah pon masih aku simpan. "adik dah tidur ka? abah nak call sat.." mesej bertarikh 27 september..ku reply dengan "blom, ok.." tak lama lepas tu, abah call..dengan suara lesu nya, "birthday adik kan semalam? sory adik, abah terlupa.." aku tak marah. walaupun, aku memang lama dah tunggu wish abah. abah pernah cakap, abah takkan lupa 3 tarikh penting, iaitu hari lahirnya kami 3 beradik. tapi, mungkin tahun ni abah lupa sebab, abah sakit, sikit sebanyak terganggu ingatannya. tak sangka, wish ni merupakan yang terakhir kalinya dari abah. aku teringat masa suapkan abah makan kat hosp..2x abah tanya "takpa ka adik suap abah?" abah tak makan banyak. cuma 2 suap. lepas tu abah mintak suapkan ayam. dan buah sikit. abah ada pesan, "lepas ni, jaga mama.." aku cuma angguk..mama pon tak berapa sihat sangat. aku tak sangka, LEPAS NI yang abah maksudkan ialah LEPAS ABAH PERGI..10 hari sebelum abah pergi abah call aku 3x berturut-turut..tanyakan bila aku nak jaga dia kat hosp. aku kata nanti aku jaga abah. tapi, tak sempatt..aku sedih, aku belum sempat berbakti pada abah. aku cuma sempat jaga abah beberapa hari ja. walaupun abah tinggalkan aku, dalam keadaan aku masih sangat amat perlu kasih sayang seorang abah, aku tetap redha. namun, dalam redha, airmata ku tak pernah kering.

Ya Allah, yang maha pengasih..tabahkan hatiku dan keluarga untuk terus hidup tanpa abah disisi. aku tahu Kau memang sedang mengujiku. jauhkan ku dari menyalahkan takdir. aku tahu perancanganMu adalah yang terbaik..

Ampunkan segala dosa hambamu, Mohamed Shaffiee bin Ahmad.

Saturday, December 3, 2011

Tinta dari hati

Bismillahirrahmannirrahim..

Terasa separuh dari diri ini mati! rasanya seperti mimpi yg panjang..ditunggu2,namun tiada jalan keluar, masih tidak boleh bangun dari mimpi ini..kenyataan yang amat pahit ini harus ditelan..dia sudah tiada lagi di dunia ini..telah pergi jauh ke tempat yang tak terjejak dek kaki, tak tercapai dek akal, tak terlihat dek mata..

apa lagi harus aku lakukan? kuatlah wahai diri..ujian dan dugaan yang menimpamu tanpa jemu, pasti ada hikmah tersembunyi..aku cuba untuk kuat, hati ini cuba bertahan, namun setiap detik ku teringatkan arwah..aku perlu masa untuk lalui semua ini..

kenangan dengan arwah abah tercinta seperti flashback dalam kepala..rasanya baru semalam abah  marah aku..baru semalam kulihat bibirnya mengukir senyuman..kini semuanya tinggal kenangan..kalau dulu, aku yang akan tidur bersama abah, bila mama bangun di awal pagi..memeluk erat tubuh itu..sambil menonton tv, dia baring di atas sofa, aku yang akan menemaninya di atas sofa panjang, baring berdua walaupun sempit..bila dia beli air, lepas sekolah, aku akan minum air bekas mulutnya, walaupun ada kesan rokok pada straw..yang paling aku ingat, bila aku pecahkan brg kaca di dapur, mama marah, sambil tibai badanku dengan hanger..tapi,abah selamatkan aku dari kena lebih teruk..ingat juga, abah selalu kepit kuku tangan dan kakiku sambil tengok tv, walaupon aku boleh buat semua tu sendiri..kini, aku cuma mampu mengimbau kembali..

semasa terakhir kali menatapnya yang masih bernyawa, mata itu seakan memberitahu aku supaya jangan pergi, tapi aku pergi, sebab tak mampu ku lihat keadaannya..aku tak nak menangis depan abah..pesan terakhir abah, tak dapat aku tunai.."adik, malam ni jaga abah.." ..aku hanya menggangguk..sambil pegang erat tangannya..aku tak dapat jaga abah malam tu sebab, abah masuk ICU..tiada waris dibenarkan menemani abah..bila dapat tahu doktor panggil kami ke hosp, aku berdoa agar peristiwa semalam berulang..peristiwa dimana abah mampu melawan waktu kritikalnya dan masih bernyawa..namun, ajal menjemputnya..sungguh perit hati ini..abah pergi jua..sempat ku kucup dahinya yang masih panas..nasihat2 abah, akan kuingat..takkan putus doa untuknya..akan ku ziarah selalu kuburnya..akan ku cuba capai, apa yang dihajatinya..semoga Allah menempatkannya bersama para solihin..al-fatihah



MOHAMED SHAFFIEE BIN AHMAD (1962-2011) dalam kenangan..kasih dan cinta dalam hati ini sentiasa menyala, tiada padam..ku mohon agar kita dipertemukan kelak, dalam redhaNYA..YA ALLAH, cucuri rahmatMU ke atasnya..mohon sama2 sedekah alfatihah buat arwah..

"abah, adik sayang abah sangat2..abah tunggu adik..lambat atau cepat, adik pasti akan menyusul.."YA ALLAH, tabahkan kami..sampaikan doa2 kami kepada arwah, ampunkan segala dosa2nya..jauhkan dari seksa kubur..limpahkan rahmatMU ke atasnya..