Wednesday, February 13, 2013

FESTIVAL BELIAWANIS NASIONAL (FBN)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

| Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang |

Alhamdulillah . Segala puji-pujian selayaknya hanya utk DIA . Allah yg satu .




Pada 19/01/2013 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM) Gombak telah berlangsung Festival Beliawanis Nasional . Cewwahh.. Ayat macam nak buat karangan laporan pulak. hehe..

Yup . Apa yg wana tulis kat atas tu benar belaka. Alhamdulillah , wana berkesempatan join program nie. Dari Melaka ke UIAM , kami naik 1 bas :) Semua ipt ada dalam 1 bas tu . MMU , Manipal , UITM . Secara tak langsung , dapat kenal kawan baru . Ukhwah tu makin luas. Tak terhad dalam U sendiri je..

Kami bertolak lebih kurang pukul 7 pagi dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi :)



Lepas je pendaftaran , program pertama adalah Forum Bina Jati Diri Muslimah . Panelist-panelist seperti di atas. *malas betul wana nie* aishh.. Y

Apa yang membuatkan wana bersemangat dengar ceramah dorg adalah dorg nie seorang yang pakar dalam bidang masing-masing tapi masih mengekalkan identiti muslimah dan maasih ada masa utk berdakwah. Subahanallah. Dorg aktif dalam aktiviti-aktiviti dakwah.

Contoh macam kak mastura . Beliau masa jadi lepas grad kena keja kat pelantar minyak. Of course kat pelantar tu ramai laki and kerja kat sana lasak. Tapi kak mastura mampu menjaga maruah dan identiti diri beliau sebagai muslimah sejati. Subahanallah. Kalau jati diri kita kuat , InsyaAllah kita mampu menjaga diri kita dari anasir-anasir jahat

Antara forum yang menarik lagi , Forum Gaza Kami Bersamamu.

Salah seorang panelist, kak Farah Adeeba tak dapat hadir sebab ada masalah yg tak dapat di elakkan. Tapi forum tetap berjalan dengan lancar. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Akhlak adalah tarikan utama dalam usaha dakwah kepada orang yang belum islam"

Cik Salima Habibi, FBN 2013
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"You (muslim) have to work as professional! (jurutera etc). Tapi semua kena hanya kerana Allah!"

Cik Salima Habibi, peserta MSG '12
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kanak-kanak di Gaza tidak pernah diajar untuk meminta-minta kerana hasil didikan yang hebat oleh ibu mereka"

Cik Amie Sofia, peserta MSG '12
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syarat-syarat menjadi ahli briged Al-Qassam : solat berjemaah selama 6 bulan berturut-turut!

Cik Amie Sofia, peserta MSG '12
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Bidang fotografi boleh dijadikan medium untuk mendekatkan diri kepada Allah jika niat pekerjaan adalah untukNya".

Cik Yezreen, fotografer wanita MSG '12
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Gunakan kepakaran anda dalam pelbagai bidang untuk membantu Gaza"

Cik Yezreen, peserta MSG '12
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah :) Bidang wana InsyaAllah , Teknologi Maklumat. Mungkin kalau ada peluang utk wana sumbangkan kepakaran wana kepada Palestin , InsyaAllah . Moga Allah permudahkan.


Malamnya pulak ada bacaan syair dari Cik Wan Nor Mazuin. Syairnya sangat menyentuh hati. Tapi wana tak rakam la . Sory2. uhuhu.



Lepas tu ada teater " Ibu Pertiwi " . Teater nie memang mantop ! Cuma sebarang rakaman, gambar tidak di benarkan sama sekali  sebab pelakonnya semua perempuan. 

Kat sini wana kongsikan serba sedikit gambar-gambar yg sempat di ambil.

p/s : UIA besaq kot. haha. MMU Melaka tu kan kecik molek je. pusing-pusing tang tu jugak. hehe











No comments:

Post a Comment