Wednesday, February 13, 2013

UMMU KULTHUM BINTI UTHBAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

| Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang |

Alhamdulillah . Segala puji-pujian selayaknya hanya utk DIA . Allah yg satu .


Haa .. Sapa kenai nama kat atas tu ?? Cepat-cepat ! Sapa kenai. haha

Ok-ok. tak pa. mai sini baca cerita wana nie.. 

Ummu Kulthum nie adalah seorg wanita yg berhijrah ke Madinah demi Allah dan Rasulullah . Subahanallah. Kuat iman wanita nie..

Utk pengetahuan sahabatII , ayah Ummu Kulthum nie termasuk dalam golongan orang yg halal darahnya untuk di bunuh. Selepas beberapa tahun Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah , Ummu Kulthum merasa sgt rindu utk berjumpa dgn orgII yg seiman . Oleh itu, beliau mengambil keputusan utk berhijrah ke Madinah.

UJIAN TERHADAP PEREMPUAN YG BERHIJRAH

Rasulullah menyambut baik kedatangan Ummu Kulthum. " Sesungguhnya saya berhijrah menuju engkau dengan membawa agama saya. Oleh itu, izinkan saya utk tinggal di kota ini dan janganlah kembalikan saya kepada org Quraisy kerana mereka akan menyeksa saya sementara saya tak mampu menanggung seksaan tersebut kerana saya hanya seorang perempuan yg lemah.

Allah lantas menurunkan ayat yg mengandungi perintah utk menguji perempuan yg berhijrah itu :

( rujuk Surah al-Mumtahah : 10)

Tak lama lepas tu , beberapa pinangan datang kpd Ummu Kulthum. Antaranya ialah dr al-Zubair ibn Awwam , Zaid bin Harithah , Abdulrahman bin Auf dan Amru bin Ash . Ummu Kulthum kebinggungan utk memilih lantas bertanya kpd Rasulullah. Rasulullah kemudiannya menikahkan Ummu Kulthum dgn Zaid bin Harithah. MasyaAllah , untungnya Ummu Kulthum .. Rasulullah yg pilih utk dia.. >.<
Hasil perkahwinan tersebut , lahirlah Zaid bin Zaid dan Ruqaiyah tetapi kedua-duanya meninggal ketika kanak-kanak lagi. Zaid seterusnya menceraikan isterinya itu.

Setelah idahnya habis, Ummu Kulthum lantas menikah dgn al-Zubair al-Awwam . Daripada pernikahan tersebut lahirlah Zainab. Zubair terkenal dgn sikap yg agak kasar . Hal ini tidak di sukai oleh Ummu Kulthum sehingga meminta utk berpisah . Pada awalnya , Zubair enggan namun Ummu Kulthum terus mendesak dan akhirnya Ummu Kulthum di ceraikan ketika sarat mengandung. Tak lama kemudian , Ummu Kulthum pun melahirkan anaknya.

Zubair mendengar berita kelahiran tersebut , Zubair berjumoa dgn Rasulullah utk mengadu masalahnya . Rasulullah menyarankan agar Zubair meminang Ummu Kulthum dgn pinangan  baru. Namun , Ummu Kulthum berkeras utk tidak kembali kpd Zubair.

Kemudian , Ummu Kulthum menikah dgn Abdulrahman bin Auf. Hasil dari pernikahan tersebut , lahirlah Ibrahim dan Hamida. Apabila Abdulrahman meninggal , Ummu Kulthum menikahi Amru ibnul 'Ash.Pernikahan tersebut kekal sehingga Ummu Kulthum meninggal.


UMMU KULTHUM SEORANG PERAWI HADIS

Ummu Kulthum adalah perempuan yang meriwayatkan beberapa hadis drpd Rasulullah SAW . Dia menyatakan pernah mendengar Rasulullah bersabda ,

" Tidaklah di kategorikan sbg pendusta seseorg yg (berbohong) mendamaikan org2 yg berselisih selama dia mengucapkan kata2 yg baik atau menimbulkan kebaikan ".

Antara yg meriwayatkan hadis drpd Ummu Kulthum adalah Hamida , Ibrahim dan Busrah bt Sanwan.


NASIHAT UMMU KULTHUM KEPADA SEORANG PEREMPUAN

" Sesungguhnya hubungan antara dirimu dan suamimu mestilah di bina atas dasar cinta dan kasih sayang. Dengan itu , hati kalian akan bersatu , jiwa kalian akan saling mengikat hingga kalian masing2 akan menjadi tempat yang aman utk mencurahkan rahsia masing2 dan kalian akan selalu bersama dalam suka dan duka " .

p/s : Yam , thanks sebab bagitau pasal Ummu Kulthum nie :)






No comments:

Post a Comment