Saturday, August 27, 2011

masih adakah peluang??

ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ஜ♥♥ஜ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥
Jangan jadikan puasa kita macam tebu, awalnya manis hujungnya tawar. Jadikan puasa kita macam kurma, awalnya manis akhirnya lagilah manis
ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ஜ♥♥ஜ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥


Assalamualaikum..alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya datang jua idea untuk menulis di papan blog nie..sebelum nie agak keSIBUKan dengan kelas dan exam2 yang betul2 menguji kesabaran..mana taknya, study last minit sangat kan..aisshh..bila la nak berubah nie..jangan tiru perangai nie..


entri kali nie pasal ramadan..walaupun dah di penghujung ramadan,feel untuk puasa tu masih lagi berkobar-kobar nie tapi ada lagi tak peluang untuk kita bertemu dengan ramadan tahun depan..hanya Allah Maha Mengetahui..so,kita kena haragai ramadan yang kita tengah jalani nie..

Besarkan Ramadhan Melebihi Hari Raya

surah alqadrRamadhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding Hari Raya. Justru, para salafussoleh cukup gembira apabila datangnya Ramadhan, cukup dukacita apabila Ramadhan berlalu. Mereka menyambut Hari Raya pun dengan cukup sederhana. Yang penting Ramadhan telah dilalui dengan cara paling dikehendaki oleh Allah. Hati telah dibersihkan. Jiwa lebih hampir kepada Allah. Bekalan Akhirat sudah dibawa semampu mungkin.
Kita masih berada di bulan Ramadhan, dalam 10 hari terakhir. Tetapi segala moodnya telah bertukar kepada mood Hari Raya. Justru, masa ini ialah masa yang kritikal. Agar kita tidak terseleweng dari landasan syarak dalam meraikan Ramadhan dan Syawal, kita membandingkan kedua-duanya seperti di bawah:
Bandingan di antara Ramadhan dan Hari Raya
BilRamadhanHari Raya
1Tempoh sebulanHanya sehari (ziarah tak kisah berapa lama pun)
2Ada LailatulQadarTiada
3Turunnya al-QuranTiada
4‘Ramadhan’ disebut dalam al-QuranTiada
5Pahala 1fardhu=70 kebajikanSeperti hari lain
6Pahala 1 kebajikan=1 fardhuSeperti hari lain
7Pintu syurga dibuka,
pintu neraka ditutup
Seperti hari lain
8Syaitan dibelengguSyaitan berkeliaran
9Rahmat, pengampunan,
merdeka dari Neraka
Seperti hari lain
10Seribu satu macam kelebihanSeperti hari lain

Diceritakan bagaimana seorang lelaki masuk kepada Saidina Ali di Hari Raya. Hanya beberapa keping roti keras pada hidangan. Lelaki tersebut bertanya Saidina Ali: ‘Hari Raya dan hanya roti-roti keras wahai Amirul mukminin?’ Saidina Ali menjawab, di antara katanya: ‘Setiap hari adalah Hari Raya bagi orang mukmin jika tidak menderhakai Allah.’ Satu jawapan paling tepat dari menantu seorang Nabi paling mulia yang memahami hakikat Hari Raya. Tentunya Saidina Ali meraikan Ramadhan lebih dari Hari Raya.
Hari Raya juga bukan hanya bermakna kuih Raya, baju Raya, kasut Raya, langsir Raya atau perabut baru raya. Juga bukan hanya bermakna konsert Raya, tayangan sempena Hari Raya atau lagu Raya.
Apa yang disebut oleh Saidina Ali ialah satu ucapan dari mulut khazanah ilmu yang diakui oleh Nabi Muhammad saw sendiri.
Malangnya menjadi trend sebahagian (besar?) umat Islam meraikan Hari Raya dengan cara melampau-lampau, bahkan sehingga mengadakan bid’ah dhalalah pada hari Raya seperti konsert Raya, tayangan Raya, lagu Raya dan lain-lain kemungkaran yang disandarkan kepada Hari Raya. Sedangkan Hari Raya Aidil-Fitri itu bermaksud hari untuk seorang mukmin kembali kepada fitrah semulajadinya selepas sebulan menjalani latihan taatkan Allah dan sebagai hari meraikan kemenangan melawan nafsu selama sebulan.
Marilah kita memahami hakikat Ramadhan dan Hari Raya menurut perspektifnya yang sebenar, melalui kacamata syarak, bukannya kacamata media massa atau akal dan nafsu semata-mata, supaya kita tidak dimurkai oleh Allah selepas sebulan kita berhempas-pulas diajar untuk taat kepada Allah.

untuk bacaan lebih lanjut..boleh rujuk link kat bawah nie.. ;)
http://www.niknasri.com/?p=962

*p/s : raya nak dekat dah nie..bersederhana lah dalam setiap perkara..Islam suka yang sederhana ;)
Firman ALLAH brmaksud: "ssgguhnya org yg membazir itu adela saudara syaitan itu adela sgt ingkar kpd Tuhannya" (al-Isra' : 27).

No comments:

Post a Comment