Wednesday, October 19, 2011

Zalim layaknya disebut perbuatan itu..

Assalamualaikum w.b.t..


Sedih dan kecewa! Apa nak jadi dengan manusia di akhir zaman ni? macam-macam kes yang berlaku lately, lansung membuka mindaku memikirkan, "apakah manusia semakin ketandusan sifat kemanusiaan?"..bagaimana seorang insan bergelar manusia boleh melakukan perkara sekejam ini? dua berita yang menggamit rasa sedih aku ketika ini..


kes pertama : seorang remaja berusia 16tahun dia Sarawak tergamak menggelar bayinya yang baru sahaja dilahirkan di asrama..di mana letaknya minda waras perempuan ini? suka-suka buat anak..bila dah dilahirkan, nyawanya direntap dengan begitu kejam sekali..Allahuakbar! kadang-kadang, terfikir juga, binatang yang tiada otak itu, seperti kucing, ku lihat, menyusukan anaknya, menjaga anaknya, melindungi ank kecilnya dari marabahaya..ini MANUSIA! yang dikurnia akal..sungguh tegar sekali menggelar bayinya sendiri! darjatnya lagi rendah dari seekor binatang! disarankan, apabila anak2 gadis, sudah terlanjur, mohon jangan dihalau, dimaki dan sebagainya..sebaliknya, terima ini sebagai ujian! jangan melakukan tindakan yang menyebabkan si gadis melakukan dosa membunuh! biarlah benda sudah terjadi..peliharalah anak kecil itu dengan penuh kasih sayang walau tanpa seorang bapa! ITU LEBIH MULIA DARI MEMBUNH INSAN TIDAK BERDOSA ITU..


kes kedua : berlaku di China..seorang budak berusia 2 tahun, dilanggar van dan lori..@ kenderaan berat! terkedu saat menonton video itu di siaran berita tv3..kenapa sebegitu kejam? anak yang berbadan kecil itu dilanggar tanpa ada yang membantu..18 manusia tanpa hati perut hanya memerhati dan berlalu pergi! ke mana sifat belasmu, wahai manusia..sungguh tragis! kanak2 itu dalam keadaan sangat kritikal..ini kerja gila! tak pasti samada sengaja atau tidak..van pertama dipandu perlahan..tak pasti, apakah pemandunya menyangka dia melanggar se'orang' anak patung? terlenyek badan kecil itu dek pemandu yang tidak berhati perut! tak tahulah apa nak jadi dengan dunia ni..


Wahai Allah, peliharalah kami! semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa berpegah tegung dengan ajaranMu..peliharalah kami dari menjadi umat yang KAU murkai..

Tuesday, October 18, 2011

Doakan..

Assalamualaikum ..


sihat ka semua (bajet ada yg mau jawab!) okeh, fine..alhamdulillah kalau sihat! kalau tak pon, alhamdulillah, sebab sakit itu sebenarnya kaffarah dosa :) saat kita sakit, Allah yang maha pemurah akan ampunkan dosa2 lampau kita, insyaAllah..


Q : apa perkembangan terkini cik blogger berdua? (ini sendiri tanya, sendiri jawab!)


A : (bujet artis ler plak) Alhamdulillah, kami berdua masih diberi ketabahan mengharungi dugaan2 dalam hidup ini..masih dikurniakan iman dan Islam, yakni setinggi2 kurniaan buat Muslim..:) sekarang ni, kami masing2 sibuk dengan persediaan untuk menghadapi MUET (apa minatang MUET ni!) ..just exam untuk masuk U..in english! dan cik Safwanah sedang dalam jihad menghadapi exam final! mohon kalian semua doakan kami ya! inshaAllah..dan sama2 kita doakan saudara2 kita di Somalia, Palestin , Afghanistan dan lain2 yang mana mereka masih belum dapat mengecap keamanan dan kesejahteraan..semoga mereka akan mengecap keamanan di alam sana..InsyaAllah..


sebelum diakhiri entry kali ini, bersama renungkan ini : 


sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud: Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”


ps : kita tidak mampu membantu atau turun untuk melapangkan kesulitan saudara seislam kita..tapi, kita mampu membantu dengan DOA, insyaAllah..DOA merupakan senjata terhebat orang Islam, bahkan mengalahkan senjata2 hebat puak2 zalim itu..maka, marilah, kita sama2 mendoakan mereka..insyaAllah..:)

Sunday, October 16, 2011

Hati yang sunyi...


Kadang-kadang  kita sunyiii sangat..
walaupon, actually hidup kita penuh dengan kesenangan..
tak payah kerja, mak ayah tanggung belanja,
hari2 makan, tidur dan online..
hari2 yang mendatang, sama tanpa ada sebarang perubahan..
hidup dengan bersenag lenang..
tanpa memikirkan langsung kejadian alam ini..
di mana ada gempa, gegaran, angin taufan, musibah yang mengingatkan tentang Pencipta??
langsung diabaikan...
yang tahu, pasal keadaan diri sendiri, dan sewaktu dengannya..
bila musibah datang bergolek-golek..
bermaksud beberapa musibah datang sekaligus..
baru terbeliak biji mata memikirkan nasib sendiri..
baru terfikir keadaan saudara kita yang tidak senasib dengan kita di sana..
baru menghadap merayu pada DIA..
baru terbuka mata, terfikir minda..
"aku masih beruntung! Allah! "


Alhamdulillah..

Tuesday, October 11, 2011

Rintih Hatiku..

Ya Allah..


Dosaku, tidak dapat dikira banyaknya..
Khilafku, terkadang tanpa sedarku..
Ilmuku, kerap diabaikan tanpa amal..
Amalku, ada pula yang tidak meletakkan ENGKAU sebagai nawaituku..
Fikiranku, sering tersasar dari mengingatMU..
Tanganku, jarang ku tadah menagih simpatiMU..
Lidahku, terkadang jarang menyebutkan diriMU..
Kakiku, tidak ku langkah ke tempat mencari redhaMU..
Akalku, menggunakan ilmuMU ke jalan yang tidak KAU redha..
Mataku, tidak ku guna untuk menatap cantiknya ayat-ayat QuranMU..
Suaraku, jarang ku alunkan untuk membaca ayat-ayat cintaMU..
Telingaku, sering kali ku pekak kan bila ku terdengar seruan memanggilku untuk bertemu denganMU..
Jariku, tidak ku guna untuk meratib biji tasbih sambil mengingatiMU..
Hatiku, selalu sangat melupakan cinta dariMU..
Badanku, tidak ku guna untuk beribadah kepadaMU..


Ya RAbbul Izzati..


Terlampau banyak nya dosa hambaMU yang hina dina ini,
Baru ku sedar saat KAU turunkan musibah kepadaku,
aku bersyukur ENGKAU masih sayang akan diriku..
aku tahu, Ya ALLAH, aku tahu..
yang anggota-anggota ku ini kelak akan bersuara, 
mereka akan bersuara mengatakan kesalahanku dihadapanMU kelak,
kelak aku kan KAU persoalkan..
apa yang hendak ku jawab bila soalan-soalan ini ditanya..
apa yang dilakukan oleh tangan pinjaman ALLAH ini semasa didunia???
apa yang dilakukan oleh kaki pinjaman ALLAH ini semasa didunia???
apa yang dilakukan oleh mata pinjaman ALLAH ini semasa didunia???
apa yang dilakukan oleh jari pinjaman ALLAH ini semasa didunia???
apa yang dilakukan oleh telinga pinjaman ALLAH ini semasa didunia???


Ya Rahman..
Aku takut memikirkan nya..
Apa amalan ku sudah mencukupi untuk menjejak ke syurgaMU??
aku tak layak ke syurgaMU, ya ALLAH..
tapi, aku jugak tidak sanggup menghadapi seksa nerakaMU..
aku mohon, KAU terima amalku..
KAU ampunkan segala dosaku..
KAU terima taubat hamba ini..
Dosaku menggunung tinggi, tapi ku tahu rahmatMU melangit luas..

Apa ada dengan warna hijau??

Assalamualaikum ..


Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.


Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAUpada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat :  “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21


4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.





dicedok dari : http://www.solihinzubir.com/2011/02/warna-hijau-dalam-islam-dan-al-quran.html

Saturday, October 8, 2011

:)

Assalamualaikum..


nak kongsi something.. click this link!


ok, terima kasih! :) daa..


tingkatkan ilmu dan amal, inshaAllah! 



Thursday, October 6, 2011

Ruqyah Syari'ah..

Assalamualaikum.. :)


Alhamdulillah, dapat ilmu baru..berkenaan perubatan Islam..di zaman serba moden ni, masih ramai yang menggunakan sihir untuk memudaratkan sesama manusia..ingat tak lagi maksud sihir, ada masa belajar pendidikan Islam sekolah menengah! 


Sihir : menurut bahasa : menggunakan bantuan makhluk halus untuk mendatangkan mudarat kepada manusia.
Sihir : menurut istilah : satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.


kenali jenis-jenis sihir :


1. Sihir Pemisahan Suami Isteri
2. Guna-guna (Sihir Percintaan)
3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
4. Sihir Membuat Orang Jadi Gila
5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
6. Sihir Mendengar Panggilan
7. Sihir Membuat Penyakit
8. Sihir Pendarahan
9. Sihir Menahan Pernikahan


more info : http://dilemaduniaislam.blogspot.com
atau http://www.darussyifa.org/ 


tapi, secara keseluruhannya, Al- quran itu lah sebaik-baik penawar (di samping alternatif lain) untuk mengubat penyakit-penyakit dari makhluk halus..justeru, untuk elakkan diri, dari perkara sebegini, amalkan al-quran dan fahamkan..sebab apa? Al-quran ni syumul! lengkap, semua ada..cuma orang yang benar2 faham dan beriman dengannya yang akan jumpa..



وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ إِلاَّ خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang dzalim selain kerugian.” (Al-Isra`: 82)

خَيْرُ الدَّوَاءِ الْقُرْآنُ
“Sebaik-baik obat adalah Al-Qur`an.” (hadis)
 Jadi, sebaiknya gunakan ayat2 al-quran sebagai usaha menentang makhluk Allah itu..selalunya nak deal dengan makhluk halus ni, atau sihir, peramal perubatan akan perdengarkan RUQYAH SYARIAh kepada si pesakit..kalau pesakit sedar dan masih waras, eloklah dibaca sendiri..tapi, ada situasi pesakit dikawal oleh makhluk halus, maka dia tak boleh pon nak dengar ayat2 Allah, apatah lagi membacanya..jadi, perdengarkan kepadanya RUQYAH  SYARIAH..
apa itu ruqyah? ruqyah atau dalam bahasa melayu nya jampi..terbahagi kepada 2..Ruqyah syariah yakni jampi yang dibolehkan syara..bermaksud bersandarkan ayat2 al-quran dan hadis..lagi 1 ruqyah yang tidak dibolehkan..yang mana, ruqyah ini mengandungi jampi2 yang tidak difahami, menyeleweng dan sebagainya..
Ruqyah digalakkan dibaca dengan kuat kepada pesakit..ada banyak sebab..antaranya,  supaya bacaan dapat didengari dan diperbetulkan jika salah, dan agar tidak timbul fitnah..yelah, kalau baca pelan-pelan, orang nanti syak, dok baca jampi serampah lain..
kalau cerita bab ni, memang tak habis..panjang! boleh laa cari laman2 web yang menceritakan teknik perubatan Islam ni..karangan Ustz haron Din pon bagus juga..lebih terperinci..sebelum tamat entry ni, ada baiknya, dilistkan cara-cara bagaimana nak elak2 dari sihir2 ni..amalkan ya?
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)



2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)





3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)


selain tu, banyakkan berzikir, membaca quran, dan amalkan ayat2 perlindungan seperti :


inshaAllah..banyak kurangnya entry kali ni..tak banyak lagi ilmu tentang ni..boleh laa sama2 godek2 google untuk cari lagi maklumat, kalau berminat..:) wallahualam~ 

*semoga Allah melindungi kita semuaaaa~ Illal liqo'

Wednesday, October 5, 2011

:"(

Bismillahirahmanirrahim..

Aku menangis buat ke sekian kalinya..aku tahu aku kuat untuk menghadapi dugaan ini..aku kena kuat, supaya dia pon kuat! tapi, aku tak mampu menahan air mata ini dari mengalir..aku cuma mampu melihat, tapi dia yang menanggung! dan aku tiada siapa untuk ku luah rasa sedih, takut, ini! i need a shoulder! bukan untuk tagih simpati, tapi untuk dengar suara2 yang boleh tenangkan aku..but, no one boleh tolong aku sekarang! aku tak kuat..

Selama ni, aku ingat aku kuat..sebab banyak dah dugaan yang aku lalui..tapi, dugaan kali ni sungguh2 besar! aku tak pasti..aku sedih dan takut, tapi aku tak mampu buat apa2 selain berdoa! kalau aku yang melihat ni, tak sanggup, apatah lagi dia yang menanggung! Ya Allah!! apa boleh aku buat? aku tak tahu..aku cuma berharap dia diberi peluang lagi untuk melihat dunia ini, dan meningkatkan ibadah untukNya..aku tak akan susahkan dia lagi! 

Aku ingin berada di samping dia, bagi dia semangat! tapi, aku tak sanggup untuk tengok dia pon! sebak! Ya Allah, kuatkan semangat nya..kuatkan imannya..terima segala amalnya, dan hapus segala dosa dia..jadikan aku penyejuk matanya..kuatkan dia untuk beribadah padaMu, walau apa keadaannya sekalipun! aku tetap mendoakan dia..walau tiada seorang manusia untuk menenagkan aku, aku tahu Dia ada untuk aku..musibah ini ujian dariNya, dan aku yakin solusi juga dariNya..Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang patut aku lalui..pimpin tangan ku..pegang hatiku! Aamiinn! 


Monday, October 3, 2011

Entry buat insan bernama SAHABAT ..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, selesai sudah 3semester asasi di UITM merbok terchinta (dah habis laa kot, kalau xrepeat..)..kini, dah seminggu lebih berada di rumah, meninggalkan kehidupan u..meninggalkan sahabat terchinta..meninggalkan jerit payah study..meninggalkan kenangan manis dan pahit..


Tipulah kalau cakap tak rindu..pahit macammana sekalipun, rindu tu tetap ada..rindu betul! dengan sahabat2 F4-02-06..sahabat sebilik yang aku sayang, Teya, Jiha dan Ija..


untuk teya : "aku rindu kau, wei..sumpah, walaupon kau kadang2 annoying..tapi, tu yang buat aku rindu! kau lah yang suka sangat nak menganjing aku kan? dah banyak ayat anjing kau kata kat aku..tapi, aku tak kisah pon! sebab aku pon suke nganjing kau, kan mucuxxx! ahaha..aku tak sempat nak berdrama ngan kau, sebelum kau balik haritu wei..kau cepat sangat nak balik jmpa bf kau! aku dengan tensen paper law + baru bangun tidur, tup2, kau kate nak balik..memang tercengang2 aku..tapi, xpela..aku tak sempat nak bagi kata2 terakhir..ok, aku sayang kau jugak! aku nak ucap terime kasih byk3 kat kau sebab kau bagi aku pinjam laptop, sikat, kasut, nota, earphone (benda alah ni still ada ngan aku, lupa nak pulangkan wei..camna?) dan macam2 lagi lah..kaya2 aku pon, pakai barang kau kan? haha..bantalmu, bantalku jua..tilammu, tilamku jua..(opss, kedengaran lucah!) tapi, aku tak pernah share barang peribadi aku dengan org len, kecuali hang! aishhh! apasal aku rindu terok ngan hang!! T_T aku ingat lagi dari first sem kita bersama, time tu kita bodo2 lagi, tak kenal sapa2..macam2 keja bodo kita wat! sumpah aku takkan lupa..aku doakan hang berjaya jadi DPP macam yang hang nak! memang aku dok selalu kutuk kerja idaman hang tuh, tapi, memang sesuai pon ngan kelayakan hang! inshaAllah, tempat hang kat uitm Shah Alam! dan dengan si dia, aku doakan hampa cepat2 kawen, dan semoga jodoh hang kekal sampai FIRDAUS dengan dia :) *takmau tukaq2 dah na..Last sekali aku mintak maap, dan mintak halal kan semua yang aku ambik daripada hang!




untuk Jiha : hai Jiha! faz nak mintak maap kalu ada salah silap dengan Jiha selama ni..memandangkan kita 2 je yang single, faz selesa sembang pasal cintan dengan Jiha..sebab pengalaman yang lebih kurang,,nak cerita ngan orang2 tengah hangat bercinta tu, satgi asyik2 depa masuk bab kawen! kita ni calon pon tak dak lagi! terima kasih sudi drngar ceritera saya yang merapu, menyenget, dan menggila tuh! terima kasih jadi kawan yang sentiasa ada untuk faz luah masalah-masalah..senang jugak bersembang bab agama dengan anda :) kalau dengan jiha, sembang sampai ke pagi, tapi, buku dok kat tangan tak bukak2..haha! dan terima kasih byk2..sebab jiha banyak sedekah makanan kat faz! memang malang nasibmu, sebab duduk sebelah faz, asal ada makanan lebih, sume faz sapu! faz xbagi apa sangat pon kat jiha..hurm, ini pon sama..nampak sangat aku kurang kaya dari jiha :) dan last sekali, faz doakan jiha dapat jumpa si dia yang sesuai dengan jiha! mr perfect jiha sendiri! teringat malam tu jiha ada cakap "entahlaa..sampai sekarang Jiha belum jumpa lelaki yang membuatkan Jiha rasa dia jodoh Jiha!" inshaAllah, sampai masanya Allah akan buka rahsiaNya..tunggu!  :) untuk muet, sama2 kita usaha ya! inshaAllah, mana2 yang dapat pon, tu kita kena terima laa..;) dan faz pon nak mintak maaf, jangan amek hati, sebab faz taw, faz selalu terkasar bahasa dengan jiha..kadang2 termarah..maafkan khilafku! dan halalkan semuanya! take care, sahabat!


buat Ija : kepada umi @ teman lesbo kuu~ haha..kak jah! lately, kau banyak usik aku yer..tak habis2 aok ngusik teman! jahat la kau! tapi, aku terima..tak da hal lah! yang last2 ni, yang menganjing makin hebat kan? xpa, xpa..kenangan bha tu! :) aku nak cakap, aku dulu tak suka kau dohh! masa first2 sebilik ngan kau! sebab kau 24hours dengan lappy..aku ingat kau jenis tak suka kawan..tak delah xsuka, ke benci, cuma aku pelik nagn kau..tapi, lama2, aku okay2 jak ngan kau! bila lepas2 kelas, kau sembang ngan aku..cerita problem kau..aku ingat first2 ayat kau, mesti camni.."weyy, nak tawuu takk?? abii kan...die kan...bla33" haha..sekarang takde sapa dah nak bercerita ngan aku..terima kasih jugak selalu jadi teman se'maggi' aku..terima kasih jugak sebab selalu takutkan aku, sebab malam2 buta, aku ingat semua dah tidoq, tapi aku dengaqq bunyi org gelak..rupenye, kau sembang ngan abi..;) aku nampak effort kau last minute sebelum exam, moga kau dapat apa yang kau nak! ok, jaga diri naa..jangan lupa bawak aku g sabah! moga ada jodoh ngan abi..sayang kau! Maafkan salah silap aku dan halalkan semuanya.. :)


*jaga diri semua! aku sayang hampa..terima kasih mewarnai hidup aku kat hutam merbok tuh! aku taw, kdg2 aku xjadi kawan yang baek..maafkan aku! semoga bertemu semula nanti dan semoga bertemu di padang mahsyar sebagai sahabat yang berteman keranaNya..jgn lost contact na..


terimalah lagu cebisan kenangan dari Amar : 



Saturday, October 1, 2011

Satu kisah!

Assalamualaikum :)


Post2 lately ditulis oleh saya, sebab Wana busy dengan study nya..saya yang menganggur ni, maka banyak masa terluang untuk menulis entry2 seharian..


Hari ni, makan-makan bersama jiran-jiran..makan2, borak2, lepak2..:) sambil2 merapatkan ukhuwah!


Nak dijadikan cerita..ada seorang makcik ni, membuka kisah rumahtangga nya..tak payah dinyatakan namanya di sini..cerita nya si suami baru menikah baru..si isteri nya sedar dan tahu bahawa isteri terbaru lelakinya itu, merupakan isteri ke4..tapi, yg si isteri baru ni, ingatkan dia isteri ke2..konflik family ni, berterusan sebab, makcik tu yang pertama tak puas hatilah..nafkah tak dititikberatkan..isteri dah 4! adehh..yang isteri2 muda pulak macam-macam hal..sudahla, berkawen dengan suami orang, sikap nya pula, bkn berterima kasih pada si isteri tua, tapi dikutuk lagi ada..sampai bila family tu nak bahagia? 


teringat kisah Nabi Saw..baginda pandai melayan isteri2nyaa..berlaku adil seadil adilnya..isteri2 terasa disayangi semuanya..kisah nabi menghadiahkan cincin buat isteri2nya tanpa pengetahuan masing2..justeru, baginda berkata, yang aku paling sayang, adalah yang aku hadiahkan cincin padanya..:) ALLAH! romantiknya baginda..padahal, semua isteri bagi9nda mendapat cincin..maka, semuanya senang hati disayangi baginda..contohilah sikap baginda kalau nak berpoligami :) nak poligami tak salah, asalkan mampu zahur dan batin serta boleh berlaku adil..jangan mahu berpoligami kerana ikutkan sunnah, tapi, bila sudah berpoligami, adat2 dan sikap2 baginda langsung tidak dicontohi lagi..


secara tak langsung, ini menaikkan semangat saya untuk menjadi seorang peguam syariah! YA ALLAH!!! permudahkan lah urusanku..restuilah jalan yang ku pilih..aku hanya merancang, namun penentuan ditanganMU..semoga perancanganku mendapat restu dariMU..


Aamiinn..


ps : poligami?? payung emasssss! $_$ oh, tak sanggup!