Wednesday, October 19, 2011

Zalim layaknya disebut perbuatan itu..

Assalamualaikum w.b.t..


Sedih dan kecewa! Apa nak jadi dengan manusia di akhir zaman ni? macam-macam kes yang berlaku lately, lansung membuka mindaku memikirkan, "apakah manusia semakin ketandusan sifat kemanusiaan?"..bagaimana seorang insan bergelar manusia boleh melakukan perkara sekejam ini? dua berita yang menggamit rasa sedih aku ketika ini..


kes pertama : seorang remaja berusia 16tahun dia Sarawak tergamak menggelar bayinya yang baru sahaja dilahirkan di asrama..di mana letaknya minda waras perempuan ini? suka-suka buat anak..bila dah dilahirkan, nyawanya direntap dengan begitu kejam sekali..Allahuakbar! kadang-kadang, terfikir juga, binatang yang tiada otak itu, seperti kucing, ku lihat, menyusukan anaknya, menjaga anaknya, melindungi ank kecilnya dari marabahaya..ini MANUSIA! yang dikurnia akal..sungguh tegar sekali menggelar bayinya sendiri! darjatnya lagi rendah dari seekor binatang! disarankan, apabila anak2 gadis, sudah terlanjur, mohon jangan dihalau, dimaki dan sebagainya..sebaliknya, terima ini sebagai ujian! jangan melakukan tindakan yang menyebabkan si gadis melakukan dosa membunuh! biarlah benda sudah terjadi..peliharalah anak kecil itu dengan penuh kasih sayang walau tanpa seorang bapa! ITU LEBIH MULIA DARI MEMBUNH INSAN TIDAK BERDOSA ITU..


kes kedua : berlaku di China..seorang budak berusia 2 tahun, dilanggar van dan lori..@ kenderaan berat! terkedu saat menonton video itu di siaran berita tv3..kenapa sebegitu kejam? anak yang berbadan kecil itu dilanggar tanpa ada yang membantu..18 manusia tanpa hati perut hanya memerhati dan berlalu pergi! ke mana sifat belasmu, wahai manusia..sungguh tragis! kanak2 itu dalam keadaan sangat kritikal..ini kerja gila! tak pasti samada sengaja atau tidak..van pertama dipandu perlahan..tak pasti, apakah pemandunya menyangka dia melanggar se'orang' anak patung? terlenyek badan kecil itu dek pemandu yang tidak berhati perut! tak tahulah apa nak jadi dengan dunia ni..


Wahai Allah, peliharalah kami! semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa berpegah tegung dengan ajaranMu..peliharalah kami dari menjadi umat yang KAU murkai..

No comments:

Post a Comment