Thursday, May 17, 2012

sweet sour as a matrik student :)


Betul ke matrik nie susah? dorg cakap tak da life jd student matrik nie.. mengadap buku je 24 jam? betul ke?

yeke? tak da la :) 

itu la persoalan yg selalu bermain di fikiran bakal2 student matrik nie..# me too..dulu la..hehe
sebenarnya,itu hanya la momokan2 je.. #betul ke ayat nie? haha..
tak cuba, maka tak tawu.. kan? 
kat matrik nie yang penting,

* adik2 kena fokus je ^^ fokus dalam kuliah, dalam tutorial.. #p/s : jgn tido taw.. haha.. macam la tak penah buat.hihi
* kena ada aim,cita2..nak jadi apa nnt.. ^^

* tutorial kena buat sendri.. jgn tiru.. nanti bila nak exam,pening sorg2.. kalau tak reti nak buat,tanya kawan.. buat study group..hah! study group byk membantu..

* ada masa je p pentad ( pejabat pentadbiran),jumpa lecture..tanya soalan2 yang tak paham.. jgn tunggu study week baru nak p tanya.. #pesanan setiap pensyarah.. ^__^ . pensyarah kat kmpp semua nya sporting.. kat kolej laen pun sama je :)

* AND yg penting sekali.... bg yg musim.. JAGA HUBUNGAN DGN ALLAH dan JAGA HUBUNGAN ANTARA MANUSIA :)

- jaga hubungan dgn ALLAH :

1) walaupun title kita as a student jgn lupa title kita sbg hamba Allah k..jgn lupa solat..kalau  ada masa,luangkan masa kat surau.. kalau kat kmpp,boleh katakan tiap2 kali lepas  maghrib ada kuliah.. jom imarahkan surau an-nur.. :)
2) dekatkan diri dgn Allah..kalau kita dekat dgn Allah,Allah pun akan dekat dgn kita :)

-jaga hubungan dgn manusia :

1)  jaga hubungan adik2 dgn pensyarah. jgn menderhaka! jgn melawan! jgn ponteng !  (nampak tak tanda seru tu..ngee ) penting tu..:)

2)  jaga hubungan antara classmate n romate n semua student kat kolej.. jgn cari masalah  k..hehe.. bina ukhwah fillah .. insyaAllah..adik2 akan sentiasa dalam lindungan-Nya..

3) selalu call mak yah kat kampung taw.. jgn tunggu mak ayah yg call kita..

> hidup kat matrik nie tak lama..setahun je utk pst and 2 thun utk pdt.. pejam celik pejam celik,dah final.. hargai masa yg Allah bg kat kita ;)

> matrik nie adalah salah satu platform utk adik2 siapkan diri sebelum masuk u nanti..

> tak ada benda kat dunia nie kita dapat dgn mudah kan? nak makan pun kena usaha..ambk makanan suap dalam mulut kn? ^^

> kalau fesyen kita boleh up to date,study pun kena up to date taw.. jgn lecture dah msuk bab 5, adik2 bab 2 pun tak paham lagi.. struggle..study hard and study smart k :)

> matrik student tak da mengadap buku 24 jam..kitorg pun enjoy jugak..hehe..enjoy dgn cara yg betul.. time study,study btol2..time makan,makan . time maen,maen puas2.. time tido,tido puas2.. hehe

 > kalau tiba2 je rasa down,sedih ke penat ke..ingatla..yg Allah tak kan bg sesuatu ujian atau bebanan yg tak mampu kita tanggung sebab Allah kan Maha Penyanyang :)

> jgn mengalah sebelum mencuba k ^__^


nie blok wana :)

sayup2 yg kita nampak, tu la dewan besar KMPP ( dewan al-Farabi)

nie pak cik guard..yg sentiasa menjga keselamatan kami
#p/s : selalu tahan student yg masuk lambat. haha

nie tasik. tmpat yg awesome !

nampak tak budak2 tu?
dorg nak maen titi goyang tu .. best. wajib maen klau jadi student  KMPP  :)

selalu bg ikan makan kt sini..kcian ikan..mkan roti basi..erkk =.=''

5 kuntum bunga melambangkan kami (romate2) :)


nama kompel ( kompleks pelajar ) = blok @ asrama



Monday, May 7, 2012

ulangtahun kelahiran abah

Assalamualaikum WBT


Esok 8/5 genap 50 tahun umur arwah abah, kalau beliau masih hidup..hati ini masih tidak kuat menerima hakikat itu..air mata gugur berlinangan mengenangkan arwah. tapi, itulah ketentuan Illahi. Dah lebih 5bulan, arwah pergi menghadap penciptanya, meninggalkan kami yang bila-bila masa akan ikut jejak langkahnya. Berkali-kali aku mengadu padaNya tentang rasa rindu ini. Sungguh, aku rindu padanya. Hanya dalam beberapa kali mimpi aku bertemu dengann arwah. Ternigiang-ngiang di telinga ku kata-kata abah, di akhir-akhir hayatnya 'adik, bila nak mai jaga abah? bawak mai kat abah, buku-buku agama, abah bosan kat hospital ni..' esoknya aku datang membawa sedikit sebanyak buku agama kepunyaanku. sayang, abah tak sempat habiskan membaca buku tersebut, kerana kisah hidupnya telah tamat..dan yang paling aku ingat, kata-kata abah 'Adik, baik-baiklah dengan Ilya dan Zalia tu..' dan kalau abah masih hidup, nak ja, aku cakap kat abah 'adik sayangkan Ilya dan Zalia, bukan sebab abah suruh, tapi, sebab darah yang mengalir dalam badan depa, darah yang sama mengalir dalam badan adik. Kami adik beradik kandung!' YA ALLAH JADIKANLAH KAMI 5 BERADIK SEBAGAI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH BUAT ABAH DISANA..'


sempena harilahir arwah ke 50, tiada apa yang aku harapkan melainkan arwah berbahagia di alam sana, diluaskan kuburnya, dicerahkan kuburnya, dan dipermudahkan segala urusannya, diringankan siksaan kubur keatasnya, dan semoga kami bertemu lagi di syurga..


Ilya Shafiq bin Mohamed Shaffiee

Nor Zara Natalia bt Mohamed Shaffiee
aamin, alfatihah..yassin..

Wednesday, May 2, 2012

Assalamualaikum WBT..


mood : sedikit terkilan dengan batalnya kelas account :/


kalau memang awal2 dah batal, xdak masalah..ini, dah separuh jalan, baru nak kata batal..haihh..xpalah, mybe kalau tak keluar bilik separuh jalan tadi, tak nampak la dia..haha, hikmah di sebaliknya ka tu? tak la, jodoh lah tu..jodoh pertemuan je :) ok, mood dah okay!


stokin basah! argh! kena p basuh..rasa2 tak nak pakai stokin je tadi, yela, confirm2 basah kan, hujan lebat..tapi, teringat satu kata2 ni " perempuan yang tak kisah stokinnya basah dek kerana hujan, adalah lebih baek daripada yang tidak memakai stokin, kerana kaki yang terdedah menjadi jilatan api neraka" eh, apasal ayat tunggang langgang ni, tapi paham2 lah kalian maksudnya kan? kita sama2 cuba berubah ke arah kebaikan, tapi dugaan2 yang datang jangan jadikan sebagai penghalang untuk terus istiqomah, tapi, jadikan satu platform yang Allah bagi untuk menguji sekuat mana iman kita..


dan tatkala, syaitan merasuk2 untuk bukak stokin tadi, sekali lagi terlintas satu nasihat dari seorang sahabat " pakaila stokin, yang lain dah tutup cantik dah, takkan sebab kaki kita nak masok neraka kot? bukan susah pon.." lebih kurang mcm tula ayat nya..ok, thnx sahabat! 


dan yang agak tersentuh di hati..bila sampai2 bilik, bebai2, sebab stokin habis basah, dpt satu msg berbunyi :


Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)


walaupun lain, tapi mesejnya tetap sama..yang dikatakan dalam sabda baginda di atas ialah berpakaian tetapi telanjang, melenggokkan tubuh, dan sanggul yang tinggi! semuanya, ditujukan pada wanita. "tak sebut pon pasai kena pakai stokin!" haa, memanglah, tak sebut, tapi, konsepnya sama, main point nya di sini tutup aurat DENGAN SEMPURNA! macam mana nak taw sempurna ka tak kita berpakaian? complete tak tutup semua aurat bukan ttup urat jaa..tatkala anda berpakaian, renungkan, kalau anda tunaikan solat dalam keadaan berpakaian macam tu, boleh ka tak? maksudnya, kalau cara kita berpakaian tu, boleh bawak masok solat, then A+ untuk anda! anda berjaya tutup aurat dengan sempurna! :) insyaAllah, renungan buat diri dan yang sudi merenung :)


Wallahualm!


Wasalam :)