Monday, May 7, 2012

ulangtahun kelahiran abah

Assalamualaikum WBT


Esok 8/5 genap 50 tahun umur arwah abah, kalau beliau masih hidup..hati ini masih tidak kuat menerima hakikat itu..air mata gugur berlinangan mengenangkan arwah. tapi, itulah ketentuan Illahi. Dah lebih 5bulan, arwah pergi menghadap penciptanya, meninggalkan kami yang bila-bila masa akan ikut jejak langkahnya. Berkali-kali aku mengadu padaNya tentang rasa rindu ini. Sungguh, aku rindu padanya. Hanya dalam beberapa kali mimpi aku bertemu dengann arwah. Ternigiang-ngiang di telinga ku kata-kata abah, di akhir-akhir hayatnya 'adik, bila nak mai jaga abah? bawak mai kat abah, buku-buku agama, abah bosan kat hospital ni..' esoknya aku datang membawa sedikit sebanyak buku agama kepunyaanku. sayang, abah tak sempat habiskan membaca buku tersebut, kerana kisah hidupnya telah tamat..dan yang paling aku ingat, kata-kata abah 'Adik, baik-baiklah dengan Ilya dan Zalia tu..' dan kalau abah masih hidup, nak ja, aku cakap kat abah 'adik sayangkan Ilya dan Zalia, bukan sebab abah suruh, tapi, sebab darah yang mengalir dalam badan depa, darah yang sama mengalir dalam badan adik. Kami adik beradik kandung!' YA ALLAH JADIKANLAH KAMI 5 BERADIK SEBAGAI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH BUAT ABAH DISANA..'


sempena harilahir arwah ke 50, tiada apa yang aku harapkan melainkan arwah berbahagia di alam sana, diluaskan kuburnya, dicerahkan kuburnya, dan dipermudahkan segala urusannya, diringankan siksaan kubur keatasnya, dan semoga kami bertemu lagi di syurga..


Ilya Shafiq bin Mohamed Shaffiee

Nor Zara Natalia bt Mohamed Shaffiee
aamin, alfatihah..yassin..

No comments:

Post a Comment