Tuesday, December 25, 2012

:'(

Bismillah 

Sedihnya, rasa cam nak down, carrymaark rendah, xmembantu pun..salah siapa? salah sendiri la..aduh, kenapalah penuh air mata sangat semester ni..

Hmm, xbaik mengeluh, aku tengah cuba study nak fahamkan dan ingat semua fact2, formula2 yang perlu diingat..tapi, kenapalaaa susah sangat? bebal betul kepaala aku nak terima ilmu ni..mungkin banyak sangat maksiat yang menghalang aku dapat ilmu ni..

Masa nya untuk serius! belum terlambat lagi..ketepikan semua bentuk hiburan..wahai laptop kesayangan, akan ku tinggal dikau di rumah, jangan kau merinduiku..maka, terpisahlah aku dari segala hiburan..aku juga terfikir untuk berkelana, kerana agak mustahil untuk aku fokus study di rumah dengan 8rakan-rakan lain yang banyak karenah dan rumah yang sangaaaaatlah lapang. lokasi sasaran mungkin PTAR 3 atau 4 atau NR, tak kesahlah, janji aku boleh bertaaruf dan berkhalwat dengan buku serta slide ilmiah..

Setelah enjoy beberapa hari di rumah, kini masanya aku ke Shah Alam..

moga kami semua berjaya menuntut ilmu kerana mengejar redhaNYA kerana aku sedar hanya ini jalan yang mampu mendekatkan aku padaNYA kerana aku bukan orang agama, aku bukan pahlawan perang, aku bukan siapa-siapa, aku hanya penagih ilmu, cinta dan redhaNYA..

moga Allah kurniakan kejayaan pada yang berhak memlikinya..


Thursday, December 20, 2012

Bismillah..



Nampak tak? Dia bagi kita ujian yang mantap, sebab kita hambaNYA yang kuat. DIA lebih tahu tahap kemampuan kita, dari diri kita sendiri. Kadang-kadang, kita rasa kita tak boleh buat, tapi sebenarnya kita lebih dari mampu cuma perlu lebih sikit effort tu. Kadang-kadang kita rasa benda tu senang, kita boleh buat, tapi, kalau DIA kata kita tak mampu, usaha lah berlipatkali ganda sekalipun, tetap, kita tak mampu.

Mungkin, kadang-kadang kita salahkan diri sendiri, disebabkan kegagalan. Tapi, kita lupa, kalau kita tak rasai kegagalan, macam mana kita nak kecapi nikmat kejayaan? Tak ada siapa dalam dunia ni, apa yang dia buat semuanya menjadi. Semuanya bermula dengan kegagalan. Lepas bangun dari kegagalan, di situlah sebenarnya titik permulaan kejayaan kita. Saat kita mula bangun, bukannya saat kita berada di puncak. Sebab tak ramai yang mampu bangun dari kegagalan.

Berada di puncak, siapa tak bangga? Tapi, kalau insan yang berada di puncak itu, mencapai mentaliti yang tak sepadan dengan kejayaannya, itu masih belum boleh didefinasikan sebagai kejayaan. Boleh jadi, insan yang gagal lebih tinggi darjat dari insan yang berada di puncak itu, kenapa? 

Anda mungkin mampu membuktikan kejayaan anda di atas sehelai kertas keputusan peperiksaan dengan gred CGPA 4 flat, tapi, berjayakan anda sebagai insan? Insan yang menghargai usaha setiap manusia yang membantu walau hanya sedikit, insan yang tidak mendongak tinggi ke langit, walau anda boleh berbuat demikian, insan yang tunduk kepada PENCIPTA, dengan penuh rasa kehambaan?

Ini yang susah, kejayaan ini bersifat hakiki. Jadi, jangan memandang insan yang CGPA kurang dari anda, sebagai insan yang gagal. Jangan pernah bongkak, andai keputusan mu didunia hebat, kerana  kita belum pasti dengan CGPA penilaian dari DIA di sana. 

Moga Allah selalu pandang kita dengan rahmatNYA..

*DOA, USAHA, IKHTIAR dan TAWAKAL..selamat maju jaya :)

Berjihad dengan mata pena :)

Bismillah..

Lepas hantar assignment banking yang aku (dan rakan sekumpulan) buat dalam masa 1 malam sahaja (kami berbangga), aku mengatur langkah untuk kembali ke rumah dengan memasang niat untuk mengqado' waktu tidur yang tercicir dek sibuk mentouch up tugas akhir semester penuh air mata ini..

Belum sempat aku keluar dari perkarangan fakulti tericnta, kawan sekelas menjerit dan bertanyakan soal kelas TITAS yang sepatutnya bermula sejam dari waktu itu. "Allah..aku lupa ada TITAS..cammana ni? ngantok gilaa kot.." 

Selepas menimbang baik, buruknya, sudah tentu ada baiknya aku menghadiri kelas TITAS terakhir itu, jadi aku pun kembali ke PTAR sementara menunggu waktu kelas bermula. Sempat kuisi perut yang kosong sejak semalam. Dapat mesej dari teman sebilik, serumah, sekelas, mengatakan hasratnya untuk sambung tidur sekaligus tidak menghadiri kelas tengahari itu. Budak bertuah! Aku mengomel sendirian.

Rupa-rupanya, Allah pilih aku dan rakan-rakan yang menghadiri kelas tengahari itu, unttuk mendengar ceramah ustazah. Agak menyentuh hati, sangat! Aku bersyukur. Ustazah menayangkan video detik terakhir pemergian baginda Rasulullah. Aku tersentap dalam hati. Aku pasti, semua yang menonton, terkesan dengan video tersebut. "ya Allah, jadikan kami umat Muhammad yang mendampingi baginda dan mendapat syafaat darinya di syurga nanti.."

"Adik-adik, tak payah dok sibuk nak bercinta lagi, gembirakan hati mak ayah kita dulu, baru boleh ambik hati anak dara atau anak teruna orang.." ha, ini lagi sentap. Betul, aku setuju. Perasaan memang tak boleh dikawal, tapi akhlak boleh dikawal. Kalau suka kan seseorang, cukup dalam diam, andai belum versedia untuk bertaaruf dan untuk ke peringkat seterusnya. Jangan jebakkan diri dengan Couple. Baik, ustazah! Islam tak larang kita bercinta, tapi melarang kita bercouple (yakni menghampiri zina). Baik, tutup soal ni. Biarkan rasa itu 'koma' buat sementara waktu, kerana exam final sangattlah hampir. Setelah habis final, mungkin perasaan itu akan 'sedar dari koma, atau selamanya mati'. Aku tak pasti.

"Ustazah yakin adik-adik mampu berjihad dengan mata pena, di saat final exam nanti, bukan sahaja untuk subjek tamadun, tapi untuk semua subjek." Jihad itu dikira pahala yang tak terjangkau dek akal kita, in sha Allah..

Buat semua student degree UITM, goodluck untuk anda-anda semua :)

*oh, jangan lupa balik kampung, untuk mohon restu, kalau tak, call sebagai pengganti diri pon jadilah! yeay..bye2, Shah Alam..opss! over excited, esok masih ada kelas, last class, harap semuanya lancar..

Ilal liqo'.. 

Sunday, December 16, 2012

Kau yang misteri..

Assalamualaikum

Aku tak pernah mengambil berat tentang hadirmu..engkau bagiku, hanyalah seorang senior atau coursemate ku, yang hanya aku tahu nama mu..mungkin kau juga begitu..dan aku begitu yakin, kau tidak mengetahui namaku..

Hari berlalu, tika berselisih denganmu, fikiranku kosong..tiada kata-kata pujian, tiada rasa ingin mendekatimu, tiada rasa ingin memandangmu, kosong..kau hanyalah bagai angin yang berlalu..begitulah selalunya..tiada penarik antara aku dan kau..

Namun, mimpi yang mengangguku kebelakangan ini, membuat aku sedikit hairan..siapakah engkau? mengapa kau selalu hadir dalam mimpi ku, namun bila ku tersedar, langsung ku lupa apa yang aku mimpikan, tapi aku pasti bahawa wajahmu hadir dalam mimpiku sejak kebelakangan ini, hanya itu, tiada apa lagi yang aku ingat..

Naluri wanita ini bergelora ingin mengetahui tentang kau..lalu laman facebook mu ku tatap, tiada yang istimewa, hanya lelaki biasa..tapi, tidak dinafikan, sedikit perasaan kagum lahir, kau lelaki yang mementingkan nilai agama dalam hidupmu..dan aku sedar, pergaulanmu sehari-hari agak terbatas dan terjaga dari masalah sosial yang dianggap biasa di bandar semegah Shah Alam ini..

Andai mimpi itu petanda baik, ku serahkan segalanya padaMU..andai mimpi itu mainan tidur atau gangguan syaitan, aku mohon jauhkan aku darinya, lindungi serta pelihara lah aku..segalanya berlaku atas kehendakMU..

Kepada kau yang aku kagumi, moga sentiasa dalam jagaanNya..

Friday, December 14, 2012

Sebaik-baik wanita..

Bismillah...

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki

 Tidak memandang? aduh, jauh benar aku dengan situasi ni..acap kali, aku memandang jantina selainku dengan pandangan yang lebih dari sekadar satu pandangan yang perlu..maknanya, aku memandang lebih dari keperluan..kekadang, mata makin galak memandang..gabungan mantap syaitan dan nafsu membelengguku..akhirnya tewas imanku, lantas pantas malaikat Allah, Atid mencatat dosa kering pada hari itu tanpa aku sedari, dan terus leka memandang keindahan dunia..lalainya aku..


Bukan setakat itu, kadang-kadang sambil mata menatap sang crush yang tidak selayaknya dipandang, fikiran nakal melayang.."mungkin patut aku senyum padanya, sebagai hint?" lalu sebauh senyuman yang manis dilontar padanya, padahal ia sebuah senyuman yang digalakkan oleh syaitan, bukan senyuman sedekah yang disarankan baginda nabi..bertambah dosaku..


Tidak setakat itu, kadang0kadang menjelang malam, aku boleh jadi teringatkan si crush lagi, lalu fikiran melayang sambil mata merenung dinding yang kosong. macam-macam khayalan fantasi. bukan merenung dosa ku pada hari itu, malah menambah zina hati dengan perkara yang mendekatkan aku dengan zina, tak patut aku berkhayal sebegitu..


lalu, apa bezanya aku dengan mereka yang bercouple? aku tidak membenci mereka, tapi aku takutkan perbuatan couple yang menghampirkan aku dengan zina..


In shaa Allah, Allah beri aku kesedaran, bermakna Allah mahu aku berubah, aku juga mahu berubah..semoga Dia permudahkan..aku tahu, kalau kita nak berubah, Dia akan permudahkan..In shaa Allah..


Wednesday, December 12, 2012

:')

Bismillah

Masalah jadikan kita lebih matang, aq setuju..dari seorang lepasan asasi yang selalu bergantung harap kepada orang lain, aq rasa aq dah boleh berdiri atas kaki sendiri, even klat bandar sesibuk Shah Alam ni..aku xkisah keluar cari makan sorang-sorang malam-malam, g beli barang keperluan sorang-sorang, g kelas sorang-sorang..

tapi, itu kah definasi matang?

mungkin salah satu cabang matang? yep, aq cuma berharap Allah lindungi aq di setiap jalanku..tak boleh nak bergantung harap pada orang selalu..plus, kadang-kadang kita perlu masa sendiri. hanya diri kita yang paham kita, selain Pemilik kita. kadang-kadang kita sentap, kita ja tahu apa yang kita nak..dalam waktu sendirian tu, kita cuba cari diri kita yang sebenar. then, kita terfikir, 'im not belong to this group!' saat tu, aq rasa macam nak lari jauh dari orang sekeliling. yelah, walaupun dekat dengan mereka, tapi, aq sedar cara hidup kami berbeza. aq rasa tak boleh nak tipu diri sendiri lg. 

"haa? lagu korea, haa, xpa2, pasanglah, aq xkisah.." (sakit kepala ja bila dengar)
"pulun study buat pa xtaw! jom la berjimbaa.." (kepala aq bukan jenis last minit preparation)

bukan mengaibkan mana-mana pihak, tapi, kalau aq lagi senang bersendirian dari bersama mereka, aq xrasa chemistry kami kuat. tapi, aq tahu, aq kuat. menangis itu perlu pada sesetengah keadaan. lepas menangis, anda akan rasa kuat. (kuat sikit dari sebelumnya) 

dan, kalau merata mencari teman pendengar masalah duka mu, namun tiada yang sudi, ketahuilah, Dia maha mendengar, lintasan hati bahkan sebelum terlintas lagi semuanya dalam pengetahuan NYA. mengadu pada Dia, apa yang kurang, bukan menangisi takdir, tapi, sebagai menunjukkan kelemahan kita di hadapanNYA. sebagai tanda kita hamba. 

In shaa Allah, tenang dan terang ..

Tuesday, December 11, 2012

Missing ..

Bismillah..

4.20am 
12/12/2012

aku masih menghadap kertas-kertas yang penuh ilmu perbankan. dengan jiwa yang kacau, tapi penuh semangat ingin memenuhi segalanya dalam satu malam. 

*terpandang laptop, masanya mengupdate blog usang. bunyi kipas dan perut ku seakan berlumba-lumba meraih perhatianku..stok bekalan makanan sudah habis dijamah. biarlah dia bekeroncong, apalah sangat lapar ini dibandingkan dengan lapar saudara seislamku di luar sana *pesan aku pada diriku. Dia mula berhenti, seakan memahami..

kata pujangga, waktu remaja paling banyak cabarannya, aku merasakan itu saat ini. bukan penuh dengan masalah cinta, tapi pergolakan emosi, ya, emosiku terganggu, dek kesibukan dalam pelajaran, aku terpaksa menanggung rindu.

mama : adik, baliklah sat hujung minggu nii..
aku : ma, adik banyak esaimen, kalau dan, study week, adik balik sat..
mama : emm, ok lah..

jasadku disini, tapi hatiku di rumah, biarlah rumahku tidak semegah mana, tapi itulah syurgaku. aku rasa selamat di sana, di samping keluarga tercinta. aku bahagia dan menjadi diri aku, bukan lah aku hipokrit, tetapi aku tidak mempamerkan kebiasaanku disini, demi menjaga hati ramai pihak. disini, aku perlu bijak meng'adapt' diri dengan kawan-kawan sebaya, hati mereka perlu dijaga. disana, aku lebih kepada give and take. perasaan aku dijaga, perasaan mereka aku jaga, dan kadang-kadang, saling tidak menjga perasaan, namun timbul kasih sayang yang ikhlas dari hati disitu. seteruk mana aku dimarah, aku sedar, atas dasar sayang semua itu berlaku. kakak dan adik tempat ku luah perasaan. walaupun kami bertiga berbeza, namun darah yang mengalir tetap sama. terkadang, sampai buntu mama, disebabkan karenah 3 anak daranya. kakak memilih untuk menonton drama english, adik ku berminat dengan drama korea, aku pula lebih gemar dengan filem berunsur timur tengah. jadi, siaran tv saling bertukar2 mengikut cita rasa masing-masing, hingga akhirnya, tv terpaksa ditutup, demi memuaskan hati semua pihak. puas! 

tersenyum sendiri memikirkan kenangan itu. aku perlu kuat, bahuku bukan untuk menggalas masalah cinta, crush dan seumpamanya, tetapi di bahu ini terletak tanggungjawab yang lebih besar. aku sedar itu, namun kadang-kadang terleka, kesedaran dari semasa ke semasa sangat perlu, supaya aku tahu diri..

akhir kalam, andai angin itu temanku, akan ku pesan padanya untuk mengirim salam rindu pada keluargaku..(ciplak)

wasalam..

Hati yang mati

Assalamualaikum

Allah beri sedikit sentuhan dan sentapan pada hati, tanda masih ada sekelumit iman, In sha Allah..

Alhamdulillah, hati masih tersentuh melihat penderitaan saudara-saudari kita di Gaza, Syria. Burma dan seluruh pelusuk alam, di mana insan seagama ditindas dengan kejam oleh musuh-musuh Allah.

Namun, apa cukup sekadar tersentuh?

Hati ini tersentap melihat jauh perbezaan hidup kita di tanah bertuah ini dengan nasib mereka di sana..

Hari-hari yang ku lalui sungguh bahagia dan tenteram..adakalanya, menonton cerita-cerita sehingga lewat malam, tergelak-gelak seperti kerasukan, makan sekenyang-kenyangnya, mengata dan mengutuk saudara seislam semahunya, perbuatan lagha berleluasa, Astaghfirullah..bagaiman akan KAU pandang aku nanti di Mahsyar? apa Baginda Rasulullah akan tersenyum padaku dan menyambutku sebagai umatnya, andai bukan kata-kata selawat yang menitir indah di bibirku? bagaimana akan ku jawab persoalan saudara Islamku yang bertanyakan tentang tanggungjawabku pada mereka di dunia dulu? apa aku ditakdirkan hidup bersama mereka di syurga? 

aku sudah ada jawapannya, andai aku terus begini..marilah, buka matamu...jalan jihad ada di depan kita..bukan jihad berperang, tapi jihad melawan hawa nafsu, yang merupakan jihad besar..

campak ketepi nafsumu yang membuak-buak inginkan hiburan, inginkan teman hidup, inginkan kemewahan, inginkan segala macam maksiat yang ditegah Allah..sesungguhnya, ada ganjaran yang menanti, di saat dirimu mengetepi kan hasutan syaitan dan ledakan nafsumu itu, maka berjuanglah, dengan nama ALLAH..

Hidup besederhana, namun penuhi dengan kemanisan iman, bersertakan amal dan bertunjangkan ilmu..

Akhir kalam, sinarkan lah kembali hati yang mati..