Wednesday, February 29, 2012

cinta baru!

Assalamualaikum wbt..

Degree of Islamic Banking ! wah, seriusly saya xthu apa psl banking, apa lg islamic banking..memandangkan saya dlu asasi law..saya cuma tawu sikit2 pasal bisnes law..dan ada blajar skit economy, dan saya tahu itu tak cukup untuk cover wlaupon on the surface je of islamic banking ni..tapi, minat tu ada..so, harap2 islamic banking dapat menggemirakan saya dan dapat melupakan sy pada kekasih lama saya, en. undang-undang..erm, saya terima saya redho, sbb jodoh saya dengan en undang-undang tak panjang..tapi yg saya terkilan sgt, sebab cik MUET! dia lah yang menjadi penghalang cinta saya pada encik undang-undang..dah 3x saya cuba berbincang dengan cik MUET, namun dia tetap jugak nak pisahkan saya dengan encik undang-undang..jadi saya harap sangat cinta akan mula berputik dan berkembang dengan en perbankan islam..erm, encik perbankan islam ni ada bau2 bacang jugak dengan en undang-undang rupanya..sebab tu nnt saya akan bertemu dengan cik bisnes law! harap-harap ia sebuah pertemuan yang indah..hehe! dan kepada cik MUET! terima kasih musnah kan cinta saya dlu..sekarang saya dah ada cinta baru!

wahai en perbankan islam yang saya agak anda mesti hensem! saya minat kat awak! tapi, saya baru kenal awak, belum tahu hati budi awak..jadi saya harap awak jugak macam en undang-undang dulu..walaupon pada mulanya, saya tak sukakan en undang-undang, namun lama2 dia pandai amek hati saya sampai saya jatuh cinta! eh, tengok saya masih belum dapat melunpakan en undang-undang! ahh! saya janji akan setia dengan en perbankan islam, itu pon kalau tak ada yang menggangu hubungan kita..dan saya akan berusaha sungguh2 samapai en perbankan islam sebati dalam hati saya! lupakan en undang-undang!

*celaru! packing barang! here i come shah alam!

Bismillah..

Monday, February 20, 2012

Bolehkah aku bermimpi, wahai dunia?

Salam kuhulur buat dunia.
 Dunia yang fana,tiada bersifat kekal.
 Dari kanak-kanak hingga yang telah berkurun meninggalkan zaman kanak-kanak.
Wajib bagi kalian beriman bahawa dunia ini hanya tempat singgahan sementara.
 Lalu, apa yang berlegar di minda kurniaan Illahi ini?
Mengapa ada waktu kau biar anak kecil meraung melihat familinya terus diratah kezaliman?
Apa pula jadinya dengan pemimpin yang hidup bagai dunia ini tercipta atas namanya, seenak-enaknya melakukan kekejaman, dengan tiada sekelumit rasa simpati?
Ada juga yang santai tanpa tahu-menahu khabar saudara seagama, yang lansung tiada waktu buat berhibur, seperti kalian.
Yang mengaut untung pastinya pihak seberang sana yang beria-ia melaga kita sesama saudara.
Berdiri atas paksi Islam, namun jauh tersimpang dari ajaran agama syumul itu.
Dimana pengertian saudara dalam Islam yang seharusnya kalian hayati?
Bukankah kita sesama Islam bersaudara? Maka, ke mana dicampaknya tali ukhuwwah kita?
Andai ku mampu mencipta mimpi.
Ingin sekali kulihat dunia ini penuh harmonis, tanpa sengketa.
Keadilan menjadi tunjang pemerintahan dunia.
Cinta tersebar meluas umpama angin ke seluruh pelusuk dunia.
Salam menjadi pengikat kita sesama saudara.
Yang berbeza pandangan, bersatu bermesyuarah di bawah satu bumbung rahmatNya,
Andai aku mampu,
Ku yakin masih ada yang berminda waras, 
Bersatulah DUNIA!
Mungkin dalam mimpi sahaja.