Showing posts with label Soal agama... Show all posts
Showing posts with label Soal agama... Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Ruqyah Syari'ah..

Assalamualaikum.. :)


Alhamdulillah, dapat ilmu baru..berkenaan perubatan Islam..di zaman serba moden ni, masih ramai yang menggunakan sihir untuk memudaratkan sesama manusia..ingat tak lagi maksud sihir, ada masa belajar pendidikan Islam sekolah menengah! 


Sihir : menurut bahasa : menggunakan bantuan makhluk halus untuk mendatangkan mudarat kepada manusia.
Sihir : menurut istilah : satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.


kenali jenis-jenis sihir :


1. Sihir Pemisahan Suami Isteri
2. Guna-guna (Sihir Percintaan)
3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
4. Sihir Membuat Orang Jadi Gila
5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
6. Sihir Mendengar Panggilan
7. Sihir Membuat Penyakit
8. Sihir Pendarahan
9. Sihir Menahan Pernikahan


more info : http://dilemaduniaislam.blogspot.com
atau http://www.darussyifa.org/ 


tapi, secara keseluruhannya, Al- quran itu lah sebaik-baik penawar (di samping alternatif lain) untuk mengubat penyakit-penyakit dari makhluk halus..justeru, untuk elakkan diri, dari perkara sebegini, amalkan al-quran dan fahamkan..sebab apa? Al-quran ni syumul! lengkap, semua ada..cuma orang yang benar2 faham dan beriman dengannya yang akan jumpa..



وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ إِلاَّ خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang dzalim selain kerugian.” (Al-Isra`: 82)

خَيْرُ الدَّوَاءِ الْقُرْآنُ
“Sebaik-baik obat adalah Al-Qur`an.” (hadis)
 Jadi, sebaiknya gunakan ayat2 al-quran sebagai usaha menentang makhluk Allah itu..selalunya nak deal dengan makhluk halus ni, atau sihir, peramal perubatan akan perdengarkan RUQYAH SYARIAh kepada si pesakit..kalau pesakit sedar dan masih waras, eloklah dibaca sendiri..tapi, ada situasi pesakit dikawal oleh makhluk halus, maka dia tak boleh pon nak dengar ayat2 Allah, apatah lagi membacanya..jadi, perdengarkan kepadanya RUQYAH  SYARIAH..
apa itu ruqyah? ruqyah atau dalam bahasa melayu nya jampi..terbahagi kepada 2..Ruqyah syariah yakni jampi yang dibolehkan syara..bermaksud bersandarkan ayat2 al-quran dan hadis..lagi 1 ruqyah yang tidak dibolehkan..yang mana, ruqyah ini mengandungi jampi2 yang tidak difahami, menyeleweng dan sebagainya..
Ruqyah digalakkan dibaca dengan kuat kepada pesakit..ada banyak sebab..antaranya,  supaya bacaan dapat didengari dan diperbetulkan jika salah, dan agar tidak timbul fitnah..yelah, kalau baca pelan-pelan, orang nanti syak, dok baca jampi serampah lain..
kalau cerita bab ni, memang tak habis..panjang! boleh laa cari laman2 web yang menceritakan teknik perubatan Islam ni..karangan Ustz haron Din pon bagus juga..lebih terperinci..sebelum tamat entry ni, ada baiknya, dilistkan cara-cara bagaimana nak elak2 dari sihir2 ni..amalkan ya?
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)



2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)





3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)


selain tu, banyakkan berzikir, membaca quran, dan amalkan ayat2 perlindungan seperti :


inshaAllah..banyak kurangnya entry kali ni..tak banyak lagi ilmu tentang ni..boleh laa sama2 godek2 google untuk cari lagi maklumat, kalau berminat..:) wallahualam~ 

*semoga Allah melindungi kita semuaaaa~ Illal liqo'

Wednesday, September 14, 2011

Aku cemburu :')

Assalamualaikum..


Cemburu doe tengok kwn2 memanjang hp bbunyi..msg msuk, mlm2 call sampai lewat2 pg..haha..itu normal..bila single, sunyi menjengah! but, i still can adapt with this situation..


Macammana nak taw seseorang tu, cemburu??


a : buat khianat! 
b : wat muka xpuas ati..
c : canang cerita buruk kat orang lain..


apa pun caranya, cemburu ni bukan selalunya tak baik :) kadang2 ada gak baiknya kita saling mencemburui..contoh dalam situasi anda dan rakan anda mengulangkaji pelajaran, rakan anda lebih memahami subjek tu, jadi cemburu boleh buat anda amek langkah inisaitif untuk lebih memahami subjek tersebut..:)


kalau cemburu yang buruk? maka, jadilah akibat yang mcm2 seperti sihir, fitnha dan sbagainya..


tapi, cemburu sayang pon ade! :) ahaha..contoh, gf sygkan bf nya..so, bila bf nya rapat ngan gurl laen, dia jdi cemburu! ahakz! gatal yer..tak payahla, bila dah jadi hak mutlak, baru boleh nak cemburu2..:)


tapi, ada 1 cemburu yang boleh kita anggap sebagai nikmat! syukur lah kalau DIA yang cemburu..


Allah mencintai kalau hati hambaNya terkait denganNya sendirian dalam kondisi taat! ya..Allah suka kalau kita ni taat pada Dia seorang..tapi, biaselaa manusia ni kadang2 komitment banyak sgt yer..mna dengan kerja lagi, harta lahi..so, sifat2 keduniaan menjauhkan kita dari ketaatan kepadaNYa..justeru, Allah tarik balik dunia kita semata-mata nak kita sibukkan diri dengan Dia :) hah! ini namanya cemburu Allah, yang lain dari cemburu hambaNya..


jadi, janganlah bila kita tersisih di dunia..xde kerja, xda kwn, xde kekasih dan sebagainya..sebab kita ada Allah! Dia pendamping kita yang setia! Kesimpulannya..istiqomahlah dalam kepercayaan bahawa Allah itu satu-satunya tempat kita bergantung!! 


"YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI INI AGAR SETIAP DETIK MENGINGATIMU!!"


sumber rujukan : teks damainya hidup bersama Ilahi, karya Ustaz Asyraf Ridzuan (IMAM MUDA) dalam buku GenQ..dapatkan di pasaran :) Rm 7.00

Saturday, September 10, 2011

Marahhhhh!

Assalamualaikum :)


Bismillah..


nak crita sikit..biasa nya (selalunya) time kita dok marah, ayt2 bombastik mesti keluar dari mulut kita..kadang2 kita cakap tu, tanpa niat! tapi, sebab marah sgt ni lah jadinyaa :


a) "hai! awatlah muka hang mcm B*** xtaw!"
b) "p M**POS laa! Mati pon aku xheran!!"
c) "anak H*R*M betul!"


ayt2 nyaa memang kasar..jarang sangat kalau kita marah kita sebut macamni :


a) astaghfirullahalazim :)
b) lebih baek aku diam..
c) Ya Allah, tenangkan aku...
dan seumpama dengannya..


biasala, time marah, tambah2 org yg baran ni, emosinya xterkawal bhai! kadang2 kita yg dengar dia marah ni, rasa tsentak gila..sentap siot! adui, wlaupon kita taw dia xbniat, tapi...makan dalam kot! bila kita marah, org laen pulak terasa kan..


so, basically, bila kita marah, syaitan yang dok menghasut kita..dok bagi semangat utk kita jadi lebih marah! dah macam cheerleaders kat padang tu haa..dok sorak2 gembira bila kita jaringkan goal!


jadi, bayangkan..lagi kita marah, lagi depa dok syok..so, macammana nak bagi depa ni dok sengap sat? cammana nk control marah tu, biaq syaitan2 ni sruh kita marah, tapi, kita still cool dan tenang, macammana sifat Rasulullah SAW yang sentiasa tenang walaupun dalam situasi yang boleh mendatangklan marah? 


kata org, bila marah, amek wudhu..sbb apa? bila wudhu, syaitan xberani nak dekat..


selain tu, bolelaa amalkan doa2 seperti : ::)



A'UUDZU BILLAAHI MINASSYAITHOONIR RIJIIM. ALLOOHUMMAGHFIRLII DZANBII WA ADZHIB GHOIZHO QOLBII WA AJIRNII MINASSYAITHOON
Artinya dalam Bahasa Indonesia :
“ Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah ampunilah segala dosaku, hilangkan marah di dalam hatiku dan peliharalah aku dari godaan syeitan yang terkutu
Wallahualam :) 
*xnak marah2, nanti muka cepat tua..tak awet mudeee! :P

Wednesday, August 31, 2011

Sunyi dan kekosongan...

Salam Alaik~ btw, Salam Aidilfitri, kawan-kawan, maaf zahir dan batin..


ok, berbalik kepada topik di atas, berapa ramai dari kita yang selalu kebosanan bila bersendirian..sunyi?? katanya jiwa kosong laa..perlu teman laaa? haa..tak dinafikan , kitakita ni selagi namanya remaja, maka basically hidup nak enjoy je! (yang penting, kite enjoyyyy :P) kan? budaya hedonism..tak bole hiduplah tanpa kawan-kawan yang sama kepala ni..xdak orang nak bersembang, nak keluar karoke, kluar wayang, main bowling (normal..hidup budak2 U la konon)..


tapi, kita perasan tak, bila kita sendirian tu lah, kita akan tunjukkan the real diri kita..jadi, jangan laa nak asyik berteman aje, sekurang-kurangnyaa spend time untuk diri jugak..:) haa, macam orang gila? spend time ngan diri..(karoke sorg2, main bowling sorg. wayang sorg2)..nope! bukan tu! think of other important think bout ourself! fikirkan sedalamnya, nasib kita..jangan nak melayan sangat rasa sunyi tuh!


Tidak kah anda terfikir satu hari nanti, kita memang akan sendirian..dalam lliang lahad yang belum tentu luas dan cerahnya,,sendirian bila di'interview' oleh malaikat Allah? so, be rational! bukan semua kawan kita akan ada dengan kita selamanya..so, jangan pernah merasa sunyi, bila kawan-kawan ignore kita, tak nak kawan kita, pinggir kita dan sebagainyaa..sebab kita ada DIA di hati kita..:)


DIA yang mengasihi kita dengan setulus ikhlas kasih sayang! DIA yang tak pernah tinggalkan kita walau sesaat! DIA yang terlalu lalu dekat dengan kita, malah lebih dekat dari nadi kita sendiri, DIA yang selalu dengar luahah-luahan hati kita, DIA yang selalu memerhati dan menemani kita tanpa bosan, DIA yang selalu dengar dan turuti permintaan kita, DIA yang tetap menyanyangi kita, walaupun kita selalu mencurangi DIA!


jadi, why not kita spend time dengan DIA ni? kita tak pernah sendirian wahai sahabat! 


*bebaskan diri dari kesunyianmu, cari dan bertemankan DIA.. 

Thursday, July 28, 2011

Kelebihan Ramadhan :)

Assalamua'laikum..


Kelebihan bulan Ramadhan :)



1. Dibuka Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka Dan Dibelenggu Syaitan:

Apabila tiba Ramadhan:
i. dibuka pintu-pintu syurga [Bukhari/1765]
ii. dibuka pintu-pintu Ar-Rahmah [Muslim/1794]
iii. dibuka pintu-pintu langit [Bukhari/1766]
iv. dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. [Muslim/1793] [Muslim/1764] [Muslim/1793] [Muslim/1794] [Bukhari/1766]

2. Memperoleh Kebaikan Apabila Bersegera Berbuka Puasa:

Tidaklah hilang kebaikan bagi manusia selama mana mereka bersegera dalam berbuka puasa [Muslim/1838] [Bukhari/1821] [Muwattha’/561] [Muwattha’/562]

Telah datang aku (Abi `Atiyyah) dan Masruq kepada `A’isyah dan berkatalah kami: “Wahai Ummi l-Mu’minin, dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam, salah seorang dari keduanya menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat, dan seorang lagi melambatkan berbuka puasa dan melambatkan solat”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Yang manakah di antara keduanya yang menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat?”
Dia (Abu `Atiyyah) berkata: Berkatalah kami (Abu `Atiyyah dan Masruq) “`AbduLlah iaitu Abu Mas`ud”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Itu sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam”. [Muslim/1839] [Muslim/1840]


3. Memasuki Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. [Muslim/1947] [Bukhari/1763]


4. Diampunkan Dosa Lampau:

Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. [Muslim/1266] [Muslim/1267] [Bukhari/1768]

Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu [Muslim/1268] dan sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Lailatu l-Qadr dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. [Muslim/1268] [Bukhari/1768]


5. Kelebihan Lailatu l-Qadr:

Lailatu l-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan [Surah Al-Qadr/3]

Bilakah Lailatu l-Qadr ?

(i) 7 Malam Terakhir:

Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam telah bermimpi melihat Lailatu l-Qadr pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah SallaLlahu `alaihi wasallam berkata: “Mengikut pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh yang terakhir”. [Muslim/1985]

Carilah Lailatu l-Qadr pada tujuh yang terakhir [Muslim/1986]


(ii) 10 Malam Terakhir:

Maka sesiapa yang mencarinya (Lailatu l-Qadr) maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir. [Muslim/1990]

Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr kemudian sebahagian dari ahli keluargaku mengejutkan aku lalu aku lupa akannya, maka kamu carilah ia pada sepuluh yang berbaki (sepuluh malam terakhir). [Muslim/1992]


(iii) 10 Malam Terakhir Yang Ganjil (Tidak Genap):

Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh malam terakhir yang ganjil. [Muslim/1993] [Muslim/1995]

Seorang lelaki bermimpi bahawa Lailatu l-Qadr pada malam ke-27, maka berkatalah Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam: “Pada pandanganku mimpi kamu pada sepuluh yang terakhir, maka tuntutlah ia pada yang ganjil darinya (carilah Lailatu l-Qadr pada 10 malam terakhir yang bilangannya ganjil. [Muslim/1987]


(iv) 10 (Atau 9) Malam Terakhir:

Carilah kamu Lailatu l-Qadr pada sepuluh terakhir - atau dia berkata - sembilan terakhir. [Muslim/1991]


(v) 10 Malam Terakhir Atau Jika Tidak Mampu 7 Malam Terakhir:

Carilah ia pada sepuluh yang terakhir – iaitu Lailatu l-Qadr – maka jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah lemah (tidak mampu) pada tujuh yang berbaki (kuatkanlah diri untuk mencari Lailatu l-Qadr pada 7 malam terakhir jika tidak mampu mencari pada sepuluh malam terakhir). [Muslim/1989]


(vi) Malam Ke-27:

Dari Ubai bin Ka`ab dia berkata: Berkata bapaku tentang Lailatu l-Qadr, “Demi Allah, sesungguhnya memang aku mengetahuinya”. Berkata Syu`bah, “Dan petunjuk paling besar (tentang Lailatu l-Qadr) ialah malam yang RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam memerintahkan kami dengan qiyam (solat malam) padanya, iaitu malam ke-27”. [Muslim/2000]


6. Ganjaran `Umrah Pada Bulan Ramadhan:

Apabila tiba Ramadhan maka kerjakanlah `umrah kerana mengerjakan `umrah padanya (bulan Ramadhan) sama dengan (ganjaran) mengerjakan haji. [Muslim/2201] atau mengerjakan haji bersama-sama aku (RasuluLlah) [Muslim/2202]


7. Sebagai Pelindung:

Puasa itu pelindung. [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1943] [Muslim/1944]


8. Bau Mulut Orang Berpuasa Lebih Harum:

Dan demi diriku (Muhammad) yang di Tangan-Nya, sememangnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah Ta`ala (pada hari Qiyamat) dari bau al-misk (minyak wangi). [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]


9. Ganjaran Berpuasa Dibalas Khas Oleh Allah:

Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untuk Aku, dan Aku yang akan memberi ganjaran akannya. [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944] 

Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya dan minumannya dan syahwatnya untuk Aku, puasa buat-Ku dan Aku yang akan mengurniakan ganjaran buatnya berserta kebaikan dengan sepuluh (ganda) yang seumpama dengannya. [Bukhari/1761]


10. Mendapat Dua Kegembiraan:

Dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-duanya: apabila dia berbuka puasa dia bergembira (dengan iftarnya) dan apabila dia berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. [Bukhari/1771] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]


11. Dijarakkan Wajahnya Dari Neraka:

Tidaklah seseorang hamba berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (sabiliLlah), melainkan kerananya Allah menjarakkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim luruh. [Muslim/1948] [Muslim/1949]


Sumber : 
http://al-fikrah.net/News/article/sid=757.html

Thursday, June 30, 2011

Kerana ALLAH atau...

Assalamualaikum..


Berfikir sejenak..


Mendengar ceramah dari ustz Zul semalam, membuatku terfikir..


Betul ka kita ni solat kerana Allah? Atau kerana benda lain..contohnya, solat subuh, yang paling susah sekali laa nak buat! kata Ustz Zul, seorang ahli bina badan yang di waktu paginya boleh mengangkat berat yang berpuluh2 kg, tapi, bila time subuh, nak tolak sehelai kain selimut pon berat! haih..ada betulnyaa..ya lah, syaitan laknatullah punya godaan tu, bertenggek kat mata..ok, fine! kalau hari bekerja, alhamdulillah kita solat subuh..bangun, siap2, solat around pukol 6.30..kalau hari minggu??? haa..ada la yang terlepas subuh, terlajak waktu dan sebagainyaa..kenapa? sebab hari bekerja kita solat sebab NAK PERGI KERJA..cuba kalau waktu cuti? waktu solat pun terlepas..tak bangun! silap tu! kena ubah dari sekarang..KITA SOLAT BUKAN SEBAB NAK PERGI KERJA..tapi, KITA BANGUN SEBAB NAK SOLAT KERANA IA PERINTAH ALLAH DAN SEBAB KITA BANGUN SOLAT, MAKA KITA SEMPAT PERGI BEKERJA!...insyaallah! kalau pun susah nak mengikhlaskan solat kita kerana Allah, kita buat berulang-ulang kali, insyaallah, lama-lama ikhlas tu akan wujud! Set dalam mind! setiap hari aku bangun subuh, untuk solat sebab memang aku nak solat..sebab TUAN aku suruh aku buat! sebab Allah tengok kita..bukan atas sebab lain..lama-lama, kita akan mengikhlaskan diri kerana Allah! insyaallah, amin!~


Wasalam..;)


*renung-renungkan dan selamat beramal!

Saturday, June 4, 2011

Kafarrah dosa..

Assalamualaikum .. alhamdulillah sekiranya masih sihat dan boleh lagi beramal untukNya..


bagaimana sekiranya tidak??
tak kiralah sakit apa sekalipun..sakit tua, sakit kepala, sakit perut~

aduh! memang tak syiok lah perasaan bila sakit ni..sampai terpaksa tuang kelas..nak ke unit kesihatan pulak, malas..kena beratur panjang..


Ya allah! sakit ni, memang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan ujian sakit yang menimpa nabi mu, nabi Ayub..ya allah berilah ku kekuatan..aku tahu, kau sedang menguji cintaku padamu..aku tahu kau sedang menunjukkan rasa cintaMu padaku..


Bila sakit datang, barulah kita teringat nak balik pada Allah..nak memohon doa untuk kesembuhan..kalau tak, kadang-kadang kita lupa Dia..Allah itu maha pemurah, Dia bukak jalan untuk kita selalu ingatkan Dia, selalu dekat dengan Dia..Subhanallah!~


Dengan rasa sakit, akan menjadi kaffarah dosa buat kita! yang ni yang untungnya orang sakit! bila sakit, kita redha, Allah akan anggap sebagai penghapus dosa-dosa kita yang lalu! so, jangan merungut bila sakit..bersyukurlah, Allah masih memandangmu, dan menginginkanmu untuk berada dalam list kesayanganNya..;))


Tambahan, bila kita sakit, tapi kita gagah jugak buat ibadah kerana Allah, maka besar ganjaran yang menanti..so, tahan ja lah sakit tu! insyaallah, pulangan yang menguntungkan menanti anda..jangan persoalkan kenapa Allah bagi rasa sakit tu pada kita, dan bukan orang laen..ada hikmahnya..yang tersirat dan tersurat..


jadi, mari jadikan rasa sakit tu sebagai tiket untuk kita dekatkan diri padaNya..di samping, berdoa agar diberi kesembuhan dan dapat beribadah seperti biasa..;))


Wallahualam..;))

Sunday, May 8, 2011

Godaan-godaan ketika sakaratul maut..

Assalamuala'laikum WBT..

Syukur alhamdulillah masih bernyawa dan boleh lagi collect bekalan untuk ke alam sana..

Selagi laptop ni depan mata, jari ni, tak henti-henti nak menari atas keyboard dengan perintah dari akal..;)

so, posting kali ni, nak cerita apa ya?

Ok, dah dapat idea..pernah tak kalian terfikir, kat alam sana nanti macam mana perjalanannya? pernah dengar ustaz, ustazah kita cerita tak? mesti ada kan..klu tak dak tu, hampa yang tak amek port time ustaz, ustazah hampa cerita..hehe..

Saya pon lebih kurang gak rasanya..;) tapi, seingat saya, akhir form4 (kalau tak silap), saya ada beli buku pasal topik ni..tajuknya 'ALAM SESUDAH MATI'..harga promotion rm 5 ja time beli tu..mmg agak menarik buku ni, tu yang beli tu..disusun oleh Muhammad Zuhair ..;) baru-baru ni, terjumpa balik buku ni..dan mula membaca kembali! tapi, mmg belum khatam pun buku ni..hehe..so, saya nak kongsi sikit lah ye, apa yang buku ni cerita..

Antara yang menarik, bab 2- godaan-godaan di ambang sakaratul maut!

bersabda baginda Rasulullah Saw:


‘bahawa syaitan itu akan datang kepada seseorang itu sebelum matinya (di dalam sakratul maut ). Katanya : hendaklah engkau mati dalam agama yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani. ’(riwayat tarmizi dan nasa’i)




Syed Abdullah Al- Fatani menulis dalam karya bukunya Karya Gul Gummah hal 17 sebagai berikut : Ketika itu dating se ekor syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis katanya : Hai anakku. Aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan bersusah payah dan telah memiliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan se ekor syaitan lagi menyerupai bapa yang telah meninngal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang malam aku mencari nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah agama Nasrani karana itulah sebaik agama. ( Dikutip dari Kasyaful Gumma halamn 17-18)

 Allahuakbar! bantulah kami..tak taw lagi tetap ka tidak iman kita nanti..

oleh sebab itu, setiap kali selesai sembahyang, biasakanlah berdoa seperti berikut :


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّاب 
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. 

Wallahualam..

Monday, April 25, 2011

Wahai Wanita~

Assalamualaikum, salam ukhwah!


Tadi, masa saya usya-usya fb kawan-kawan, saya terjumpa 1 slot ceramah Ust Kazim Elias..Siapakah beliau? Ustaz ni pengerusi Pusat Pendidikan Al- Barakah. Beliau juga  menyampai kan kuliah dan ceramah pada orang ramai..rajin-rajinkan la diri pi tengok ceramah dia, dalam youtube pon ada..lawak ustaz ni..mantap lah! ok2, back to d topic! di Fb Fatin Safwanah la ni..saya pon dengar tgok apa ustz ni nk ckpkan..masalah wanita zaman sekarang!


Ya, wanita..Wanita hiasan dunia! Hiasan duniakah, kalau pakai baju mencocok mata? Tunjuk pusat? nampak habeh semua perhiasan dalaman? Hiasan duniakah, kalau bermanja-manja d telefon dengan yang bukan mahram? Hiasan duniakah, kalau bergaul bebas dengan lelaki ajnabi? Hiasan duniakah kalau mengizinkan tangan2 kotor hinggap dan menikmati tubuh mereka? Hiasan duniakah, kalau cakap dengan suara lantang, terpekik2? Hiasan duniakah kalau cantik mukanya dengan tempekkan make up yang over dan bukan nya dihiasi nur air sembahyang? Masyaallah~ 


Bukan saya menghina golongan sebegini, tidak sama sekali! mungkin mereka lebih baik dari saya! mungkin akhirnya mereka lembali ke jalan Allah..mungkin suatu hari, mereka akan menjadi hiasan dunia yang sebenar-benar..


Apa pesan Rasulullah? Baginda menyuruh kita menjaga kaum Muslimat! Jaga! Annisa..Annisa..Annisa. begitulah sayangnya baginda pada kaum wanita! Tapi, umat sekarang jaga tak kaum wanita kita ni? Perati elok2! kalau anda lihat seorang wanita ISLAM sedang bercumbu-cumbuan dengan lelaki kafir..apa yang anda akan lakukan?


Kemungkinannya?


*Fuhh! Boleh buat wayang depan public macamni?
*Eh, anak sapa la? Biaq p la, BUKAN ANAK AKU!
*Fuyoo! berani mati beb!
*ish2, teruk-teruk!


Lebih kurang begini lah reaksi kita..tapi, tak amik action pon..last sekali biar ja benda tu terjadi..bukan apa, depa tu BUKAN AMILY KAMI! TAK MAHULAH MASUK CAMPUR URUSAN ORANG! AKU PUN BUKAN ALIM SANGAT! BIAQ LA! KUBUR MASING-MASING KAN! UIH! TAK BERANI LA..


Amboi, cakap macam lah kita ni xdak pertalian langsung..bukankah kita saudara sesama Islam? Nabi ajaq kita, cara cegah kemungkaran..first sekali, pakai tangan (action), kalau tak mampu? pakai mulut (kata-kata)..dan kalau pun masih tak mampu, pakai Hati (mmbenci dengan hati, dan itulah selemah-lemah iman)..


Tangan : pergi ke wanita yang sedang bercubuan tu, dan terus menarik nya dari terus bercumbuan..
Lidah : "saudari, maaflah..tapi, saudari dah mencemarkan nama dan imej Islam dgn perbuatan terkutuk ni!"
Hati : Hati berbisik, "Ya allah, bencinya aku dengan maksiat ini!"


ok, nabi dah ajaq kat kita macammana nak cegah kemungkaran depan mata kita! so, lindungilah kaum wanita kita! jangan biar hiasan dunia ini tercemar dek budaya yang tak ketahuan! Dan pesanan buat kaum wanita sekalian, jaga diri dan maruahmu, ya ukhti ku!


Ingatlah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebagainya..


Lelaki mana yang mahukan perempuan *pakai buang sebagai isterinya?
Wanita yang dicari ialah mereka yang meletakkan Allah di tempat pertama dlm segala hal..
Wanita yang apabila memandangnya, tenang hati yang resah..
Wanita yang kesempuarnaannya bukan pada paras rupa tapi pada akhlaknya..
Wanita yang manis dan terpancar sinart keikhlasan dalam dirinya..
Wanita yang menunduk pandangan tika berhadapan dengan lelaki..
Wanita yang bersih hatinya dan tinggi imannya..
Wanita yang mampu bersama-sama menuju jalan yang diredhai Illahi..


Sekian, 
JADILAH WANITA SOLEHAH YANG JUGA MERUPAKAN HIASAN DUNIA, DAN BIDADARI DI AKHIRAT! ;) Insyaallah..

Sunday, April 24, 2011

Ujian Allah

Assalamulaikum, para sahabatku!


Pernah tak hampa kadang-kadang menyesal dengan something dalam hidup kita? Pernah tak terfikir kenapa Allah menguji kita dengan seteruk-teruk ujian (katanya lah, tak fikir ramai lagi yang diuji lagi teruk). Pernah tak kita berputus asa dengan hidup?


*Baik aku mati lah macamni!
*Adoi, apalah malang nasib aku ni!
*Ya Allah, apa salahku, sampai kau ujiku sebegini rupa? (ayat drama-drama selalunya)


Hah, pernah dengar tak luahan hati macam ni? Pernah cakap tak? Recall balik! Hurm, saya pun pernah..Tapi, kita sebenarnya kena terima semua ketentuan dan takdir Allah..Pasaipa? Haa..Sebab *beriman pada Qhada dan Qadar* ialah Rukun Iman yang ke??? haa? lupa pulak! ya, yang ke 6..pandai, adik-adikku! Hurm, dalam enam-enam rukun iman tu, kalau kita tak percaya pada salah satu daripadanya, maka jadilah kita orang Islam yang tidak beriman dengan sebenar-benarnya Iman!


Jadi, untuk menjadi umat Islam yang benar-benar beriman, kita mesti terima semua benda yang jadi pada diri kita..terima dengan baik, dan redha..segala ujian yang allah bagi kat kita adalah untuk menguji tahap pencapaian iman kita..selain tu, Allah uji kita untuk mengampunkan dosa-dosa kecil kita..so, ingat senang ka? kita dapat pengampuanan dr dosa-dosa kecil..untunglah!


pernah dengar tak?


Allah tak akan menguji hambaNya, melebihi kemampuan hambanya..


so, jangan lah kita lemah sangat!set mind kita, kita tak lemah, kalau kita lemah, Allah tak kan uji kita..kita hambaNya, Dia tahu takat kemampuan kita..jadi, terima semua ujian dengan hati terbuka..insyaallah, ganjjaran setimpal dari Nya menanti..amin..

Tuesday, April 19, 2011

PEMAAF

Assalamulaikum  :)


wee ~~ bru dpt idea nk wt entri pasal PEMAAF d pg yg hening nie..^^ wana nk crta 1 ksah pasal pemaaf..


 pnh dgr x ayat nie ??

# aku xkan maafkan hang smpai bla2 !!!  (agak kjam)  huhu
                 
                   xpun


# a : sedangkan nabi blh maafkan umatnya, xkan hang x blh??
   b : tu nabi la..aku bukan nabi..


 brani btol kta ckp cm tu...kta kna sedar, sbg manusia kta perlu memaafkan ksalahan org laen..sdgkan Allah blh ampunkan hambanya.. cer korg fkir2 kan..walau cmna dorg wt korg sakit hati..maafkan la..^^ ht korg akan lebih tenang..


jom kta bca 1 kisah sahabat nabi nie..:)




Al - Ahnaf bin Qais adalah slh sorg sahabat nabi yg mulia. Beliau berasal dr Bani Tamim.Beliau d pggl " al-ahnaf " krna kecacatan di kakinya...Budi pekertinya refleksi akhlak Nabi s.a.w. Betapa harumnya nama Al-Ahnaf shgga d umpamakan , " lbh lemah - lembut berbanding al - ahnaf (ahlam min al-ahnaf)


Pernah d riwayatkan suatu hari ada seorg lelaki mngutuk dan mngeji al-Ahnaf..taw x apa yg al-Ahnaf wat?? al-Ahnaf pergi dr tmpat tu tnpa ckp membalas kejian dan makian tersebut..klau kta ?? huhu..wallahualam..kejian dan makian tersebut tdk diendahkan , seolah2 msuk tlga knan kluar tlga kri..nmun lelaki tu trus mgutuk al-Ahnaf..Lagak al-Ahnaf  masih seperti tadi, seperti tiada apa yg blaku..


Sebaik shj menghampiri kwasan kediamannya,al-Ahnaf berhenti. Langkahnya kaku. Di pandang lelaki yg mgutuknya tadi lantas bkata " Jika masih ada apa2 yg ingin kau katakan, maka luahkanlah skrg sblum pghuni kejiranan ini mendengar kata2mu dan menyakitkan mu..MasyaAllah..baiknya Al-Ahnaf nie..klau kta blum tentu cmnie.. 


Dlm kisah laen plak, seorg lelaki mgutuk dan mngejinya..Al-Ahnaf cm biasa..diam tnpa berkata apa2.Lelaki tu x pts asa, tetap trus misinya mghina al-Ahnaf smpai la wktu mkn tgh hari...Al- Ahnaf bkata pd lelaki tersebut " Ini mknan tgh hri kami. Jom makan bsama kami." 
Subahanallah... Al-Ahnaf baek dgn org yg mghinanya..


Ajakan Al-Ahnaf itu bersungguh2..ikhlas dr htnya..Bukan ajak2 ayam yg nk perli atau sindir..Lelaki tersebut malu.. Usahanya sia2 dan xda apa2 manfaat pun..


Demikian lah akhlak al-Ahnaf yg lmh lmbt, pemaaf, tak berdendam, tak baran , malah berhikmah dlm mghadapi sbrg situasi.. :)


Itulah akhlak al-Ahnaf...moga2 kita blh mncontohi akhlak beliau..
SABAR...itulah yg tbaek..^^


# sblum nk tdur nnt, maafkan la smua org yg kta knal dgn ikhlas.. :)

Tanda-tanda hampir dengan sakaratulmaut!

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh
mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam
akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar
atau tidak sahaja.



Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran
atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti
daging lembu yang baru saja disembelih
dimana
jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati
bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini
akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.




Tanda 40 hari sebelum hari mati



Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-
denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama
kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas
Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya
ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat
maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini
akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang
akan dicabutnya.




Tanda 7 hari



Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk
makan.




Tanda 3 hari



Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan
ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian
sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya
akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh
ke depan dan sukar ditegakkan.




Tanda 1 hari



Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana
ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.




Tanda akhir



Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.






Sesengguhnya mengingati mati itu adalah
bijak





forward this buletin...may ALLAH SWT bless
you.




saling berpesan2lah sesama kita 
0

Sakaratul Maut!!

Sakaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!!!!
Dahaga!!!!!!!
Haus!!!!
Panassss!!!!!!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!!!

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!!!!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaak!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!
Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!!

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! 

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!! 

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?!



Videonya :