Thursday, October 6, 2011

Ruqyah Syari'ah..

Assalamualaikum.. :)


Alhamdulillah, dapat ilmu baru..berkenaan perubatan Islam..di zaman serba moden ni, masih ramai yang menggunakan sihir untuk memudaratkan sesama manusia..ingat tak lagi maksud sihir, ada masa belajar pendidikan Islam sekolah menengah! 


Sihir : menurut bahasa : menggunakan bantuan makhluk halus untuk mendatangkan mudarat kepada manusia.
Sihir : menurut istilah : satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.


kenali jenis-jenis sihir :


1. Sihir Pemisahan Suami Isteri
2. Guna-guna (Sihir Percintaan)
3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
4. Sihir Membuat Orang Jadi Gila
5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
6. Sihir Mendengar Panggilan
7. Sihir Membuat Penyakit
8. Sihir Pendarahan
9. Sihir Menahan Pernikahan


more info : http://dilemaduniaislam.blogspot.com
atau http://www.darussyifa.org/ 


tapi, secara keseluruhannya, Al- quran itu lah sebaik-baik penawar (di samping alternatif lain) untuk mengubat penyakit-penyakit dari makhluk halus..justeru, untuk elakkan diri, dari perkara sebegini, amalkan al-quran dan fahamkan..sebab apa? Al-quran ni syumul! lengkap, semua ada..cuma orang yang benar2 faham dan beriman dengannya yang akan jumpa..



وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ إِلاَّ خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang dzalim selain kerugian.” (Al-Isra`: 82)

خَيْرُ الدَّوَاءِ الْقُرْآنُ
“Sebaik-baik obat adalah Al-Qur`an.” (hadis)
 Jadi, sebaiknya gunakan ayat2 al-quran sebagai usaha menentang makhluk Allah itu..selalunya nak deal dengan makhluk halus ni, atau sihir, peramal perubatan akan perdengarkan RUQYAH SYARIAh kepada si pesakit..kalau pesakit sedar dan masih waras, eloklah dibaca sendiri..tapi, ada situasi pesakit dikawal oleh makhluk halus, maka dia tak boleh pon nak dengar ayat2 Allah, apatah lagi membacanya..jadi, perdengarkan kepadanya RUQYAH  SYARIAH..
apa itu ruqyah? ruqyah atau dalam bahasa melayu nya jampi..terbahagi kepada 2..Ruqyah syariah yakni jampi yang dibolehkan syara..bermaksud bersandarkan ayat2 al-quran dan hadis..lagi 1 ruqyah yang tidak dibolehkan..yang mana, ruqyah ini mengandungi jampi2 yang tidak difahami, menyeleweng dan sebagainya..
Ruqyah digalakkan dibaca dengan kuat kepada pesakit..ada banyak sebab..antaranya,  supaya bacaan dapat didengari dan diperbetulkan jika salah, dan agar tidak timbul fitnah..yelah, kalau baca pelan-pelan, orang nanti syak, dok baca jampi serampah lain..
kalau cerita bab ni, memang tak habis..panjang! boleh laa cari laman2 web yang menceritakan teknik perubatan Islam ni..karangan Ustz haron Din pon bagus juga..lebih terperinci..sebelum tamat entry ni, ada baiknya, dilistkan cara-cara bagaimana nak elak2 dari sihir2 ni..amalkan ya?
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)



2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)





3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)


selain tu, banyakkan berzikir, membaca quran, dan amalkan ayat2 perlindungan seperti :


inshaAllah..banyak kurangnya entry kali ni..tak banyak lagi ilmu tentang ni..boleh laa sama2 godek2 google untuk cari lagi maklumat, kalau berminat..:) wallahualam~ 

*semoga Allah melindungi kita semuaaaa~ Illal liqo'

No comments:

Post a Comment