Wednesday, January 4, 2012

Mimpikan mu..

Bismillah..

Satu malam, aku mendapat mimpi..mimpi tentang seorang yang sangat-sangat aku rindu..yang tak mungkin aku dapat bertemu lagi dengannya, melainkan di alam akhirat..aku mimpikan abah..aku tak dapat ingat setiap detik dalam mimpi tu..tapi, aku nampak wajahnya..aku sembang dengannya..aku peluk abah kuat-kuat..waktu tu, aku dapat rasa satu kebahgiaan dalam diri aku..aku rasa abah ada dalam pelukanku..aku tak dapat ingat apa yang buat abah marah denganku..tapi, marahnya seorang abah tak bertahan lama..tak lama lepas tu, abah senyum padaku..tiada lagi riak marah..dan abah terus tidur..bila aku sedar, YA..ABAH DAH TIDUR BUAT SELAMANYA..

Allahuakbar! terima kasih, Ya Allah..Kau makbulkan doaku untuk bertemu dengan abah lagi..walaupun dalam mimpi..aku mengharapkan pertemuan yang lebih bermakna selepas ini..PERTEMUAN INDAH DI FIRDAUSI..al-fatihah.

Aamin..

No comments:

Post a Comment