Salam kuhulur buat dunia.
Dunia yang fana,tiada bersifat kekal.
Dari kanak-kanak hingga yang telah berkurun meninggalkan zaman kanak-kanak.
Wajib bagi kalian beriman bahawa dunia ini hanya tempat singgahan sementara.
Lalu, apa yang berlegar di minda kurniaan Illahi ini?
Mengapa ada waktu kau biar anak kecil meraung melihat familinya terus diratah kezaliman?
Apa pula jadinya dengan pemimpin yang hidup bagai dunia ini tercipta atas namanya, seenak-enaknya melakukan kekejaman, dengan tiada sekelumit rasa simpati?
Ada juga yang santai tanpa tahu-menahu khabar saudara seagama, yang lansung tiada waktu buat berhibur, seperti kalian.
Yang mengaut untung pastinya pihak seberang sana yang beria-ia melaga kita sesama saudara.
Berdiri atas paksi Islam, namun jauh tersimpang dari ajaran agama syumul itu.
Dimana pengertian saudara dalam Islam yang seharusnya kalian hayati?
Bukankah kita sesama Islam bersaudara? Maka, ke mana dicampaknya tali ukhuwwah kita?
Andai ku mampu mencipta mimpi.
Ingin sekali kulihat dunia ini penuh harmonis, tanpa sengketa.
Keadilan menjadi tunjang pemerintahan dunia.
Cinta tersebar meluas umpama angin ke seluruh pelusuk dunia.
Salam menjadi pengikat kita sesama saudara.
Yang berbeza pandangan, bersatu bermesyuarah di bawah satu bumbung rahmatNya,
Andai aku mampu,
Ku yakin masih ada yang berminda waras,
Bersatulah DUNIA!
Mungkin dalam mimpi sahaja.
No comments:
Post a Comment