Assalamualaikum..
Romeo? siapa romeoku? okay, si dia yang sentiasa dalam doaku..baiklah, wahai encik, saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda, kerana sedar, saya ada tanggungjawab yang lebih besar kepada Tuan diri ini dan juga keluarga tercinta..
pergilah dikau..jauhkan dirimu dariku! andai jodoh, pasti kan bersatu jua..;)
harapan keluarga yang terbeban dibahu ini, tak kan ku sia-siakan hanya kerana mu, wahai Romeo..walaupun kau sempurna padaku, tapi, tiada ertinya andai aku terlalu mengejar dirimu, dan keciciran benda yang lebih sangat amat penting dalam hidupku..:)
pergilah, pergi jauh wahai encik! jangan membebani fikiranku lagi..aku mahu lari jauh dari dirimu..supaya impian-impian ku kan tercapai..selepas itu, ku kan mencarimu..andai kau masih menungguku..
pemilik nyawaku sedang memerhatiku..tak mahu aku tersasar jauh dari landasan selamat hanya kerana kasih ku padamu..maaf! keluarga ku lebih penting buatku..
pandai-pandailah dikau menjaga dirimu, encik! :)
doakan kita bersatu jua akhirnya, dalam perhubungan yang lebih bermakna..
wasalamualaikum..
*hidup hanya sekali, jadi kita ENJOY lakukan terbaik untuk kehidupan dunia dan yang pasti berkekalan AKHIRAT :)
Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirrahim..
Ini coretan ikhlas untuk insan bernama Mohamed Shaffiee bin Ahmad..

"Abah, adik tak pernah rasa puas dengan kasih sayang yang abah bagi..terasa diri ini disayangi saat abah mengucup dahi ini..dan pesanan abah yang sentiasa di hati " adik, belajar rajin2..abah sentiasa doakan adik! "..ok, adik try yang terbaek..bila pandang mata abah, sebenarnya hati ni menangis..nampak sangat raut tua dan penat, tapi abah tetap bekerja kuat dalam kepenatan dan kesakitan yang abah alami untuk cari nafkah untuk anak-anak..berjuanglah, abah! semoga Allah melihat keikhlasanmu dalam berjuang demi anak-anakmu..sedih, bila terpaksa minta duit dari abah..adik akan belajar sungguh-sungguh, sebagai balasan! terima kasih sebab mendoakan adik..adik nampak abah sangat gembira, bila taw adik nak sambung study dalam bidang ni..abah menaruh harapan di bahu adik sekarang! adik nampak abah seronok bila adik gtaw abah pasal result adik, alhamdulillah! senyuman tu bagi adik semangat! adik berjaya atas doa abah dan mama jugak, serta keberkatan darinNYA..adik sedang berjuang, mungkin bila2 masa ja akan terkandas di tengah jalan, so, adik sangat mengharapkan abah di sepanjang perjuangan ini..bersabarlah abah, setiap manusia itu, pasti menghadapi kesusahan dan musibah! adik nak berterima kasih teramat sangat sebab jadi abah yang tersangat adik sayangi..sungguh, tiada seorang pun makhluk yang mampu mengantikanmu, abah! Ya allah, tempatkan abahku di kalangan hambamu yang bertaqwa..sayang abah selamanya~take care dan miss u a lot! "
Assalamualaikum WBT!
Semoga semua dalam keadaan sihat dan iman semakin mantap, insyaallah!
Setiap manusia pasti tak sunyi daripada masalah..tak kiralah masalah besar ka kecik ka..kan? apa yang penting, kita punya respon dan tindakan setelah diuji dengan masalah/musibah yang datang dalam bentuk bermacam-macam..contohnya? muet tak lepas target, kesempitan duit yang semakin mencengkan, masalah kesihatan yang melanda, masalah kawan-kawan yang beraneka perangai, masalah esaimen yang bermacam-macam bentuk, masalah keluarga yang beribu karenah..bla3, and so on lah!
Jangan pernah rasa penat untuk berusaha..biarlah jatuh berapa kali sekalipun! (pesanan buat diri yang sentiasa rapuh, dan perlukan orang-orang di sekeliling untuk membantu andai rebah lagi!).. Laa Tahzan, innallaha maa'ana..maksudnya? Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita~
Best la ayat ni! ada cam bagi impak ckit pada diri untuk terus bersemangat..biarlah orang sekeliling mencaci, asal kita tak lari dariNya..Allah akan sentiasa bersama hambaNya..jadi, carilah Dia..berdoa , mengadu dan berserah hanya pada Dia..;') Insyaallah, semuanya pasti OK!
Wallahualam..
*semoga kesedihan yang berlalu, memberiku semangat untuk mengejar kebahgiaan yang hakiki!
Assalamualaikum..syukur pada Dia yang terus memberiku rezeki tanpa jemu!~
Fuh..apa khabar imanku? semoga engkau makin bertambah! diuji dengan kegagalan kali ke 2, bukanlah sesuatu yang mudah! ku tahan air mata ini dari mengalir..namun, tak mampu ku ubah takdir Nya..sedang aku telah lakukan yang terbaik, Ya Allah! mungkin masih belum rezekiku..aku akan tetap terus berdoa padaMu..maaf andai terkadang daku berasa penat untuk berusaha..aku tahu mungkin Kau menyediakan rezeki yang lebih baik untukku..aku bersyukur Kau mengujiku! tanda nya Kau ingat padaKu..pahit sekali kurasakan! maaf, wahai mama dan abah, serta kakak..jua semua yang terus menyokongku..hanya ini yang mampu kuberi..aku kan cuba sekali lagi..dan jika nasib masih tidak menyebelahiku, maaf beribu maaf! rezeki ku bukan di sini..sedih kerana telah mengecewakan kalian! daku sayang kan kalian! maaf! ku percaya Allah lebih mengetahui dan bijak untuk handle masa depanku..segalanya ku serah padaNya..aku hanya mampu berusaha, dan berdoa..selebihnya aku berserah! redha! ya allah, kuatkan aku :)
Allhamdulillah.....finally..dpt jgk kna connect wifi kmpp nie...huh!! rindu sgt2 nk tulis entri baru nie.. hehe..life as student PST kt mtrik nie sgt la laen dr dlu..uwaaaa..xda msa dh nk tido lama2..expectation lecturer kt stdent pn tggi..adoi.huhu..
byk sgt dh brubah..dpt roomate baru..kwn praktikum baru..smuanya ok..alhamdulillah..:) tp kna pndai ADAPT kan diri..everthing will be fine if we always thinks +ve..jadual yg sgt padat maksimum..klas dr isnin smpai jumaat dr 8 pg smpai 5 ptg..=.= nsib baek sbtu ahad xda klas..blh hlgkan stress smggu sblmnya tu..^^
mcam biasa,hr rabu ada amali chem & bio..mmg wajib bin mesti kna bwk lab coat..ntah mcm mna pg tu lupa nak bwk..dkat2 nak smpai lab bru igt..aissshhh..adoi..klas nk start dh..last skli,amk kptusan patah blik p blik amek lab coat..dlm duk jlan nk p lab tu,wna terfikir something..nie aku baru tinggal lab coat blh amek blik kt blik TAPI mcm mna klau keadaan tu berubah skit..aku dh ada kt ALAM BARZAKH.tapi amalan aku tak ckup lagi..mna blh ptah blik dh..nk buat amalan kt dunia..mmg tak la..
Hence ( pkataan yg wjib ada stiap kali nk wt essay,haha) kita kna la siapkan amalan kita tu sblm kita d pnggil ke sana..msa ada 24jam,so peruntukan la jgk utk akhirat..as student,tugas kita bkn sekadar bljar semata2 but sbg hamba Allah jgn kita lupa..syukur sgt dpt msuk kmpp (KOLEJ MATRIKULASI PALING POPULAR) ~promote sat~ ,bkn sekadar matrik plg hebat dr segi akademik & koko tapi jgk pnuh dgn pengisian ilmu kerohanian..tiap2 mlm ada ja kuliah maghrib..thniah ajk surau.^^
pnjang lak entri nie kan..haha..sudah2..fatin safwanah ~~tutor chem & bio sdg mnunggu anda tu..=.=
ok..hihi..mntk dri dlu..smga shbat2 smua sntiasa dlm rhmat dan lindungan-Nya..amin..^^
Assalamualaikum WBT..
How's life? Alhamdulillah..masih tenang dan damai dalam Islam..
Pabila Allah dihati, percayalah segala masalah serumit apa pun, tidak menjadi masalah besar buat kita..tak percaya? try tengok! :)
bila putus cinta, (awek-awek lah selalunya yang paling tertekan..katanya separuh jiwaku pergi la konon).. try cari cinta Allah, pasti cinta kita akan kembali sedar, apa sangatlah nilai cinta manusia tu kalau nak dibandingkan dengan cinta Allah! bukan nak nafikan fitrah cinta sesama manusia, tapi, apa guna lah kalau kita dapat cinta manusia, tapi sepi dari cinta Illahi?
sungguh indah perasaan cinta pada Dia! kalau anda merasa jauh dari Dia, kembali lah ke pangkuanNya..ok? jangan nak berlagak dengan Allah! nauzubillah! Allah hari-hari bagi nikmat, rezeki yang melimpah ruah sampai tak ternilai harganya..tak kan kita tak boleh nak jumpa Dia berterima kasih 5 kali sehari? tak susah nak solat 5 kali sehari..sesibuk mana sekalipun kita, spend lah sikit masa untukNya..cuba fikir, Allah lagi sibuk nak handle semua makhluk Nya di langit dan bumi, tapi, tak pernah sedetik pun Dia lupa nak gerakkan jantung kita, untuk berdenyut dan terus bernafas..macammana kalau Dia pon buat-buat lupa dan sibuk untuk kawal sistem dalaman kita, macam mana kita selalu buat-buat lupa dan sibuk untuk menyembahNya?
sehari-hari kita mencari redhaNya..kita sangat berharap agar syurga menanti di akhirat kelak..jadi, buatlah persediaan secukupnya..bila nak start? start sekaranglah, takut-takut tak sempat kalau asyik ditunda..kalau tak mampu untuk beribadah kepadaNya dengan ibadah sunnat, tak apalah! dahulukan yang wajib! lepas tu, pelan-pelan try buat amal ibadah sunnat..insyaallah! ;)
Wallahualam..:)
Assalamualaikum .. alhamdulillah sekiranya masih sihat dan boleh lagi beramal untukNya..
bagaimana sekiranya tidak??
tak kiralah sakit apa sekalipun..sakit tua, sakit kepala, sakit perut~
aduh! memang tak syiok lah perasaan bila sakit ni..sampai terpaksa tuang kelas..nak ke unit kesihatan pulak, malas..kena beratur panjang..
Ya allah! sakit ni, memang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan ujian sakit yang menimpa nabi mu, nabi Ayub..ya allah berilah ku kekuatan..aku tahu, kau sedang menguji cintaku padamu..aku tahu kau sedang menunjukkan rasa cintaMu padaku..
Bila sakit datang, barulah kita teringat nak balik pada Allah..nak memohon doa untuk kesembuhan..kalau tak, kadang-kadang kita lupa Dia..Allah itu maha pemurah, Dia bukak jalan untuk kita selalu ingatkan Dia, selalu dekat dengan Dia..Subhanallah!~
Dengan rasa sakit, akan menjadi kaffarah dosa buat kita! yang ni yang untungnya orang sakit! bila sakit, kita redha, Allah akan anggap sebagai penghapus dosa-dosa kita yang lalu! so, jangan merungut bila sakit..bersyukurlah, Allah masih memandangmu, dan menginginkanmu untuk berada dalam list kesayanganNya..;))
Tambahan, bila kita sakit, tapi kita gagah jugak buat ibadah kerana Allah, maka besar ganjaran yang menanti..so, tahan ja lah sakit tu! insyaallah, pulangan yang menguntungkan menanti anda..jangan persoalkan kenapa Allah bagi rasa sakit tu pada kita, dan bukan orang laen..ada hikmahnya..yang tersirat dan tersurat..
jadi, mari jadikan rasa sakit tu sebagai tiket untuk kita dekatkan diri padaNya..di samping, berdoa agar diberi kesembuhan dan dapat beribadah seperti biasa..;))
Wallahualam..;))