Wednesday, May 2, 2012

Assalamualaikum WBT..


mood : sedikit terkilan dengan batalnya kelas account :/


kalau memang awal2 dah batal, xdak masalah..ini, dah separuh jalan, baru nak kata batal..haihh..xpalah, mybe kalau tak keluar bilik separuh jalan tadi, tak nampak la dia..haha, hikmah di sebaliknya ka tu? tak la, jodoh lah tu..jodoh pertemuan je :) ok, mood dah okay!


stokin basah! argh! kena p basuh..rasa2 tak nak pakai stokin je tadi, yela, confirm2 basah kan, hujan lebat..tapi, teringat satu kata2 ni " perempuan yang tak kisah stokinnya basah dek kerana hujan, adalah lebih baek daripada yang tidak memakai stokin, kerana kaki yang terdedah menjadi jilatan api neraka" eh, apasal ayat tunggang langgang ni, tapi paham2 lah kalian maksudnya kan? kita sama2 cuba berubah ke arah kebaikan, tapi dugaan2 yang datang jangan jadikan sebagai penghalang untuk terus istiqomah, tapi, jadikan satu platform yang Allah bagi untuk menguji sekuat mana iman kita..


dan tatkala, syaitan merasuk2 untuk bukak stokin tadi, sekali lagi terlintas satu nasihat dari seorang sahabat " pakaila stokin, yang lain dah tutup cantik dah, takkan sebab kaki kita nak masok neraka kot? bukan susah pon.." lebih kurang mcm tula ayat nya..ok, thnx sahabat! 


dan yang agak tersentuh di hati..bila sampai2 bilik, bebai2, sebab stokin habis basah, dpt satu msg berbunyi :


Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)


walaupun lain, tapi mesejnya tetap sama..yang dikatakan dalam sabda baginda di atas ialah berpakaian tetapi telanjang, melenggokkan tubuh, dan sanggul yang tinggi! semuanya, ditujukan pada wanita. "tak sebut pon pasai kena pakai stokin!" haa, memanglah, tak sebut, tapi, konsepnya sama, main point nya di sini tutup aurat DENGAN SEMPURNA! macam mana nak taw sempurna ka tak kita berpakaian? complete tak tutup semua aurat bukan ttup urat jaa..tatkala anda berpakaian, renungkan, kalau anda tunaikan solat dalam keadaan berpakaian macam tu, boleh ka tak? maksudnya, kalau cara kita berpakaian tu, boleh bawak masok solat, then A+ untuk anda! anda berjaya tutup aurat dengan sempurna! :) insyaAllah, renungan buat diri dan yang sudi merenung :)


Wallahualm!


Wasalam :) 

No comments:

Post a Comment