Thursday, July 7, 2011

Manisnya ber'couple' cara Islam..

Assalamualaikum..


Oh, excited nya bila dapat taw Imam Muda Hizbur nak datang Uitm Merbok..dan tajuk perbincangannya pulak menarik! kena benar lah dengan hati remaja..tajuknya "manisnya bercouple dalam Islam"


Tertanya tanya jugak, bolehkah bercouple dalam Islam? ada yang kata boleh, ada kata tak boleh..Imam Muda Hizbur ada jawapannya..


Saya cuma boleh terangkan serba sedikit di sini mengikut kemampuan ingatan saya..Menurut IM Hizbur, couple hukumnya jelas HARAM..tapi, kalau kita bercouple sebentar, hanya untuk mengenal hati budi untuk dijadikan TEMAN HIDUP serta sesuai dengan landasan agama, maka couple dibolehkan..


Jadi, macam mana COUPLE YANG DIBOLEHKAN tu? `begini..bila kita sudah mula menaruh hati pada si dia, maka berdoa pada Allah dengan seringkas-ringkas doa..panjang lebih baik..berdoalah "Ya Allah, andai dia jodohku, maka permudahkanlah.." dan seumpamanya..kita serah kepada Allah..dan boleh sekiranya kita nak couple, tapi dengan landasan syariat yang betul..no touching-touching, rubbing-rubbing, kissing-kissing..rosak anak remaja kita sekarang sebab ni lah..couple bukan sebab nak memperisterikan / mempersuamikan si dia, tapi, nak main-main ja..perempuan pula senang-senag aja ditest..dah macam test driving nak beli kereta baru pulak..Islam itu sendiri memandang mulia golongan wanita..sehingga wanita itu menjadi seorang ibu, isteri..wanita ini mudah! tak perlu susah-susah berjihad untuk masuk syurga..cukup dengan dia taat pada suaminya..


couple? time couple semuanya indah..nanti dah lepas clash? habis dimaki hamun ex kita tu..haa, ni yang kita tak mau! kita nak hubungan kita kekal sampai syurga, insyaallah! amin! kalau nak couple, couple lah! tapi, ingat batas-batasnya..tak perlu telefon bermanja-manja suara, gedik sana, gedik sini..heboh satu dunia tentang pasangan kita..tak perlu! nanti, bila dah kahwin, nak annaunce 1 dunia pasal perkahwinan kita pun, tak pa..tapi, dalam proses perkenalan itu, tak perlulah..


couple sekarang macammana? malam-malam bergayut, bermanja-manja suara, hik3 ( konon ketawa manja)..ingat wahai wanita, bila hati lelaki itu bergetar kerana godaan dari kita, atau nafsunya bergelora, dosa itu akan ditanggung oleh kita..lelaki ini makhluk yang sangat lemah dengan wanita..maka, janganlah jadikan kecantikan kamu wahai wanita, untuk menggoda hati-hati mereka..


apa nak buat bila kita dah berkenan dengan someone? ha..ini menarik! setiap seseorang mesti pernah merasakannya..nak buat macammana ni? kita berdoa, beristikharah, mohon pada Allah..dan jangan lupa mintak pendapat ahli keluarga..sebab apa? restu keluarga itu penting..kalau molek lagi, keluarga kedua-dua pihak saling mengenali..dan tak salah kalau kita update atau amek tahu pasal si dia..bertanya pada kawan, jiran si dia, macammana kelakuan dia..tak salah..silakan! merisik sendiri untuk cari calon pasangan kita kan? dan kalau kita perempuan, tak salah kalau kita menawarkan diri untuk jadi isteri si dia..wah! tindakan drastik ni..seperti mana Siti Khadijah dan Rasulullah..ini sama sekali bukan gedik..malah, ini tindakan mulia..kerana seorang wanita itu telah menyerah diri kepada lelaki soleh!


Erm, petik sedikit cerita peribadi IM Hizbur untuk pengajaran bersama! Masyaallah! indah sungguh kisah cinta IM Hizbur dengan isterinya..kisahnya begini..IM Hizbur dan isterinya itu belajar di ipt di Kedah..kisahnya, IM Hizbur sudah lama berkenan dengan si dia..tapi, hanya Allah dan IM sendiri yang tahu! IM simpan rahsia itu..dalam hatinya "andai ada jodoh aku dengannya, adalaa.." Ditakdirkan IM melanjutkan pelajaran di tempat lain..hatinya bukan main resah mahu meninggalkan si dia ni..rasa sangat resah la, maklumlah cinta dalam hati tidak terluah..maka, bawalah diri belajar di luar negara..3 tahun! di sana, katanya terlalu sibuk belajar dan terlupalah seketika kepada si dia..setelah 3 tahun, IM balik ke tanah air dan hati tertanya-tanya apakah si dia sudah berpunya..nak tanya orang, nama si dia pun tidak tahu..susah jugaklah! dan terus dibiarkan saja..sambung lagi belajar..balik ke kedah, masih mencari kelibat si dia..ketika itu, nama dah taw la..ditakdirkan! IM keluar dari masjid sama time dengan si dia keluar masjid! maka, terpandang antara satu sama lain..dalam hati IM berbisik 'Ya Allah, ini jodohku!" sekian! bernikahlah mereka..semoga bahagia hingga ke syurga, amin!


ya, nak cerita sikit berkenaan istikharah! solat istikharah! bagaimana Allah beri petunuk pada kita? kadang-kadang melalui mimpi, ataupun melalui cara Allah permudahkan urusan jodoh kita dan si dia..dan mimpi-mimpi dari Allah ini selalunya pada sepertiga malam, dalam pukul 3-4 begitu! tapi, tidak semestinya..bergantung juga pada permulaan kita..kalau baik seperti solat 5 waktu, tidur berwudu, beristikharah, berdoa, elok tertib semua, insyaallah, Allah bagi petunjuk, tapi kalau solat pun tinggal, dan malam tu mimpi kan lelaki atau perempuan, itu mainan syaitan..dan jangan pernah berputus asa..buatlah istikharah 7 malam berturut-turut umpamanya..


jadi, sebagai kesimpulan, jodoh itu di tangan Allah! percaya padaNya..sebelum nak bercinta, cintai Allah dan RasulNya dulu..dan wanita yang baik, untuk lelaki yang baik,. insyaallah! COUPLE DIBOLEHKAN IN TERM OF MENCARI PASANGAN DENGAN ADAT ISLAM..sesungguhnya, dalam sebuah perkahwinan itu, yang dicari adalah redha Illahi! dan ingat lah, kata Rasulullah, bila berkahwin seseorang itu, maka sudah sempurna separuh dari imannya..maka, berkahwinlah! tapi, sebelum kahwin kena cari pasangan dulu..macammana nak cari? cari yang baik agama, keturunan, akhlaknya..bukan cuma memenuhi tuntutan nafsu semata..


Wallahu alam..


ps : IM Hizbur terbaek! perbincangan yang menarik dan menghiburkan dengan lawak-lawak spontan beliau..

1 comment: