gila menghapdate blog pulakk lately..tak sedar diri betul, byk komitmen lain yang lagi penting, test, quiz, assignment-yang-lecturer-tak-bagi-full-instruction-taw-taw-nak-perfect-ja!, kesatria-negara-harapan-bangsa, program ki, final-dah-nak-dekat-gilaa-tapi-rasa-macam-ilmu-masih-belum layak-nak ambik-final, financial-accounting-yang-mbunuhku..pheww~ haha, over beno, macam lah hang amek master ke hapa?
demi untuk mahu melayan stress dan tensi dan depress dan tekanan jiwa dan jiwa kacau dan serabut otak, maka aku memilih untuk meluahkan segalanya di sini. ok apa? rasa macam cerita masalah kat someone yang betul-betul dengar tanpa mengadu bosan..:)
oh, sudah..jangan merapu lagi..sebenarnya dalam tension2 wat assignment tadi, aku terbaca doa ini (bukan terbaca, saja cari dan baca, buat preparation :P)
Pernikahan pengikat dua jiwa,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.
ya Allah..
ya Allah..
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin
banyak lagi sebenarnya..malu pulak nak buh kat sini :) motif : tak dikenal pasti ..
p/s : carilah cinta first, last and forever hand..
No comments:
Post a Comment