Bismillah :]
semalam pergi forum di kolej mawar..forum nya bertajuk 'dean list
vs ad-deen list'..tajuk dia memang kena on time, memandangkan sekarang ni
pelajar2 uitm masing2 busy dgn preapration utk final exam xlama lagi..ahli
panel pertama, Akhi Anuar, dan ahli panel kedua, Akhi Hadhari..depa 2 ni punn
student uitm shah alam juga..so, isi forum tu lebih dekat di jiwa kerana ahli
panel pun senior-senior kami di sini jugak..dannnn, dimoderator kan oleh Akhi
Nasa..ok, dia nih memang klon Ustaz Azhar Idrus :) dengan slang ganu dia,
dengan lawak yang tak boleh bla punya, memang buat aku tunggu sampai habis
forum, walaupun pada mula nya dah tekad, nak dengar sekejap ja..
ok, yang penting isi yang dibawa oleh dua anak muda ini..
Akhi Anuar : kejayaan sebenar bukan terletak pada hasil nya, tapi,
pada perjalanan menuju titik akhir..maknanya, apa guna kalau kita berjaya, tapi
perjalan kita dalam capai kejayaan itu, tiada berkah di sisi Allah? jalan
menuju titik akhir itu, penuh liku, onak dan duri..maka, kejayaan sebenar
adalah siapa yang mampu mengatasi segala cabaran tersebut dengan jalan yang
diredhai Allah..lepas tu, kalau kita tak beroleh kejayaan pun, tak apa..sebab,
kejayaan hakiki, kita dah capai..:)
Akhi Hadhari : (slang kedah) kalau kita ni dok berasa susah laa
final, tensionnyeewwwwww dok update status kat facebook macamtu
sekali..agak-agak macammana kita nak lalui exam yang sebenar-benar? kita banyak
lagi exam yang kena tempuh..alam kubur, titian sirat, timbangan mizan dan
sebagainya..tips dekat-dekat nak final ni, suka hati hampa la nak ikut tips ni
ka tak..baca al-quran sokmo2 dehh, sebab itu kalam Allah :) jaga hubungan
dengan Allah tu penting, dan jangan sekali-kali lupa, berbakti pada mak ayah..
btw, kagum aku dengan kedua2 ahli panel ni..Akhi Anuar, student
mechanical engineering, dan Akhi Hadhari mahsiswa dari fakulti sains sukan+dia
ada band music okayyy! walaupun cabang ilmu yang kita belajar jauh dari islam,
tapiiiii, kalau semuanya niat kerana Allah, maka ganjaran pahala dan ilmu yang
bermanfaat menanti kita nanti :) dan, kedua-dua Akhi ni, masuk audition imam
muda 3, dan dua-dua lepas..tapi, depa tarik diri atas alasan tak nak tangguh
study, sebab masing-masing dah tahun akhir..kena ikat contract dengan imam muda
3 tahun pulak, so, depa pilih untuk tarik diri shja..ps : imam muda 4 sila
join! kami student uitm shah alam sokong akhi berdua !
lastly : kata2 dari Akhi Nasa yang buat aku tersentap jugak :
kalau fail sekalipun paper final exam, kita boleh reseat paper tu, kalau fail
lalu titian sirat, timbangan mizan berat sebelah kiri, terima amal catatan dari
tangan kiri?? ingat, tak ada u-turn lagi dah..
ok, mintak diri..dan mohon doa kalian..test fianncial accounting
2jam dari sekrang (sempat update blog lagii..) insyaAllah..
Ilal liqo'
No comments:
Post a Comment