Sunday, June 17, 2012

Bismillah ..


hari ni, hari bapa sedunia..bapa, ABAH, abi, walid, bapak, ayah..insan kedua selepas ibu..
ini tentang abah saya, MOHAMED SHAFFIEE BIN AHMAD..sayangnya abah pada adik, kadang2, adik xnampak, tapi adik bole feel..caringnya abah pada adik, kadang2 tak secaring mama, tapi, adik taw, kerisauan abah bila adik semakin melangkah dewasa..rindu abah pada adik, abah tak pernah bagitaw, tapi, dalam sebulan, akan ada beberapa kali, abah msg atau call tanda ingat pada adik..yang adik selalu nampak, bila adik berjaya, mama yang akan bangga dan canang satu taman, tapi, adik jugak taw, bila adik berjaya, abah punya bangga berbunga satu hati abah, dan abah asyik ulang-ulang cakap pasal kejayaan adik tu..kata nasihat selalu dah adik terima dari mama, tapi, kalau nasihat abah bagi, walaupun tak selalu, tapi, tu yang buat adik beringat, sebab nasihat abah sarat ingatan dan pesanan agar anak gadisnya ini bijak menjaga diri, walau tiada lagi abah disisi..


kini, tiada lagi msg, call dan nasihat darimu..namun, segala memori kita bersama terpahat indah di hati ini..mana kan ku cari ganti, insan seistimewa mu, abah..bahagia dan tenteram lah abah di sana..semoga kita berjumpa lagi, pasti! al fatihah..

No comments:

Post a Comment