Monday, May 9, 2011

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami ;)

Assalamua'laikum WBT..


Entry kali ni, pasal nak update diri dengan ilmu rumahtangga! *gatai ngat aihh! ..sah! kena cop gatai, kalau ma, abah taw nih! psst..xdak pa aih! cuma belajar ilmu berumahtangga dari sekarang! 


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:
 
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
 
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)



ok lah, seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya..tetapi, kalau syurga seorang wanita (bergelar isteri), maka syurga nya terletak di bawah kaki suami..maknanya, taat kepada suami! maka, sang isteri akan mudah mendapat syurga..ya! mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah..


Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
 
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
 

Betapa Rasulullah menyuruh kita taat kan suami..dan kalau si isteri menderhaka suaminya, hatta, cuma pamitan tanpa izin, maka , jadilah si isteri tadi, isteri yang nusyuz..isteri nusyuz tak layak di syurga Allah!


Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)



Awas! jangan disakiti hati suami anda ya! (yg dah kahwin tu)..fikir betul-betul sebelum nak berkata-kata..kalau tak, termasuklah kita dalam golongan di atas ni..


Dan, kalau baca paper, lately, mcam-macam kes suami isteri ni..sekarang sio isteri pon dah pandai buat perangai..mintak cerai sebab nak sehidup semati dengan pasangan lesbiannya..Allah! dunia2! dah macam-macam hal sekarang ni..kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya, membaca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :


Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
 

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami  itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya.Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah berikan kepada isteri itu dgn hanya Menjaga Solat,Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.Sebagaimana Sabda Rasullullah S.A.W  "Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki


Sabda baginda lagi...Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!



Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipacung .


Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud : " Dan Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : "Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim."
Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah peerintahkan kpd malaikat : "Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkanankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.



Wallahua'lam..renung-renungkan dan selamat beramal! ;)


Teman sampai syurga..

Assalamua'laikum WBT..segala puji hanya padaNya ;)


Entah kenapa, mood nak menulis selalu ja ada, lately..so, terupdate la blog ni selaalu..nanti masing-masing dah masuk kuliah semula, maybe tak sekerap ni blog kami diupdate..;)


Saya nak cerita kan satu kisah di sini..Alhamdulillah, sepanjang 2semester belajar di Uitm Merbok tu, kebanyakkan nya pegalaman pahit, manis yang indah bersama kawan-kawan..yang paling pahit rasanya, ada satu hari tu, ada 2 presentation sekaligus, dan presentation pertama memang hancuss! ada problem sikit dengan monitor dalam kuliah tu,,dan sangat-sangat sedih bila kami belum habis present, lecturer bole cakap "ok, thank you!" Uih, sedehnya..sampai menangis..tak apalah, tu semua pengalaman buat diriku..yang lain pengalaman manis, memang banyak lah..terutama, bersama roomates tercinta..;)


Dan nak cerita sikit pengalaman dengan roomates tercinta, Teya, Jiha dan Ija..biasalah, malam minggu (kalau  tak silap), semua pakat-pakat relax..sembang-sembang, makan meggi bersama..yang sorang dengaq lagu english, sorang indon, sorang lagi anuar zain dia xhabis-habis (saya laa kot), dan sorang lagi maen game budak-budak tak cukop umoq..macam-macam lah! tiba-tiba, terbukak topik Dajjal..hah! entah macam mana ntah..rasanya Ija terbaca artikel di blog siapa ntah! lepas tu, kami pon disscuss lah pasal topik ni..sangat tak sangka, orang-orang yang loqlaq ni, bila cakap soal agama, serius! alhamdulillah! tiba-tiba, baca lah kami beramai-ramai artikel pesanan Rasulullah untuk kita umat Islam, untuk mengelak dari fitnah Dajjal..memang tak tercakap kami..untuk baca artikel tu, boleh klik sini (klik taw!) , tapi rasanya entry sebelum2 ni dah ada ceritakan..secara tiba-tiba, dari kami dok bergelak sakan, terus kami TERmengalir air mata..subhanallah! memang tiba-tiba meremang bulu roma..takut memikirkannya..malam tu, malam yang paling best, sebab kami berkongsi cerita (walaupun berbagai-bagai version..sampai tersilap info, kena check internet balik), tapi, kawan-kawan yang baik memang akan menyedarkan kita, insyaallah! berbangga mempunyai kawan-kawan seperti kalian semua! 


Sabda Rasulullah SAW:



Ertinya: “Perumpamaan dua orng yng bersaudara itu ialah perumpamaan kedua belah tangan, di mana yng satu membasuh yang lain.”
(Hadis riwayat Abu Mansor Ad Dilami dalam musnad Firdaus)

Dan Nabi SAW pernah masuk ke dalm hutan lalu baginda dua batang kayu miswak yng satu bengkok dan yng satu lagi lurus. Dan adanya bersama2 Rasulullah SAW ketika itu beberapa sahabatnya. Kemudian,Rasulullah SAW memberikan kpd salah seorang sahabatnya kayu miswak yng lurus dan baginda menahan kayu miswak yng bengkok itu untuk kegunaan dirinya sendiri. Maka berkatalah sahabatnya itu,”Ya Rasulullah sebenarnya kau lebih berhak mengambil kayu miswak yng luus ini daripadaku.”

Lalu Rasulullah SAW berkata:



Ertinya:”Tidak ada seorang jua pun yng bersahabat dgn orng lain walaupun satu saat sahaja,kecuali dia akan ditanyai pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya,apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak. ”



Begitu pentingnya sahabat dalam kehidupan kita ni..dan terdapat pelbagai adab dalam berkawan..insyaallah, berkawanlah kita keranaNya..;)



Sunday, May 8, 2011

Godaan-godaan ketika sakaratul maut..

Assalamuala'laikum WBT..

Syukur alhamdulillah masih bernyawa dan boleh lagi collect bekalan untuk ke alam sana..

Selagi laptop ni depan mata, jari ni, tak henti-henti nak menari atas keyboard dengan perintah dari akal..;)

so, posting kali ni, nak cerita apa ya?

Ok, dah dapat idea..pernah tak kalian terfikir, kat alam sana nanti macam mana perjalanannya? pernah dengar ustaz, ustazah kita cerita tak? mesti ada kan..klu tak dak tu, hampa yang tak amek port time ustaz, ustazah hampa cerita..hehe..

Saya pon lebih kurang gak rasanya..;) tapi, seingat saya, akhir form4 (kalau tak silap), saya ada beli buku pasal topik ni..tajuknya 'ALAM SESUDAH MATI'..harga promotion rm 5 ja time beli tu..mmg agak menarik buku ni, tu yang beli tu..disusun oleh Muhammad Zuhair ..;) baru-baru ni, terjumpa balik buku ni..dan mula membaca kembali! tapi, mmg belum khatam pun buku ni..hehe..so, saya nak kongsi sikit lah ye, apa yang buku ni cerita..

Antara yang menarik, bab 2- godaan-godaan di ambang sakaratul maut!

bersabda baginda Rasulullah Saw:


‘bahawa syaitan itu akan datang kepada seseorang itu sebelum matinya (di dalam sakratul maut ). Katanya : hendaklah engkau mati dalam agama yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani. ’(riwayat tarmizi dan nasa’i)




Syed Abdullah Al- Fatani menulis dalam karya bukunya Karya Gul Gummah hal 17 sebagai berikut : Ketika itu dating se ekor syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis katanya : Hai anakku. Aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan bersusah payah dan telah memiliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan se ekor syaitan lagi menyerupai bapa yang telah meninngal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang malam aku mencari nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah agama Nasrani karana itulah sebaik agama. ( Dikutip dari Kasyaful Gumma halamn 17-18)

 Allahuakbar! bantulah kami..tak taw lagi tetap ka tidak iman kita nanti..

oleh sebab itu, setiap kali selesai sembahyang, biasakanlah berdoa seperti berikut :


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّاب 
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. 

Wallahualam..

Saturday, May 7, 2011

Dunia akhir zaman..

Assalamua'laikum..

Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Daylami, daripada Anas bahawa nabi saw bersabda:

يأتي على الناس زمان لا تطاق المعيشة فيهم إلا بالمعصية حتى يكذب الرجل ويحلف فإذا كان ذلك الزمان فعليكم بالهرب قيل يا رسول الله وإلى أين المهرب قال إلى الله وإلى كتابه وإلى سنة نبيه‏ 

Maksudnya: "akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tidak akan mampu untuk mendapatkan penghidupan dalam kalangan mereka kecuali dengan melakukan maksiat sehingga seseorang itu sanggup berdusta dan bersumpah. Apabila telah sampai zaman itu, maka hendaklah kamu lari, lalu ditanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah ke manakah tempat lari itu? Maka jawab Rasulullah saw: kepada Allah, kepada kitabNya dan kepada sunnah nabiNya".

Subhanallah! maka benar lah hadis ini..sekarang rasanya kita dah masuk zaman yang dikatakan dalam hadis di atas..manusia sanggup berdusta dan bersumpah..maka, larilah, kembali menghadap dan merujuk Al-quran dan as-sunnah! sesungguhnya Islam cara hidup yang sebenar-benar..insyaallah, al-quran serta sunnah akan memandu kita ke jalan kebenaran..jalan yang diredhai! 

Tiada unsur politik di sini, hanya soal agama! wahai para pemimpin, kembali lah ke fitrah sebenar..jangan lagi mencipta aturan sendiri, buka kitab suci, insyaallah, setiap masalah ada solusinya..wahai para pemimpin, hentikan pendustaan kalian! sesungguhnya, setiap perlakuan kalian akan disoal kelak! jangan sama sekali menindas rakyat, sesungguhnya kami di bawah tanggungan dan tanggungjawab kalian..jangan sekali-kali menolak soal agama, sesungguhnya agama adalah satu unsur terpenting dalam apa jua tindakan! jangan memimpin tanpa iman, sesungguhnya iman itu lah yang memandu kalian ke arah kepimpinan yang diredhaiNya.. ;)

Renung-renungkan dan selamat beramal..;)

mak.. :)

assalamualaikum...faz..wna pn nk wt post psal mak wna jgk erk..hehe


klau nk crta psal mk wna nie..mmg pnjg lor..haha..xpe la..wna ringkaskan kt cnie..rumusan la kranya..^^


mk wna nie seorg yg tegas tapi baek..agak grang tapi lmah lmbut..sweet kan...hehe..dlu msa f5..mk wana yg ajar wna bm..klakar pn ada..yela..stdnt laen smua pggl ckgu..tp bla turn wna, wna pgl mak..xkesah la..kekok la nk pgl ckgu..^^


esok hr ibu,adk wana yg kecik tu kalut dok wat kad hr ibu..hehe..sbuk la suh wana tlg...tlg je la yg mana ptut..bg wana cukup ngn ucapan yg ikhlas dr ht..yg pntg cmna kta nk hargai mak kta tu..:)


yg penting bahagiakan ht mak kita dan jgn sesekali sakitkan ht depa tmbh2 smpai buat depa ngis..huhu..jgnla..ssungguhnya redha Allah terletak pd redha ibu bapa..


nie la mak wna..ada yg ckp nie kkak wana..mak wana yg muda @ wana yg nmpak tua..haha 

                                  
                                     sElAmat HaRi IbU mAK :)

Untuk Mama dan Abah!

Assalamualaikum WBT..


Macam semua sedia maklum, esok 8/5 merupakan hari Ibu..Mother's Day! Jap, ada yang mengatakan haram sambut Mother's Day ni? 


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”


Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.


so, apa hukum sebenarnya?



Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.
Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.

Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?

Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.
Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram?


Jelas di sini, kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.


Haa..panjang lebaq penjelasan nya..jadi, diharap dapat merungkai kekeliruan di sebalik Hari Ibu ni..


So, saya nak bg sedikit ucapan untuk mama saya, Wannor Sarina bt Wan Chik..
"Adik sayang ma! dengan doa ma, adik harap dapat jadi anak yang solehah, insyaallah! thnx utk segalanya! ingatkan adik selalu, syurga adik di bawah tapak kaki mama! erm, nak jugak list kat sini, apa yg ma wat utk adik : 


# marah dan berleter untuk kebaikan adk gk.
# selalu beli atau masakkan makanan.
# marah bila tak solat (masa kecik2..)
# jd pemandu yg setia, kemana ja kami nak p, ma bwk..
# jaga dan besarkan sampai sekarang..
# bila jauh d mata, selalu contact, tnya khabar..
# dan melahirkan adk dlm susah pyn (operation) sebab tgedik2 nak keluaq awai..
# selalu dengaq cerita2, atau gosip2 tntg life adik..
# selalu ada di sisi
# selalu doakan dan macam2 lagi laa...klu listkan xmuat kat sini, ma..
*yg terakhir, err..mybe ssh adk nak ungkapkan syg tu pd ma..tp, mmg I love U, ma!



Dan kebetulan, 8/5 juga merupakan hari lahirnya seorang abah bernama Mohamed Shaffiee bin Ahmad..
"Abah, kasih abah selamanya! adik pun harapkan doa abah dalam menjalani hidup ni..adk harap abah sentiasa bahagia dunia dan akhirat, serta setiap langkah abah mendapat keredhaan dariNya..semoga panjang umur, dan sihat walafiaat! "
Love both of U sooo much! 

sincerely : anak kalian yang bakal solehah, insyaallah! amin..lots of love for both of U..

Friday, May 6, 2011

Lagu terbaru :)

Assalamua'laikum..


Lagu terbaru untuk blog ni..munsyeednya masih devotees ;)


Bukan Niatku

Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya