Wednesday, May 18, 2011

Dikau..

Asslamua'laikum..


Di saat sunyi di hening pagi,
aku terkenangkanmu,
semoga engkau sentiasa dilindungiNya,
ingin ku sampaikan rindu ini padamu, 
namun, rinduku padaNya menghalang rasa ini..


Ku kenang mu dalam setiap doaku,
semoga dikau terus menggapai cintaNya,
jangan kau palingkan cinta dariNya,
maka cintaku padamu jua akan pudar,
semoga kita disatukan dengan cintaNya..


Jujurnya, aku merindukanmu,
Ku kenangmu dalam setiap mimpiku,
namun, tika bersujud, Dia yang utama,
ku harapkan dikau kan menjadi mujahid yang ulung,
jua imam setiap solatku, kelak..


Ku sendiri tak pasti siapa dirimu,
namun bukan rupamu yang ku damba,
bukan hartamu yang ku kejar,
tapi, imanmu, yang ku harap,
dapat membimbingku ke jalan yang lurus..


Tenang diri ini menunggu kehadiranmu,
yang bakal merubah hidupku,
yang bakal sama-sama membentuk zuriat-zuriat soleh,
yang bakal meningkatkan keimananku padaNya,
pasti kan ku tunggu dikau..


Dalam doaku, ku harapkan kau yang satu,
kau yang dijodohkan untukku,
kau yang Dia telah pilihkan untukku,
kau yang bakal mengambilku sebagai zaujahmu,
semoga kita disatukan dalam redhaNya..


Amin ya Rabbal A'lamin!

3 comments:

  1. FAZWANA...SAJAK KE PUISI nie...???
    APA PUN ENTRY YG MENARIK...CUMA tang BAHAGIAN AYAT YG INI..."jua imam setiap solatku, kelak..." AYIE TAK BERAPA SETUJU...MAAF.
    KERANA LELAKI LEBIH AFDHAL SOLAT FARDHU SECARA BERJEMAAH DI MASJID/SURAU...WALAUPUN SUAMI SOLAT BERJEMAAH DI MASJID SI ISTERI JUGA DPT GANJARAN PAHALA YG SAMA SEPERTI SUAMINYA...ISTIMEWA BUKAN...? ^_^
    FAZWANA...SLMT PTG YA...^_^

    ReplyDelete
  2. ni reka sndiri..tq..oh, yaka? klu cmtu, ikot suami g msjd lah..:)

    ReplyDelete
  3. FAZWANA...WANITA PULA LEBIH AFDHAL SOLAT FARDHUNYA DI RUMAHNYA SENDIRI...PALING BAIK DLM BILIK NYA...^_^
    FAZWANA...SLMT PTG...^_^

    ReplyDelete