Thursday, December 20, 2012

Bismillah..



Nampak tak? Dia bagi kita ujian yang mantap, sebab kita hambaNYA yang kuat. DIA lebih tahu tahap kemampuan kita, dari diri kita sendiri. Kadang-kadang, kita rasa kita tak boleh buat, tapi sebenarnya kita lebih dari mampu cuma perlu lebih sikit effort tu. Kadang-kadang kita rasa benda tu senang, kita boleh buat, tapi, kalau DIA kata kita tak mampu, usaha lah berlipatkali ganda sekalipun, tetap, kita tak mampu.

Mungkin, kadang-kadang kita salahkan diri sendiri, disebabkan kegagalan. Tapi, kita lupa, kalau kita tak rasai kegagalan, macam mana kita nak kecapi nikmat kejayaan? Tak ada siapa dalam dunia ni, apa yang dia buat semuanya menjadi. Semuanya bermula dengan kegagalan. Lepas bangun dari kegagalan, di situlah sebenarnya titik permulaan kejayaan kita. Saat kita mula bangun, bukannya saat kita berada di puncak. Sebab tak ramai yang mampu bangun dari kegagalan.

Berada di puncak, siapa tak bangga? Tapi, kalau insan yang berada di puncak itu, mencapai mentaliti yang tak sepadan dengan kejayaannya, itu masih belum boleh didefinasikan sebagai kejayaan. Boleh jadi, insan yang gagal lebih tinggi darjat dari insan yang berada di puncak itu, kenapa? 

Anda mungkin mampu membuktikan kejayaan anda di atas sehelai kertas keputusan peperiksaan dengan gred CGPA 4 flat, tapi, berjayakan anda sebagai insan? Insan yang menghargai usaha setiap manusia yang membantu walau hanya sedikit, insan yang tidak mendongak tinggi ke langit, walau anda boleh berbuat demikian, insan yang tunduk kepada PENCIPTA, dengan penuh rasa kehambaan?

Ini yang susah, kejayaan ini bersifat hakiki. Jadi, jangan memandang insan yang CGPA kurang dari anda, sebagai insan yang gagal. Jangan pernah bongkak, andai keputusan mu didunia hebat, kerana  kita belum pasti dengan CGPA penilaian dari DIA di sana. 

Moga Allah selalu pandang kita dengan rahmatNYA..

*DOA, USAHA, IKHTIAR dan TAWAKAL..selamat maju jaya :)

No comments:

Post a Comment