Tuesday, April 26, 2011

Nasib Islam dan Melayu!

Assalamualaikum WBT..Alhamdulillah, syukur kerana kita semua masih diberi peluang menghirup oxygen Allah..masih dalam nikmat Iman dan islam..semoga berkekalan! ameen, ya Rabb!


Sementara menunggu waktu Subuh, saya terpanggil untuk mengupdate blog dengan tajuk berkenaan isu Islam dan melayu..ada kaitankah? Baiklah, kita di Malaysia memang lah majoritinya berbangsa Melayu, dan tak semua Melayu itu Islam..kadang-kadang Islam hanya pada nama..


Malaysia sebuah negara yang sedang membangun..dan seperti biasa masalah-masalah dalam negara sering menjadi topik hangat masa kini..Tapi, di sini, saya hanya ingin tumpukan tentang Melayu dan Islam..Maaf, tiada unsur-unsur politik di sini..Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan negara Islam..Ya, pada mulanya saya menggangap Malaysia negara Islam..tetapi setelah mempelajari, malang sekali Malaysia bukan negara Islam..Negara sekular ialah  salah satu konsep sekularisme, dimana sebuah negara menjadi neutral dalam permasalahan agama, dan tidak mendukung orang beragama maupun orang yang tidak beragama (ateis).. Manakala, negara Islam ialah negara yang dipegang oleh orang islam..dan pemerintahan berdasarkan al-quran dan as-sunnah..sebenarnya, luas maksud negara Islam ini..


Tapi, sedar atau tidak, Malaysia memang bukan negara Islam (Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi, bukannya al-quran dan as-sunnah)..Namun, Malaysia hampir majoriti penduduknya beragama Islam! Dan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 3 menyebut, secara kasar nya lah, Islam sebagai agama rasmi Malaysia..That's it! Islam agama rasmi!


Jadi, masalahnya disini, apa kejadahnya ada yang meminta laungan azan di masjid diperlahankan? mengganggu ketenteraman? sila rujuk Perlembagaan Persekutuan, dan kalau tiada, belilah..tak mahal! Artikel 11  (3), mengatakan semua agama berhak untuk menjalankan hal-hal keagamaan masing-masing, membina institusi keagamaan masing-masing asalkan mengikut undang-undang dan tidak menganggu urusan publik (ayat saya sendiri untuk kefahaman, untuk ayat yg sebenar, rujuk Perlembagaan Persekutuan)..dan saya rasa suara azan tidak mengganggugugat keharmonian rakyat..daripada sesetengah pihak yang melontarkan pandangan untuk memperlahankan azan..ini yang akan mengganggugugat keharmonian rakyat, kerana tak mustahil umat Islam akan bangkit melawan isu ini.


Selain itu, baru-baru ini saya ada mendengar sedikit slot ceramah..dan memang ada sesetengah pihak ingin memansuhkan artikel-artikel berikut di dalam Perlembagaan Persekutuan:


Artikel 3 : Islam sebagai agama rasmi Malaysia


Artikel 38 : keistimewaan majlis raja-raja melayu


Artikel 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


Artikel153 : memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.


Agak keterlaluan ya kalau diikutkan..menyirap darah mendengar isu ini..kalau lah isu ini diterima, di mana tempat kita wahai orang melayu? orang islam? entah! mungkin di kedudukan paling rendah..sedih dan susah hati dengan situasi malaysia sekarang! ada ka pendatang yang tidak menghormati tuan rumah? patut tak? tak kan! sepatutnya tetamu menghormati tuan rumah! begitulah! ketuanan melayu perlu dipelihara..orang melayu adalah tuan kepada tanah Melayu..hak-hak keistimewaan orang Melayu adalah untuk menebus balik kesusahan mereka terdahulu! ya! dulu orang Melayu hanya bekerja sebagai nelayan, orang india estate dan orang cina, dalam urusan perniagaan! sudahla, jangan lagi orang Melayu ditindas!


Wahai pemipinku yang bijaksana dan bertanggungjawab, peliharalah hak-hak bumiputra dan yang paling penting hak orang islam..Jadikan Malaysia negara yang ramai penganutnya beragama Islam..ikut lah teladan baginda Rasulullah dalam memerintah! Nescaya Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni..seterusnya Islam menjadi agama contoh dan disegani!


Waallahualam! (sekadar meluahkan kebimbangan terhadap Malaysia tercinta!)

No comments:

Post a Comment