Sunday, April 17, 2011

Perempuan tak tahu malu dan lelaki dayus!

Assalamualaikum..segala puji, puja dan sembah hanya padaNYA..;D


Apa khabar saudaraku sekalian? 


Bagaimana amal kalian hari ni? kalau bagus, alhamdulillah, bole tingkatkan lagi! ~


Saudari, lately saya jalan-jalan ke shopping complex ka, kedai2 ka, saya tengok ada sebahagian dari kalian yang berpakaian ketat, tudung atas dari paras dada, kadang-kadang tu siap pakai legging yang nipis dan jarang tu..nak tunjuk kat siapa semua tu? malulah kalian pada orang sekeliling dan paling utama pada Allah..


" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31



Jadi, labuhkan singkapan kain tudung mu..at least, menutup dada-dada kamu, kalau tak labuh sekalipun! 


" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang dahulu "


sekarang rasanya trend zaman jahiliyah dah kembali..ya..yang berpakaian menzahirkan hiasan wanita yang sepatutnya dilindungi tu adalah serupa seperti zaman jahiliyah, ok?! bukannya fesyen moden ala-ala barat macam orang perkatakan sekarang..ingat, pakaian tak cukup kain tu, fesyen baru? tu dari zaman jahiliyah dah pakai lah! =.=*
sekarang, kita ubah la..tak payah ikut zaman jahiliyah tu, tak payah ikut trend barat! sekarang kita pakai lah ikot cara Islam ajar kita,,;)


kalaupun anda pakai sebegitu (pakaian muslimah Islam), sejuk lah mata memandang..maka lelaki-lelaki hidung belang tak kan tergoda dek tersingkap aurat-aurat yang ditayang secara percuma ni..tak malu kah kalian? lelaki-lelaki ajnabi begitu asyik memerhati tubuh anda, aurat anda, sedang itu bukan hak dia..tapi, nasib lah! dah anda yang tunjuk kan? maka, berdosa lah anda! sebab telah menggentarkan imam seorang lelaki (bukan seorang la, raaaammmaaiii lelaki)..tak takutkah?



" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




tambahan pula, kalau berpakaian seksi, tak cukup kain, anda sendiri yang meletakkan diri anda di zon bahaya..bukankah begitu? ya lah, lelaki ini, nafsu nya senang diuji..mereka sering kali berperang antara iman dan nafsu bila berdepan dengan perempuan-perempuan seksi ni..dan bila mana nafsu berjaya menundukkan iman lelaki itu, maka, tak mustahil, anda menjadi mngsa..ingat islam saja-saja nak suruh kita tutup aurat? tak..Islam memandang tinggi seorang wanita tu, maka, arahan menutup aurat ni demi kebaikan kita juga..


Tidakkah anda berasa 'MURAH' bila anda berpakaian sempit, ketat, dan jarang ni? yalah! murah! aurat-aurat anda yang sepatutnya disembunyi dan hanya layak bg seorang suami telah menjadi tatapan ramai..kesian sungguh lelaki bernama suami tersebut..aurat isterinya dikongsi dengan lelaki laen..astaghfirullahalazim! maaf, kalau mulut terlancang, tangan ligat menaip..tapi, wahai lelaki-lelaki sekalian..janganlah menjadi lelaki dayus..kerana lelaki dayus tempatnya NERAKA..Allah, sesungguhnya siapa lah saya untuk mengatakan ini..maka, saya sertakan dalilnya disini..



ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )



Nak cerita tentang dayus ini, panjang..tapi, dalam konteks soal menutup aurat ini, lelaki itu jatuh dayus apabila membiarkan ahlu keluarganya membuat maksiat..membuka aurat..maka, suami yang mengizinkan isterinya menayang body depan orang ramai, itu DAYUS! seorang ayah yang mengizinkan anak perempuannya keluar rumah dengan berpakaian seperti zaman jahiliyah, itu DAYUS!! saudara-saudara lelaki yang memberi peluang saudara perempuan nya berpakain menjolok mata dan merobek iman ini, juga DAYUS! dan, lelaki dayus, Allah haramkan baginya syurga Allah..Nauzubillah!!!


so, baek wanita mahupun lelaki, jaga lah aurat, jaga pandangan, jaga kemaluan..


*Insyaallah, semog kita mendapat keberkatanNYA dalam setiap langkah kita..ameen~ 
Wasalamualaikum..;D

No comments:

Post a Comment