Thursday, April 7, 2011

Cium isteri jadi rutin harian Rasulullah ;)

KISAH CINTA NABI SAW: SIRI 19

CIUM ISTERI JADI RUTIN HARIAN
Mencium Isteri merupakan ibadah. Islam memandang, tindakan tersebut tidak terlarang, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Lebih-lebih lagi, dengan ciuman itu akan membawa kepada bersetubuh.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan.
Dilihat kepada Nabi, suri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri. Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun.
Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis dengan katanya;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa[1]

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Bulan Ramadhan yang diwajibkan berpuasa tidak dijadikan penghalang bagi Nabi untuk bermesra dengan isteri.
Mungkin ada sebilangan pihak akan merasa ganjil berkenaan dengan cium Isteri ketika sedang berpuasa. Segi hukum, cium isteri dikala sedang berpuasa bukanlah larangan. Tetapi yang terlarang adalah, cium itu boleh membawa kepada bersetubuh.
Ekoran dari itulah, ada sebilangan ulama fiqh menfatwakan mencium isteri bagi orang berpuasa adalah makruh. Mereka menyandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha yang berkata;
أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال : « نعم » ثم أتاه آخر ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال : لا ، فقالت عائشة : يا نبي الله ، أذنت لذلك ، ومنعت هذا ؟ قال : « إن الذي أذنت له شيخ كبير يملك إربه ، والذي منعته رجل شاب لا يملك إربه ، فلذلك منعته
Maksudnya;
“Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata : “boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata: Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu? berkata Nabi : Yang Aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab itulah aku mencegahnya[2]

Jelas dari hadis ini. Larangan dari Nabi agar tidak mencium Isteri dalam bulan ramadhan adalah dikala bimbang berlaku persetubuhan. Adapun jika tidak ada kebimbangan berlaku persetubuhan, maka mencium Isteri itu adalah ibadah, yang memberikan pahala kepada orang yang melakukannya.
Nah !! tauladan Nabi ini amat berguna untuk dijadikan panduan dalam mencipta kemesraan dan kebahagiaan dalam berumahtangga. Dengan mencium Isteri, kebahagiaan, kemesraan dan keseronokkan dalam berumah tangga pasti akan wujud.
Jadikanlah mencium isteri ini sebagai rutin harian. kerana, disebalik tunjuk ajar nabi ini, pasti akan melahirkan sesuatu yang tidak terduga dalam melayari bahtera dalam usaha menuju ke Syurga Allah.
Sekian
Wallahu ‘Alam


[1] Sahih Muslim : 1860
[2] Amali Al-Muhamali : 105.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment