Saturday, April 30, 2011

Kawan, member, sahabat, teman :)

Assalamualaikum! Semoga Allah sentiasa menetapkan hati-hati kita pada jalan yang lurus..


There are FOUR qualities of a GOOD FRIEND:
1) When you see him, he reminds you of ALLAH!
2) When you sit with him, it increases your IMÂN!
3) When he speaks to you, it increases your KNOWLEDGE!
4) When you see his actions, you remember the AKHIRA



Insyaallah, posting kali ini saya nak cerita kan soal persahabatan! FRIENDSHIP! kawan, sahabat, teman, atau apa ja panggilan yang sama waktu dengannya, itu tak menjadi isu besar..yang penting nilai sebuah persahabatan itu..adakah boleh dibeli dengan wang? atau dibeli atas dasar populariti? dan segala macam alasan seseorang menjalinkan hubungan dengan kawan..oh! saya lebih gemar gunakan perkataan TEMAN..pada saya, kawan boleh jadi kawan facebook, kawan sekelas, kawan se'batch'..kadang-kadang, jarang tegur pun kita klasifikasikan sebagai kawan..bila saya gunakan istilah teman instead of kawan pada seseorang itu, itu melambangkan rasa sayang dan hormat kepadanya..


Ok, teman tak ada kutuk-kutuk belakang..malah, temanlah yang akan defend kita walaupun kita tak tahu..teman akan sentiasa support kita dalam perjuangan! Teman itu sanggup bersama kita tika susah dan senang! dan paling penting, teman tak perlu diungkapkan dengan kata-kata..(post di fb : saya kawan awak! ) semata-mata, tapi, yang paling penting mereka sama-sama tahu, mereka mempunyai hubungan persahabatan yang erat yang lahir dari hati..bukan berteman atas dasar lain!


Uhibbuki fillah! berkawan kerana Allah! insyaallah, kita tak akan mengharapkan hadiah atau lain-lain macam penghargaan dan balasan bila persahabatan dijalin atas rasa cinta padaNYA..walaupun kita tidak selalu berjumpa, namun nilai ukhwah yang terjalin tu pasti tidak akan terlerai..jauh di mata, dekat di hati, begitulah!


Teman, teman ni ialah sahabat yang sentiasa nasihat kita ke arah kebaikan..kita mengharapkan yang terbaik untuk dia..tidak akan pernah terlintas rasa cemburu di hati, melainkan cemburu yang bersifat membina..tidak pula kita cepat terasa hati dengan mereka..


Ada macam-macam kisah sebenarnya nak diceritakan..


S bukan nama sebenar..mempunyai 3 orang teman baik..hari-hari makan bersama, study bersama, sembang bersama, dan kadang-kadang tidur pun bersama..S sangat bertanggungjawab orangnya..selalu masak dan kemas rumah untuk kawan-kawan nya yang kadang-kadang busy dan buat-buat busy..biasalah! S dan bf nya keluar dating seminggu adalah dalam beberapa kali..tapi, agak kerap! dan S jugak seorang yang aktif dalam aktiviti di U nya..sampai kan kadang-kadang terlampau busy..sampai kan suatu hari, S terperasankan sesuatu.."eh, awat depa ni tak mai lepak bilik aku lama dah? sembang pun jarang!"..fikir punya fikir..tapi, tiada jawapan ditemui..hingga tidak tertahan lagi, maka diluahkan perasaan kpda salah seorang sahabat..tapi, sahabat itu mengambil sikap berdiam diri, dan tidak mahu jelaskan mengapa mereka mejauhkan diri dari S..akhirnya, hubungan mereka semakin renggang..S sangat sedih dan membawa diri..


*moral of the story : berkawan perlu ikhlas! bukan macam kisah ni! jarak dan masa bukan lah ukuran nya..bukan bila kita spend more time dengan someone ni, maka dia akn jadi kawan baek kita..nilai ukhwah bukan diukur dengan jarak..bila jauh, dah tak kawan! ini persahabatan palsu..Allah maha bijak untuk menilai persahabatan kita sama ada ikhlas atau buat2 class, nak kawan dengan anak datuk, grup popular atau orang kaya aja..

Disini saya post sekali lagu Sahabat dari Devotees..nak upload videonya, tapi internet lambat, sorry!

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Devotees ;) gambar di 'curi' dari koleksi gambar DEVOTEES..click sini untuk ke fanpage devotees


ni teman sy! ;) bole tak? nk gk feel jd artis..haih! haha..uhibukum fillah!! ;) semoga ukhwah yg terjalin mjadi bukti di padang mahsyar kelak ;) syg hampa ketat2..;)


Friday, April 29, 2011

Berprasangka baiklah!!

Assalamualaikum WBT..dan selawat serta salam buat nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW..Apa khabar semuanya? Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus mencari dan meneroka ilmu Allah yang luas..maka, bersyukurlah!


Ilmu saya pun bukanlah tinggi mana..mlh, sgt lah kurang..cetek sekali ilmu di dada ini..tapi, tak salahkan bila kita berkongsi ilmu? malah, itulah yang dianjurkan dalam Islam..


Istilah Husnuzzon, ialah istilah Arab yang bermaksud "bersangka baik"..baiklah..apa-apa pun yang berlaku, sebaiknya, kita janganlah terus ada -ve thinking pasal satu-satu benda tu (sori, ayat pun xberapa nak tertib sgt, otak sedikit pusing harini)..kenapa? lebih tepat, jangan kita membuat andaian yang bersifat membabi buta! bagaimana sifat membabi buta ini? seumpama anda menuduh atau membuat spekulasi awal, tanpa sebarang analisis yang teliti..sebabnya, kita mungkin akan mengaibkan atau menuduh sesorang yang tidak bersalah..


Bukan susah nak bersangka baik ni! tapi, manusia sendiri yang bikin ini benda susah! sebenarnya, ada cerita di sebalik tajuk post ini..ceritanya begini! panjang laa~ pendekkan!!


*cerita ini diceduk dari pengalaman seorang hamba Allah (diceritakan di sini setelah mendapat keizinannya);)


Mengisahkan si ayah yang banyak melakukan kesalahan pada keluarganya..si ayah ini sangatlah menyayangi isteri dan anak-anaknya..namun, entah di mana silapnya, semakin hari, semakin hilang komunikasi antara si ayah dan si ibu! mungkin disebabkan si ayah seorang penganggur, dan si ibu sering meleteri si ayah ini sehingga akhirnya membawa kepada berdiam diri antara satu sama lain..namun, hubungan si ayah dengan anak-anak nya tetap mesra..KASIH AYAH SELAMANYA! anak-anak pada mulanya tidak mengetahui krisis yang terjadi antara si ibu dan si ayah..hingga suatu ketika, si ayah dan si ibu merasakan perpisahan sebagai jalan penyelesaian terbaik..maka, anak-anak diberitahu tentang hal ini..hati anak mana yang tidak meruntun kesedihan bila mengetahui, rumahtangga keluarga bakal musnah, dan berpecah-belah? maka, anak-anak cuba memujuk kedua orang tuannya, untuk kembali bersama..namun, itulah kata takdir, jodoh si ayah dan si ibu tidak berkekalan, maka jatuhlah talak..anak-anak menangis tidak berlagu! namun, si anak, bahagia kerana si ayah meninggalkan keluarga dengan sikap yang lebih baik dan bertanggungjawab, setelah si anak memesan kepada si ayah demi kebaikan si ayah! punca perpisahan juga mengaitkan orang ketiga..saban hari, anak-anak bersedih kerana tiada lagi melihat raut wajah kesayangan si ayah! namun, air dicincang tidak akan putus..si ayah dan anak-anak saling menghubungi melalui telefon..sehingga suatu hari, si ayah memberitahu sudah mempunyai keluarga baru tidak lama selepas itu! si anak tidak tahu apakah perasaannya! sedih + bahagia mungkin..sedih kerana ayahnya bakal dikongsi oleh orang lain..bahagia kerana ayahnya mempunyai kehidupan sendiri..si ayah dikurniakan 2 lagi anak bersama isteri barunya..si ayah kelihatan sangat bahagia..si anak tetap menjaga hubungan dengan si syah, namun tidak seakrab dulu..si anak menaruh perasangka buruk mengatakan si ayah tidak lagi menyanyanginya seperti dulu! si anak mula membenci dan menjauhkan diri dari si ayah..hati si ayah sedih bukan kepalang! anak-anak yang disayang menghindar darinya..padahal, kasih sayangnya sama rata pada semua anak-anak nya..namun, si anak nekad untuk terus menghilangkan diri dari si ayah..egonya diletak di tempat tertinggi! enggan dia memaafkan si ayah..walaupun, si ayah tidak bersalah dalam soal ini..ini hanya takdir yang menentukan mereka tidak mungkin bersama lagi..si anak terus membenci dan melempar kata-kata tidak sopan terhadap si ayah..hati ayah terguris tidak diketahui! bagi si anak, si ayah lebih mengutamakna keluarga barunya..padahal, si ayah mengunakan kudrat tuanya untuk mencari rezeki buat semua anaknya..mencari nafkah! hingga suatu hari, si ayah menghantar sms ke hp si anak berbunyi (lebih kurang) "abah mintak maaf atas semua kesalahan abah dulu! abah sayang anak abah! abah sentiasa mendoakan kesejahteraan anak abah!" ..membaca msg itu, tertumpah air mata dan ego si anak! lantas, kemaafan diberi dan berjanji tidak akan menaruh prasangka buruk lagi! 


Ini baru kisah kekeluargaan..cuba tengok sekeliling kita..saya rasa banyak sgt isu prasangka buruk ni, dalam kehidupan seharian kita..kan? *renung-renungkan dan selamat beramal


~SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI NYA~


Waallahualam~

Tuesday, April 26, 2011

Nasib Islam dan Melayu!

Assalamualaikum WBT..Alhamdulillah, syukur kerana kita semua masih diberi peluang menghirup oxygen Allah..masih dalam nikmat Iman dan islam..semoga berkekalan! ameen, ya Rabb!


Sementara menunggu waktu Subuh, saya terpanggil untuk mengupdate blog dengan tajuk berkenaan isu Islam dan melayu..ada kaitankah? Baiklah, kita di Malaysia memang lah majoritinya berbangsa Melayu, dan tak semua Melayu itu Islam..kadang-kadang Islam hanya pada nama..


Malaysia sebuah negara yang sedang membangun..dan seperti biasa masalah-masalah dalam negara sering menjadi topik hangat masa kini..Tapi, di sini, saya hanya ingin tumpukan tentang Melayu dan Islam..Maaf, tiada unsur-unsur politik di sini..Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan negara Islam..Ya, pada mulanya saya menggangap Malaysia negara Islam..tetapi setelah mempelajari, malang sekali Malaysia bukan negara Islam..Negara sekular ialah  salah satu konsep sekularisme, dimana sebuah negara menjadi neutral dalam permasalahan agama, dan tidak mendukung orang beragama maupun orang yang tidak beragama (ateis).. Manakala, negara Islam ialah negara yang dipegang oleh orang islam..dan pemerintahan berdasarkan al-quran dan as-sunnah..sebenarnya, luas maksud negara Islam ini..


Tapi, sedar atau tidak, Malaysia memang bukan negara Islam (Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi, bukannya al-quran dan as-sunnah)..Namun, Malaysia hampir majoriti penduduknya beragama Islam! Dan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 3 menyebut, secara kasar nya lah, Islam sebagai agama rasmi Malaysia..That's it! Islam agama rasmi!


Jadi, masalahnya disini, apa kejadahnya ada yang meminta laungan azan di masjid diperlahankan? mengganggu ketenteraman? sila rujuk Perlembagaan Persekutuan, dan kalau tiada, belilah..tak mahal! Artikel 11  (3), mengatakan semua agama berhak untuk menjalankan hal-hal keagamaan masing-masing, membina institusi keagamaan masing-masing asalkan mengikut undang-undang dan tidak menganggu urusan publik (ayat saya sendiri untuk kefahaman, untuk ayat yg sebenar, rujuk Perlembagaan Persekutuan)..dan saya rasa suara azan tidak mengganggugugat keharmonian rakyat..daripada sesetengah pihak yang melontarkan pandangan untuk memperlahankan azan..ini yang akan mengganggugugat keharmonian rakyat, kerana tak mustahil umat Islam akan bangkit melawan isu ini.


Selain itu, baru-baru ini saya ada mendengar sedikit slot ceramah..dan memang ada sesetengah pihak ingin memansuhkan artikel-artikel berikut di dalam Perlembagaan Persekutuan:


Artikel 3 : Islam sebagai agama rasmi Malaysia


Artikel 38 : keistimewaan majlis raja-raja melayu


Artikel 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


Artikel153 : memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.


Agak keterlaluan ya kalau diikutkan..menyirap darah mendengar isu ini..kalau lah isu ini diterima, di mana tempat kita wahai orang melayu? orang islam? entah! mungkin di kedudukan paling rendah..sedih dan susah hati dengan situasi malaysia sekarang! ada ka pendatang yang tidak menghormati tuan rumah? patut tak? tak kan! sepatutnya tetamu menghormati tuan rumah! begitulah! ketuanan melayu perlu dipelihara..orang melayu adalah tuan kepada tanah Melayu..hak-hak keistimewaan orang Melayu adalah untuk menebus balik kesusahan mereka terdahulu! ya! dulu orang Melayu hanya bekerja sebagai nelayan, orang india estate dan orang cina, dalam urusan perniagaan! sudahla, jangan lagi orang Melayu ditindas!


Wahai pemipinku yang bijaksana dan bertanggungjawab, peliharalah hak-hak bumiputra dan yang paling penting hak orang islam..Jadikan Malaysia negara yang ramai penganutnya beragama Islam..ikut lah teladan baginda Rasulullah dalam memerintah! Nescaya Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni..seterusnya Islam menjadi agama contoh dan disegani!


Waallahualam! (sekadar meluahkan kebimbangan terhadap Malaysia tercinta!)

Monday, April 25, 2011

Wahai Wanita~

Assalamualaikum, salam ukhwah!


Tadi, masa saya usya-usya fb kawan-kawan, saya terjumpa 1 slot ceramah Ust Kazim Elias..Siapakah beliau? Ustaz ni pengerusi Pusat Pendidikan Al- Barakah. Beliau juga  menyampai kan kuliah dan ceramah pada orang ramai..rajin-rajinkan la diri pi tengok ceramah dia, dalam youtube pon ada..lawak ustaz ni..mantap lah! ok2, back to d topic! di Fb Fatin Safwanah la ni..saya pon dengar tgok apa ustz ni nk ckpkan..masalah wanita zaman sekarang!


Ya, wanita..Wanita hiasan dunia! Hiasan duniakah, kalau pakai baju mencocok mata? Tunjuk pusat? nampak habeh semua perhiasan dalaman? Hiasan duniakah, kalau bermanja-manja d telefon dengan yang bukan mahram? Hiasan duniakah, kalau bergaul bebas dengan lelaki ajnabi? Hiasan duniakah kalau mengizinkan tangan2 kotor hinggap dan menikmati tubuh mereka? Hiasan duniakah, kalau cakap dengan suara lantang, terpekik2? Hiasan duniakah kalau cantik mukanya dengan tempekkan make up yang over dan bukan nya dihiasi nur air sembahyang? Masyaallah~ 


Bukan saya menghina golongan sebegini, tidak sama sekali! mungkin mereka lebih baik dari saya! mungkin akhirnya mereka lembali ke jalan Allah..mungkin suatu hari, mereka akan menjadi hiasan dunia yang sebenar-benar..


Apa pesan Rasulullah? Baginda menyuruh kita menjaga kaum Muslimat! Jaga! Annisa..Annisa..Annisa. begitulah sayangnya baginda pada kaum wanita! Tapi, umat sekarang jaga tak kaum wanita kita ni? Perati elok2! kalau anda lihat seorang wanita ISLAM sedang bercumbu-cumbuan dengan lelaki kafir..apa yang anda akan lakukan?


Kemungkinannya?


*Fuhh! Boleh buat wayang depan public macamni?
*Eh, anak sapa la? Biaq p la, BUKAN ANAK AKU!
*Fuyoo! berani mati beb!
*ish2, teruk-teruk!


Lebih kurang begini lah reaksi kita..tapi, tak amik action pon..last sekali biar ja benda tu terjadi..bukan apa, depa tu BUKAN AMILY KAMI! TAK MAHULAH MASUK CAMPUR URUSAN ORANG! AKU PUN BUKAN ALIM SANGAT! BIAQ LA! KUBUR MASING-MASING KAN! UIH! TAK BERANI LA..


Amboi, cakap macam lah kita ni xdak pertalian langsung..bukankah kita saudara sesama Islam? Nabi ajaq kita, cara cegah kemungkaran..first sekali, pakai tangan (action), kalau tak mampu? pakai mulut (kata-kata)..dan kalau pun masih tak mampu, pakai Hati (mmbenci dengan hati, dan itulah selemah-lemah iman)..


Tangan : pergi ke wanita yang sedang bercubuan tu, dan terus menarik nya dari terus bercumbuan..
Lidah : "saudari, maaflah..tapi, saudari dah mencemarkan nama dan imej Islam dgn perbuatan terkutuk ni!"
Hati : Hati berbisik, "Ya allah, bencinya aku dengan maksiat ini!"


ok, nabi dah ajaq kat kita macammana nak cegah kemungkaran depan mata kita! so, lindungilah kaum wanita kita! jangan biar hiasan dunia ini tercemar dek budaya yang tak ketahuan! Dan pesanan buat kaum wanita sekalian, jaga diri dan maruahmu, ya ukhti ku!


Ingatlah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebagainya..


Lelaki mana yang mahukan perempuan *pakai buang sebagai isterinya?
Wanita yang dicari ialah mereka yang meletakkan Allah di tempat pertama dlm segala hal..
Wanita yang apabila memandangnya, tenang hati yang resah..
Wanita yang kesempuarnaannya bukan pada paras rupa tapi pada akhlaknya..
Wanita yang manis dan terpancar sinart keikhlasan dalam dirinya..
Wanita yang menunduk pandangan tika berhadapan dengan lelaki..
Wanita yang bersih hatinya dan tinggi imannya..
Wanita yang mampu bersama-sama menuju jalan yang diredhai Illahi..


Sekian, 
JADILAH WANITA SOLEHAH YANG JUGA MERUPAKAN HIASAN DUNIA, DAN BIDADARI DI AKHIRAT! ;) Insyaallah..

Sunday, April 24, 2011

Ujian Allah

Assalamulaikum, para sahabatku!


Pernah tak hampa kadang-kadang menyesal dengan something dalam hidup kita? Pernah tak terfikir kenapa Allah menguji kita dengan seteruk-teruk ujian (katanya lah, tak fikir ramai lagi yang diuji lagi teruk). Pernah tak kita berputus asa dengan hidup?


*Baik aku mati lah macamni!
*Adoi, apalah malang nasib aku ni!
*Ya Allah, apa salahku, sampai kau ujiku sebegini rupa? (ayat drama-drama selalunya)


Hah, pernah dengar tak luahan hati macam ni? Pernah cakap tak? Recall balik! Hurm, saya pun pernah..Tapi, kita sebenarnya kena terima semua ketentuan dan takdir Allah..Pasaipa? Haa..Sebab *beriman pada Qhada dan Qadar* ialah Rukun Iman yang ke??? haa? lupa pulak! ya, yang ke 6..pandai, adik-adikku! Hurm, dalam enam-enam rukun iman tu, kalau kita tak percaya pada salah satu daripadanya, maka jadilah kita orang Islam yang tidak beriman dengan sebenar-benarnya Iman!


Jadi, untuk menjadi umat Islam yang benar-benar beriman, kita mesti terima semua benda yang jadi pada diri kita..terima dengan baik, dan redha..segala ujian yang allah bagi kat kita adalah untuk menguji tahap pencapaian iman kita..selain tu, Allah uji kita untuk mengampunkan dosa-dosa kecil kita..so, ingat senang ka? kita dapat pengampuanan dr dosa-dosa kecil..untunglah!


pernah dengar tak?


Allah tak akan menguji hambaNya, melebihi kemampuan hambanya..


so, jangan lah kita lemah sangat!set mind kita, kita tak lemah, kalau kita lemah, Allah tak kan uji kita..kita hambaNya, Dia tahu takat kemampuan kita..jadi, terima semua ujian dengan hati terbuka..insyaallah, ganjjaran setimpal dari Nya menanti..amin..

Tuesday, April 19, 2011

PEMAAF

Assalamulaikum  :)


wee ~~ bru dpt idea nk wt entri pasal PEMAAF d pg yg hening nie..^^ wana nk crta 1 ksah pasal pemaaf..


 pnh dgr x ayat nie ??

# aku xkan maafkan hang smpai bla2 !!!  (agak kjam)  huhu
                 
                   xpun


# a : sedangkan nabi blh maafkan umatnya, xkan hang x blh??
   b : tu nabi la..aku bukan nabi..


 brani btol kta ckp cm tu...kta kna sedar, sbg manusia kta perlu memaafkan ksalahan org laen..sdgkan Allah blh ampunkan hambanya.. cer korg fkir2 kan..walau cmna dorg wt korg sakit hati..maafkan la..^^ ht korg akan lebih tenang..


jom kta bca 1 kisah sahabat nabi nie..:)




Al - Ahnaf bin Qais adalah slh sorg sahabat nabi yg mulia. Beliau berasal dr Bani Tamim.Beliau d pggl " al-ahnaf " krna kecacatan di kakinya...Budi pekertinya refleksi akhlak Nabi s.a.w. Betapa harumnya nama Al-Ahnaf shgga d umpamakan , " lbh lemah - lembut berbanding al - ahnaf (ahlam min al-ahnaf)


Pernah d riwayatkan suatu hari ada seorg lelaki mngutuk dan mngeji al-Ahnaf..taw x apa yg al-Ahnaf wat?? al-Ahnaf pergi dr tmpat tu tnpa ckp membalas kejian dan makian tersebut..klau kta ?? huhu..wallahualam..kejian dan makian tersebut tdk diendahkan , seolah2 msuk tlga knan kluar tlga kri..nmun lelaki tu trus mgutuk al-Ahnaf..Lagak al-Ahnaf  masih seperti tadi, seperti tiada apa yg blaku..


Sebaik shj menghampiri kwasan kediamannya,al-Ahnaf berhenti. Langkahnya kaku. Di pandang lelaki yg mgutuknya tadi lantas bkata " Jika masih ada apa2 yg ingin kau katakan, maka luahkanlah skrg sblum pghuni kejiranan ini mendengar kata2mu dan menyakitkan mu..MasyaAllah..baiknya Al-Ahnaf nie..klau kta blum tentu cmnie.. 


Dlm kisah laen plak, seorg lelaki mgutuk dan mngejinya..Al-Ahnaf cm biasa..diam tnpa berkata apa2.Lelaki tu x pts asa, tetap trus misinya mghina al-Ahnaf smpai la wktu mkn tgh hari...Al- Ahnaf bkata pd lelaki tersebut " Ini mknan tgh hri kami. Jom makan bsama kami." 
Subahanallah... Al-Ahnaf baek dgn org yg mghinanya..


Ajakan Al-Ahnaf itu bersungguh2..ikhlas dr htnya..Bukan ajak2 ayam yg nk perli atau sindir..Lelaki tersebut malu.. Usahanya sia2 dan xda apa2 manfaat pun..


Demikian lah akhlak al-Ahnaf yg lmh lmbt, pemaaf, tak berdendam, tak baran , malah berhikmah dlm mghadapi sbrg situasi.. :)


Itulah akhlak al-Ahnaf...moga2 kita blh mncontohi akhlak beliau..
SABAR...itulah yg tbaek..^^


# sblum nk tdur nnt, maafkan la smua org yg kta knal dgn ikhlas.. :)

Tanda-tanda hampir dengan sakaratulmaut!

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh
mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam
akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar
atau tidak sahaja.



Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran
atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti
daging lembu yang baru saja disembelih
dimana
jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati
bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini
akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.




Tanda 40 hari sebelum hari mati



Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-
denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama
kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas
Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya
ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat
maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini
akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang
akan dicabutnya.




Tanda 7 hari



Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk
makan.




Tanda 3 hari



Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan
ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian
sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya
akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh
ke depan dan sukar ditegakkan.




Tanda 1 hari



Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana
ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.




Tanda akhir



Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.






Sesengguhnya mengingati mati itu adalah
bijak





forward this buletin...may ALLAH SWT bless
you.




saling berpesan2lah sesama kita 
0

Sakaratul Maut!!

Sakaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!!!!
Dahaga!!!!!!!
Haus!!!!
Panassss!!!!!!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!!!

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!!!!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaak!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!
Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!!

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! 

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!! 

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?!



Videonya :