Kelebihan solat berjemaah menurut teori fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan
kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam
aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu
banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas
negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula
untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini
mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah,
kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai
kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas
yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku,
semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa
segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi
cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini
kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh
itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada
proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan
ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula
tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat
adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi
4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan
sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat
digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga
malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas
dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang
lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan
betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sumber: Bicara Muslim