Sunday, April 3, 2011

Amarah!!



 عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِيْ, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ . فَرَدَّدَ مِرَارَا, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ.
( رواه البخاري )    

Maksud :
Daripada  Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa ada seorang lelaki ( Abu Darda ) telah berkata kepada Nabi  Sallallahu 'alaihi wasallam: “ Berikanlah aku nasihat,”. Baginda bersabda : “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “ Jangan marah”.
( Hadith riwayat al-Bukhari)


Maka, jelas di sini, baginda Nabi Muhammad SAW begitu menekankan sifat sabar dan menghindar amarah..


Walau apa yang berlaku, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran seharusnya bertindak mengikut akal, bukannya nafsu semata-mata..


Setiap manusia tidak pernah terhindar dari perasaan marah, namun yang membezakan manusia adalah cara mereka menangani marah..Dan sebaik-baiknya adalah cuba bersabar!


Sesungguhnya terdapat beberapa kejadian yang sememangnya menyebabkan kita marah dan manusia kadang-kadang susah mengawal amarah. Namun, renungkan sebentar. Apa kita diuji sebegitu teruk? Apa kita pantas untuk merasa marah? 


Baginda Rasulullah pernah dilimpah tahi unta, diludah, diancam bunuh dan dicaci maki. Adakah baginda marah atau dendam? Tidak sama sekali. Baginda tidak pernah marah, apa lagi dendam. Bahkan baginda memaafkan dan mendoakan si pelaku.Ya, sungguh tinggi pekerti baginda. Dan kita sebagai umatnya, mengagumi dan harus mencontohi baginda.


Marah juga boleh dihilangkan dengan mengambil air wudhu'. Insyaallah dengan cara ini, dapat menangkap api kemarahan dan meredakan.


Dan amalkan doa ini, Insyaallah..


 A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.


Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

* Marah tidak menyelesaikan masalah, namun menjadikan masalah lebih parah! ;) MARI MENGAWAL AMARAH!

2 comments:

  1. hm... terasa sejuk hati bila bce artikel ni faz.. trasa sia2 jer bila marah2.. tnx faz. artikel ni memg sgt brmkna!!=)

    ReplyDelete