Sunday, April 17, 2011

Potpet potpet~

Assalamualaikum!


Semoga semuanya sihat dan berada dalam perlindunganNYA..


Potpet-potpet...bla-bla-bla...


Setiap hari, saya tak terlepas dari mendengar gosip-gosip, umpatan dan yang sama waktu dengannya..yelah..mungkin sebab saya duduk kawasan jiran-jiran tetangga yang sangat "ambil berat" pasal jiran-jirannya yang lain..tapi, tak semua makcik-makcik kat sini terlibat dalam aktiviti tak bermanfaat ini..kadang-kadang saya tumpang dengar lah jugak! (-.-*) haisy! alah, jangan cakap makcik-makcik lah! students pon sama..


A : "wey, awat lah madam *** ni..mengajaq haram aku tak faham! slow lah dia.."
B : "eh, Yong..dengar cerita anak Pak ***** tu, dah mengandung, ntah siapa laki dia! "
C : "haa..tulah..cerita ni hot taw! kau tawu? *** dah cerai dengan bini dia..talak 3 terus! "
D : "eh, minah senget tu, dia ingat dia cantek? rambut pun macam *** lg! "
E : "hah! artis a*** ada scandal baru dengan artis H***"


hai..asyik-asyik nak mengumpat, nak mengata orang..ibarat gajah di tepi tak nampak, semut di seberang bole pulak nampak (maaf la, terlupa pulak perumpamaannya..lebih kurang lah ye)..faham kan, maksud perumpamaan ni? kesalahan sendiri wat-wat tak nampak, salah orang, semua dia nampak!


mengumpat ni memang lumrah dalam hidup..kadang-kadang tu takdak niat pon nak ngumpat..cum nak cerita..yelah, bosan-bosan, bbila up cerita-cerita hot ni, memang umpphh la! haha..kadang-kadang tak ngumpat pon, dengar je..tapi, dapat jugak lah saham dosa ngumpat orang tu..kadang-kadang memang nak ngumpat po, sebab kita benci dengan orang tu, sampai jadi fitnah! haa..jangan..fitnah ni dosanya lebih besar dari membunuh..ya, mengumpat ni bahaya..boleh jadi dari mengumpat merebak ke fitnah dan membuka aib orang..beriku adalah dalil yang berkenaan dengan tajuk entry kali ni :P


Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)


tudia..kalau betul pon apa yang kita cakap tu, maka kita dah ngumpat dia..kalau tak, itu lagi berat, kita dah tuduh orang yang tak bersalah! so, berjaga-jagalah dalam bercakap..jangan sesedap hati, sesuka rasa berkata-kata..


Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada disamping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)


Allah! di dunia lagi dah berbau busuk mulut si pengumpat..bagaimana kalau di akhirat??


Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)


orang yang mengumpat tu, lebih kurang lah macam orang yang makan daging saudaranya..orang dah mati pulak tu..sanggupkah?


Ingatlah kalau kita tutup aib saudara kita, Allah akan tutup aib kita di akhirat nanti..




Tapi..macammana kalau kita ngumpat tu, ada sebab????

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :
Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.
Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:
(1) KES PENGANIAYAAN.
Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.
(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.
(3) MINTA FATWA.
Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.
(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.
(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.
Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.
(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.
Baiklah..sampai sini ja pasal umpat..kalau baca byk lagi dalil yang sebut pasal ni..tapi, tak berkesempatan lah saya nak tulis (copy paste) panjang-panjang..hehe..!
ehem, ok! lepas ni, sudah-sudah la ngumpat orang ye..dosa taw x..taw kan? then, tak yah laa dok dengaq orang ngumpat-ngumpat ni..wat topup dosa free ja..baekla dengaq orang mengaji, dapat pahala jgk, kan?
 *memang susah nak berubah, tapi lagi susah kalau tawu cara nak ubah, tapi hati tak nak berubah..
Assalamualaikum!~ renung-renungkan dan selamat beramal..insyaallah..wallahualam~

No comments:

Post a Comment