Wednesday, April 13, 2011

Bila masanya?

"Kelas esok pukoi berapa?" 
"Pukoi 8pagi!"


hah, kalau macam situasi ni, kita taw masa bila kita ada kelas..so, kita boleh laa ready fizikal dan mental untuk kelas tersebut..


sekarang, renungkan! adakah salah seorang daripada kalian yang boleh taw masa bila dia akan pergi..masa bila malaikat maut akan cabut nyawa dia? masa bila? habaq mai spesifik punya jawapan!


tak taw kan..memang! tiada siapa yang taw bila masa dia akan pergi meninggalkan bumi ini..kalau ya pon, mcam ada pesakit2 yang doctor dah bagitaw kata "masa awak tinggal 6 bulan dari sekarang!" ..tapi, dia tetap xtaw, bila..pukoi brapa..hari apa..waktu bila..ini semua rahsia ALLAH SWT..Dia shja yang maha mengetahui..


so, memandangkan tak dak satu pun makhluk Allah yang mengetahui saat dia dipanggil Allah, maka, nak tak nak kena lah ready..bukan ready fizikal dan mental..BUKAN! bukan ready harta banyak2 untuk anak2..BUKAN! ready yang dimaksudkan kat sini, ialah bekalan TAQWA..ya, itu yang akan jadi bekalan buat kita..selain tu:






عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

so, kita kena be ready..anytime ja malaikat maut boleh mai ambik nyawa kita..sebab kita tak taw bila! kalau taw, senang lah kan! bila nak dekat2, baru bertaubat! tapi, kita tak taw..dan kita bertaubat bukan sebab nk mati dah..kita bertaubat sebab ALLAH..

3 perkara yang disebut kat atas tu, sangat bermanfaat untuk kita selepas mati kelak..

sedekah jariah..insyaallah, kalau tak keberatan bersedekahlah..sebab tu yang akan bantu kita..tak payah nak sayang sangat harta tu, bukan boleh bawak mati pon..kata orang! betul! sedekah la..selain tu, bila kita sedekah ni..

Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese orang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Selain itu, ilmu yang bermanfaat..ilmu dapat membantu kita jugak! jika sekiranya kita bagi ilmu kat orang lain dan orang tu pulak menyampai2kan pada manusia lain, maka berlipat ganda pahala kita, insyaalllah! so, sama2 lah kita sebar2 kan ilmu, ehem..jgn dok sebar ja, amalkan jugak, insyaallah!

ketiga, doa dari anak2 yang soleh..anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya..jadilah kita anak yg mendoakan ibu bapa..bukan saja bila mereka dah tiada, time depa hidup pon..insyaallah, anak2 kita nanti akan buat perkara yg sama untuk kita..

ok, so..ini amalan yang bermanfaat dan boleh dilakukan untuk kita be ready menghadapi kematian yang kita tak taw bila tu..insyaallah, saling mengingatilah sesama kita..seseungguhnya, manusia sifatnya pelupa!

No comments:

Post a Comment