Ya Allah,
Engkau tahu hati ini,
aku rindukan dia,
sungguh, air mata ini tak tertahan,
bantulah hambamu ini,
aku doakan dia sentiasa bahagia,
selamanya!
hingga ke syurga,
temuilah kami di syurga,
aku begitu kasih padanya,
aku begitu merinduinya, Ya Allah..
Buka lah pintu hatinya,
semoga dia sentiasa berada di jalanmu,
semoga dia sentiasa mengingatiku,
semoga dia sentiasa diberkati,
semoga dia sentiasa menjadi kesayanganku,
Engkau maha berkuasa, Ya Allah,
tabahkan lah aku,
walau dia menyakitiku,
kerana hati ini tidak mampu membencinya,
kerana hati ini begitu tulus mengasihinya,
kerana pertalian yang kuat antara kami,
kerana perhubungan kami demi mencari redha Mu,
kerana dia jualah, kebanggaanku..
Semoga dia Kau pilih menjadi insan terpilih,
yang berjaya menduduki syurgamu..
Semoga dia sentiasa dekat denganku,
walau hakikatnya, dia jauh, Ya Allah..
Ya Allah, aku manusia biasa,
aku tak mampu melupakannya,
dan aku tak ingin melupakannya,
semoga dia mengingatiku,
semoga aku dapat berbakti padanya,
semoga aku menjadi seorang yang berguna kepadanya,
semoga aku dan dia bertemu di syurgaMU bersama yang lainnya..
Amin ya Rabbal Alamin~
*kasihku ikhlas padamu..jadi, terimalah aku!
No comments:
Post a Comment