Saturday, April 16, 2011

Hello!

Hello semua! Eh, Assalamualaikum, saudara dan saudariku! (^___^) -baru belajar buat smiley ni..

Berapa ramai antara kita ni yang buat perkara sebegini?

kring3~ (ringtone ni ada orang guna lagi ke?)

A : Hello?
B : Hello, can I speak to Dollah?

Amboih, speaking dia no! Hehe, tapi isu kat sini bukan isu speaking ka tak..Isu kat sini ialah penggunaan perkataan "HELLO", instead of "ASSALAMUALAIKUM"

Sebagai umat Islam sejati (^__^) apa salahnya kita guna ASSALAMUALAIKUM..tak susah pun nak sebut..ini tidak! HELLO~

Ish, kenapa? tak in trend ka kalau kita cakap ASSALAMUALAIKUM? apa? tak kena dengan jiwa remaja? oh! Jiwa remaja macam mana? HELLO? HAI? WASSUP YO! bla3~

Ish, kenapa cakap macam tu, kalau saya check dari google translate, HELLO itu, bahasa melayunya HELO..apakah? saya tak temu apa-apa makna yang baik, melainkan HELL LOW? (neraka terbawah)..maaf! memang lah HELLO tu lebih kepada sapaan, tapi bunyinya kurang enak didengar..

Apa kata kita gunakan perkataan ASSALAMUALAIKUM? kan lagi sedap bunyinya..dan kita bukan saja-saja sebut perkataan ni..tapi ada maksud yang mendalam "MAY PEACE BE UPON YOU". Tak pun, "SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU" ..haa, kan menarik tu..kita bukan tegur saja-saja, tapi, kita selitkan doa untuk saudara-saudara seislam kita, Insyaallah..Bila bagi Salam tu, perlulah ikhlas, dan menyebut dengan betul, sebab kita tahu kan, bahasa arab ni, bila dah tukar sikit, terus berubah maksudnya..erm, sebelum ni, ada entry yang lebih mendalam dan detail pasal isu SALAM ni..rajin-rajinkan lah diri membaca!

Sebut Salam biar bagi betul, ya, sebab :
Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) 

Ha, kan dah silap tu..bagi Salam untuk orang mati pulak dah (-.-*)

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

Baginda pun menyebut Salam sebanyak 3 kali..kita? tak kan lah sekali pun berat? 

Sunnah dalam memberi SALAM:

  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. 
  • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
  • Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
  • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis. 
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong. 
  • Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat. 
  • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak. 
  • Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
  • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak. 
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain. 
  • Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh. 
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. 
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.
Begitulah, sunnah ni kalau diikut dapat pahala, so tak rugi, maka amalkanlah!

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa’: 86)

;) Sesungguhnya, banyak lagi yang boleh diperkatakan soal SALAM ni..tapi, nanti meleret pulak..dan sesungguhnya, take note pasal ni:

Antara tanda-tanda hampirnya kiamat :

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” – Riwayat Ahmad

* Banyak-banyak kanlah memberi SALAM, okay? Semoga setiap langkah kita sentiasa mendapat keredhaanNYA..

Assalamualaikum~ with love, Faz..

No comments:

Post a Comment