Tuesday, April 5, 2011

Trend Remaja Sekarang ..

Assalamualiakum! Baiklah, tajuk kali ni memang kena dengan jiwa kita..sy, anda! para remaja-remaja..So, banyak benda boleh dibincangkan under tajuk remaja ni..

1. First sekali, trend remaja sekarang..

Umi : Soleh, tidur nak! dah lewat malam ni..nanti tak terbangun pulak subuh nanti!
Soleh : awal lagi laa, umi! tak remaja lah tidur awal!

Akibatnya, selepas solat subuh, Soleh terus tidur hingga ke Zuhur..(kalau yang solat, alhamdullilah! kalaun yang terus tinggal? Dek kitaran tidur yang umpama burung hantu ini?)

Baiklah..terdapat beberapa larangan tidur selepas waktu Subuh :

Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)




2. Remaja kena cintan-cintun, xboleh terlibat hal agama

Senah : Joyah, anak kau tu..aku nampak semalam keluar berdua-duaan dengan sorang lelaki..
Joyah : ala, biasala..budak baru nak masuk zaman remaja..!

Haa, yang ini salah! Apa semua remaja kena cintan-cintun?? Salah fahaman masyarakat kita ni..Asal remaja bercinta ja biasa lah! kalau masuk bab ibadah, " eh, bab-bab agama ni kami kurang arif lagi, maklumlah remaja..serahkan kepada orang-orang tua lah"..Silap besar ni, silap! Kalau macam tu, susah la..takkan semua ibadah dan dakwah agama kita serahkan kepada golongan orang tua? Habis, takkan nenek2 dan atuk2 yang tua2 je kena beribadah?? Ibadah ni bukan atas dasar peringkat umur, tapi atas dasar AGAMA..umur berapa pun individu tu, yang penting beribadah atas tiket ISLAM bukan UMUR!

Ayuh, lemparkan pandangan, luaskan fikiran, saudara-saudara kita di Mesir, Palestin, bertungkus lumus mempertahankan agama dan bangsa, anak-anak kecil sekitar umur 8 tahun sudah menghunus senjata..kalau anak 8 tahun di Malaysia?? Melekat depan tv, psp, laptop..itu pandai! Renaja jugak haruslah sama-sama menggerakkan dakwah Islamiah..

3. Remaja perlu 'hangout' bukannya terperuk dalam rumah

Dina : mak aku xbagi keluar lah malam ni..
Sara : ala, come on! kita hidup tahun 2011, bukan zaman tok nenek moyang kita, ok! mana boleh! Remaja sekarang kena hangout, lepak2, bukan macam remaja dulu je, terperuk dalam rumah!
Dina : tulaa...

Come on, babe! lets party! enjoy yourself! oh, budaya hedonism sgt kuat mempengaruhi anak remaja kita..Subhanallah! anak-anak gadis sunti sekarang malam2 berpeleseran, bukannya nak duduk di rumah, lepak2 dengan family atau luang masa dengan Sang Pencipta.."Kita enjoyyyy!" bak kata Puteri..hah, enjoy3..sampai bila nak enjoy?? cuba bayang kan, kalau time enjoy tu, malaikat maut cabut nyawa kita..dah tak boleh nak kata apa dah..amal dan cukop kah?? kalau dah cukop, tak pa lah kan..kalau dah rasa cukop berani dan sanggup menempah tiket neraka, ya, silakan!

conclusion : wahai remaja2 islam sekalian (termasuk diriku!), ingatlah ALLAH tak pernah tidur, lalai walau sebentar pun..apa yang kita buat, pasti akan dibalas kelak..tak kira lah dosa atau pahala itu cuma sebesar zarah! wahai remaja, sudah-sudah lah hiburan duniawi, ayuh cari hiburan ukhrawi seperti solat,puasa, membaca alquran, berzikir..Insyaalah, dengan hiburan ini ada tempat untuk kita di syurga NYA..itu yang perlu kita kejar, bukan hiburan lain! ;)

2 comments:

  1. well said... shud be spread around.. but perhaps get the font type changed.. its stressing the eyes.. ~ just a comment =) salam...

    ReplyDelete