Saturday, April 16, 2011

Bisikan Godaan! Awas!

Assalamualaikum..


wah! tajuknya macam romantik saja? eh, ada pulak! mana ada post-post romantik ala-ala cintun dekat sini..habis tu, post ni cerita pasal apa ya?


Bisikan SYAITAN!!


Ya, syaitan laknatullah! tahukah anda syaitan tu kerja dia memang menghasut kita ni, anak Adam sampai kita ni berpaling dari Allah..dia nak ajak kita join dia kat Neraka, kelak..kawan-kawan, nak ka join geng depa ni? Allah! Nauzubillah! tak mau lah kan..kita semua sentiasa mengharapkan agar ditempatkan di syurgaNYA, walaupun kita sebenarnya tidak layak menghuninya..


Syaitan ni bukan geng kita! dia MUSUH kita! “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah syaitan?Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” [Yasin 36:60]

Syaitan ni banyak jenis..jom kita kenali mereka! kenal ja, tak payah jadi geng depa! 


Sayyidina Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.

3. A'awan : Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (seperti disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

6. Masuud : Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata.

7. Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.

8. Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


*************************************************************************Seterusnya, syaitan ni memg pandai menggoda kita buat maksiat..contoh ;


"ala, tak payah la pakai tudung, dekat je kan.."
"baru je azan, relax dlu..byk masa lg!"
"eh, kawan! tak payah la buat kerja ni..maen game je"
"berani mak kau marah kau? tengking dia balik"
"hah! marah-marah, jangan tahan-tahan!"
"ala, tipu sunat je, kawan!"
"ehem2, awek kasi chan tu, tunggu apa lagi!"
"eh..buat apa baca doa makan! lambat..jom aku teman kau makan"


dan macam-macam lagi lah! kita pulak senang ja terpengaruh kan?


*renung-renungkan! ;) assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment