Thursday, April 14, 2011

Jom jadi tamak!

Assalamualaikum, kawan-kawan!


Tamak?? Haisy! takkan kot! kan tamak tu sifat mazmumah (terkeji)..check balik, check balik!!


Haa! Tamak kat sini bawak maksud laen..bukan tamak harta, tamak makanan, tamak duit, tamak pangkat dan bla3 yang tak sepatutnya kita tamakkan..


ok, tamak yang saya maksudkan kat sini adalah seperti berikut ;)


a) Tamak ilmu
b) Tamak pahala/ amal/ ibadah..


ok, first of all, tamak ilmu..pasaipa kita kena tamakkan ilmu? ilmu kita ni tak cukup banyak ka? da lbh kurang 19tahun belajaq..cukop2 lah..bagi ilmu kat orang laen pulak..haisy! tak boleh! 





Maksudnya : " Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan". ( al-kahfi, ayat 109)

ok, daripada ayat di atas, jelas lah ilmu Allah itu sangat luas! sangat banyak sekali ilmu Allah tu..sampai sudah pun kita tak kan habis belajaq ilmu..so, sedar lah, ilmu kita ni tak banyak mana pun..sikit sgt! jadi, sama-sama lah kita cari ilmu, tak kira kita budak ka, remaja ka, dewasa ka, orang tua sekalipun! ilmu perlu dicari..cari dan amalkan..

Sabda Rasulullah ;

"Uthlubul 'Ilma Walau bish Shin" (Carilah ilmu walaupun ke negeri Cina).

Maksud nya, nak kata kat sini, bukan kita pi belajaq kat Cina! tapi, nak kata jauh mana sekalipun carilah ilmu..walau susah mana sekalipun cari ilmu..ayat ni merupakan kata kiasan..lebih kurang maksudnya, walaupon payah mana sekalipun, kena redah onak duri, kita kena cari ilmu..itu yang Rasulullah nak sampaikan kat kita..

seterusnya

Hadis Rasullullah S.A.W berbunyi “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad” 

Maksud hadis ini, kita kena cari ilmu selagi kita bernyawa..kiranya, senang cakap kita ni tak ada masa untuk berhenti dari menuntut ilmu..setiap masa perlu tuntut ilmu..tak kira lah kita dalam keadaan apa sekalipun!

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW). 

Dah ada ilmu tu, kita sampai2kan lah pada orang lain sama! jangan tamak sorang-sorang! kita tamak kan ilmu ramai-ramai..ok? ilmu ni makin dikongsi, bukannya makin kurang..tak macam harta..

renungkan kata-kata Saidina Ali ini:

” Ilmu itu lebih baik dari pada harta. Ilmu itu menjagamu, sedangkan engkau menjaga harta. Ilmu adalah hakim, sedangkan harta adalah yang dikenai hukum. Harta bisa berkurang oleh penggunaan, sedang ilmu bertambah dengan dipergunakan.”

so, jangan kedekut ilmu la naa..mai kita kongsi sama2..ilmu kita akan bertambah, insyaallah! bila dah kongsi2 ilmu, jangan peram ja..sebab ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TAK BERBUAH..


oklah, cukup takat situ pasal ilmu, sekarang tamak pahala/amal/ibadah..

Diriwayatkan oleh Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, "apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?" Nabi Muhammad SAW bersabda "amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit"

So, dalam beribadah ni, kita buat sedikit2 tapi secara consistent, itu lebih baek daripada buat ibadah banyak2, tapi, sekali-sekala ja..biasalah, kita ni..saya sendiri pernah buat! time bulan Ramadhan ja, hari-hari baca al-quran, nak dapat pahala! kalau bulan2 laen, orang ke mana, al-quran ke mana! berabuk dah apa al-quran kat atas rak tu..ish2! tak patut2..ibadah ni, kena consistent..lebih baek kalau sehari kita baca satu ayat pun jadilah! tapi yang penting berterusan..;)

Tapi, kita kena ingat, ibadah yang pertama sekali yang akan dihisab nnti, ialah SOLAT!
so, jangan dok buat liat nak pi solat naa..

DARIPADA Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. 
Jika sembahyangnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya sembahyang fardu sesuatu. 

Allah juga berfirman: Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agama, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 
Sesiapa menjaga kesempurnaan solat fardu termasuk memperbanyakkan solat sunat, nescaya akan memperoleh kebaikan dan kesenangan di akhirat ketika hari pembalasan.

Jadi, titik beratkan lah solat terlebih dahulu dalam soal ibadah ni..yang penting solat fardhu..cukup kan sehari 5 waktu..jangan segan2 nak solat! Kalau anda baca entry2 sebelum ni, ada cerita kelebihan solat, dan solat di awal waktu..kalau cerita kat sini, panjang lah pulak!

Secara ringkasnya, tamak dalam ibadah, yg sebaik nya hari2 buat! jangan kasi chan untuk tinggal ibadah wajib dalam satu hari, unless bagi wanita2 yang menghadapi keuzuran (special case)..maka, tak mengapalah..tapi, jangan time uzur, langsung tak buat ibadah! ibadah ni, bukan semata2, solat..ada juga, sedekah, selawat, zikir, berbuat baik pada orang lain..macam2 lah! so, jangan lepaskan peluang! ramai2 berebut lakukan ibadah, k?

*sampai sini sahaja entry kali ni..moga mmberi manfaat kepada saudara-saudari ku sekalian! ;D
Assalamualaikum, renung-renungkan dan selamat beramal (pinjam trademark Prof Izuddin Hj Ali (Prof Izzi)..btw, he's my idol! )

Solat subuh pon dah masuk! ( ^__________^) 

No comments:

Post a Comment